Bab 19

447 1 0
                                    


  Adam tiba dirumah apabila jam sudah bergerak ke jam 8:20 malam.Suasana rumah yang sepi ditambah lagi dengan ketiadaan kereta Aiman menguatkan tekaannya bahawa Aiman dan keluarganya sudah pulang.Tapi,isterinya?
      Ya Allah,Humairah kan demam.Boleh pulak aku balik lewat sedangkan aku dah berjanji untuk pulang awal.
      Adam menghampiri tubuh Hani yang tidur pulas di atas sofa di ruang tamu.Lelaki itu menguntum senyuman. Dahi Hani disentuh demi merasakan kehangatan.Adam menghembus nafas penuh kelegaan.Demam Hani sudah mulai kebah.
     Direnung setiap inci wajah isterinya.Hani memiliki dahi yang sederhana luas.Keningnya yang hitam terbentuk cantik.Manakala bibirnya merah merekah bak delima.Rambut hitam Hani yang sentiasa dijaga hanya untuk tatapannya sebagai seorang suami.
     “Abang?” Hani sudah terjaga.Wanita itu bangkit membetulkan kedudukannya. Adam mengukirkan senyuman.Hani turut membalasnya.
       “Sorry…”
       “Maira faham.Maira tak kisah pun.Abang Aiman,Kak Wilda dengan Mak Su kirim salam,tunggu abang tak muncul-muncul.”Beritahu Hani dengan tenang.Tangan Adam dikucup.Ada rasa rindu yang bertandang kerana seharian mereka tidak bertemu.
       “Ye ke?Sorrylah,abang tak sangka pulak sampai ke malam jadinya. Pukul berapa diorang gerak?”
       “Hmm,dalam pukul dua lebih tadi.Abang Aiman ada urgent call .”Balas Hani. Suasana sepi seketika. “Abang?”
       “Hmm?”
       “Terima kasih masakkan bubur untuk Maira.Sedap sangat,”ujar Hani sambil menguntum senyuman.Wajahnya didekatkan dengan wajah Adam.Sebuah kucupan singgah dibibir Adam. Adam terpana.Betul ke isteri aku ni?
       “Tu hadiah untuk abang.”Ujar Hani malu-malu.Adam tersenyum.“Nakalnya isteri abang ni.Siapa yang ajar ni?”Adam mengusik.Pipi gebu Hani dicubit sayang.
      “Suami saya yang ajar.Nama dia Adam Hariz.”
     “Ye? Suami awal tu nakal ya?”Adam membalas usikan isterinya.Layankan sahaja kata-kata Hani.Peranannya buka setakat suami,tetapi juga sahabat.
      “Ha’a,suami saya tu nakal.hari-hari dia usik saya.Kadang-kadang saya geram dengan dia.Tapi tak apa.Suami saya tu handsome,”
       Suara nyaring Adam yang ketawa menampar gegendang telinga Hani.“First time abang dengar Maira puji abang handsome.”
       “Yelah,kalau cakap selalu abang mesti riak.”Jawab Hani dengan selamba.Adam ketawa.Hani turut sama ketawa.
       Kriok !Adam dan Hani terdiam tiba-tiba.Terkejut kerana ada suara yang tidak diundang mengganggu suasana yang ceria.
       “Perut sayang ya? ” Adam meneka.Hani mengukir senyuman menampakkan sebaris giginya.Adam menggeleng-gelengkan kepalanya.

“NAK makan apa?”Soal seorang pelayan wanita muda.Usianya dalam lingkungan awal 20-an.
       Hani memandang suaminya.Wanita itu mahu suaminya yang memilih menu yang sesuai untuk mereka. Adam pastinya tahu makanan yang mampu membuka selera mereka.“Sayang nak makan apa?”Adam menyoal.
       Hani menjungkitkan bahunya . “Maira tak tahu.Abang pilihlah, Maira ikut je.”Putus Hani.Dikuntum senyuman buat suaminya . Adam turut membalas.Setelah memesan makanan yang diinginkan,pelayan itu berlalu pergi meninggalkan pasangan itu.
       “Abang janganlah pandang Maira macam tu,”tegur Hani apabila menyedari dirinya sedang leka diperhatikan oleh Adam.
       “Tak apalah.Abang pandang isteri abang bukan orang lain pun.Cuba kalau abang pandang orang lain…”
       “Berani buatlah,”potong Hani dengan selamba. Adam melepaskan tawanya.Wah,Hani Humairah sudah pandai menunjukkan rasa cemburu!Ini petanda yang baik ni.
      Hani memandang sekeliling restoran yang dipenuhi oleh pengunjung demi menutup rasa malu yang kian menebal.Pengunjung itu kebanyakkannya adalah pelajar dari institut pengajian tinggi.“Malulah tu,”Adam mengusik lagi.Hani buat tidak endah.
     Makanan yang sudah siap terhidang hadapan mata dimakan denga penuh tertib dan berselera. Cukup sekadar sup daging dan telur goring bersama nasi putih.Air pula jus apple hijau.
     “Maira pandang apa tu?”Adam menegur apabila Hani terlalu asyik memandang ke suatu arah.
     Hani tersentak bagaikan baru terjaga dari lamunan.Wajah suaminya ditatap.“Hah?Apa dia abang?”Hani menyoal kembali.Adam mengerutkan dahinya.Dipusingkan tubuhnya turut sama menoleh ke tempat pandangan Hani jatuh.Kemuadian menoleh kembali memandang Hani.
    Hani terdiam tanpa kata.Lidah terasa kelu.Payahnya mahu mengeluarkan kata-kata bagaikan lidahnya sedang ditindih dengan batu yang besar.
    “Sayang tengok apa sampai nak terkeluar biji mata tu abang tengok.”Ulang Adam sekali lagi.
    “Err..tak ada apa-apa.Maira macam ternampak orang yang Maira kenal.”
    “Siapa?”
    “Kawan Maira dulu.Ulfa namanya,”Hani cuba untuk berterus terang.Adam sekadar menguntum senyuman.Isterinya terlalu jujur dan polos.
    “Ye ke?Maira tak contact dia ke?”
    Hani mengukir senyuman menampakkan giginya.“Maira dah lama tak contact dengan kawan-kawan Maira dulu.Maira nak …”
    “Assalamualaikum,”tiba-tiba sahaja bicara Hani diganggu oleh satu suara wanita.Adam dan Hani sama-sama menjawab,“waalaikum salam,”
   “Hani Humairah kan?”Tekanya.Hani mengangkat keningnya sambil matanya tidak lepas memandang Adam.“Hei,ni akulah Ulfa,”
   What?Ulfa?Kawan aku betul?
    Hani menbuntangkan matanya.Adam tersenyum.“Serius Ulfa?Ulfa Marina?”
    “Ye,Ulfa Marina.Hei kemana je kau ni.Menyepi tiba-tiba.Tahu tak dah lama aku cari kau.”Ujar Ulfa penuh rasa teruja.Hani dan Adam sama-sama tersenyum.“Duduklah.Meet,my husband Adam Hariz,”
    “Hai Ulfa,nice to meet you,”sapa Adam penuh rama.
    “Nice to meet you too,Adam.Wah,senyap-senyap dah jadi bini orang kau ek? Handsome pulak tu.”Ujar Ulfa.
    Adam tersenyum apabila dirinya dipuji.Hani turut sama tersenyum.Bangga apabila dipuji kerana memiliki seorang suami yang kacak.Dia hanya insan biasa makhluk Tuhan hanya bersyukur di atas kurniaan yang telah diberikan kepadanya.
     “Alang-alang aku dah jumpa kau kat sini kan,ni aku nak bagi benda ni kat engkau.datanglah eh?”Sekeping kad dihulurkan kepada Hani.
    “Apa ni?”
     “Baca je.Aku dah lambat ni.Abang aku dah tunggu tu,”
    Dengan teragak-agak Hani mengangguk.Dilihatnya langkah Ulfa sudah jauh meninggalkan meja mereka.Hani membuka kad yang baru diterimanya.
Undangan Majlis Perkahwinan
Ulfa Marina Binti Hisyam
&
Muhd Fakhrurasyid Abdul Rahim
      “Kad apa tu sayang?”Adam menyoal melihat Hani tersenyum sendiri.Diangkat wajahnya memandang Adam.“Kad kahwin.Kawan Maira nak kahwin.”
      “Yang tadi tu ke?”Hani mengangguk.“Cantik kan dia?”Ujar Hani sendiri.

“Hmm…kalau nak dibandingkan isteri abang ni lagi cantik,”Adam berterus terang.Dengan selamba hidung Hani dicuit manja.Hani terdiam seketika.Menanti butir bicara Adam yang selanjutnya.“Nak tahu tak kenapa?”
      Hani hanya mengangguk perlahan.“Sebab,isteri abang ni menjaga kecantikannya untuk dilihat oleh abang je. Segala kecantikan yang dimiliki Maira hanya milik abang,dan abang bersyukur sangat sebab Allah kurniakan isteri yang memiliki pakej lengkap sebagai wanita solehah.”Ujar Adam lembut.
     Tidak dihiraukan langsung mata-mata yang memerhatikan tingkah mereka sepasang suami isteri.
     “Abang nak tahu tak?”
     “Tahu apa?”Adam menyoal kembali.
    “Maira dah jatuh cinta dengan abang,”jujur Hani berkata. Matanya bersinar bagaikan hatinya turut berbahagia dengan apa yang dialaminya kini.Menjadi isteri kepada lelaki yang menerimanya seadanya adalah impiannya sejak dulu lagi. Alhamdulillah Ya Allah.
    “Abang tahu,”
  “Abang tahu?”Hani menyoal kembali. Adam mengangguk membenarkan kata-kata.“Ye sayang.Abang tahu.Kalau tak,takkanlah setiap kali abang pandang mata Maira yang cantik tu Maira mengelak,”
  Hani ketawa kecil.Mulutnya ditutup.Penuh sopan wanita itu ketawa. Mereka tidak lagi berada di restoran yang dipenuhi orang ramai.Adam membawa isterinya ke sebuah taman yang dipenuhi dengan cahaya lampu.
  Mereka berjalan beriringan sambil tangan Adam tidak lepas meletakkan tangannya dipinggang Hani,dan Hani turut melakukan perkara yang sama dengan meletakkan tangannya di pinggang Adam.Tiba sahaja berhampiran kerusi panjang yang disediakan ditaman itu,mereka melabuhkan punggung mereka di situ.
  Adam dan Hani sama-sama memerhatikan langit hitam yang disirami dengan cahaya bulan dan bintang yang bertaburan.Hani menyandarkan tubuhnya didada Adam yang bidang.Lelaki itu memeluk bahunya.Hani terbuai dalam pelukan sang suami yang penuh sentimen.
  “Cantik kan bulan tu?”Ujar Hani.
  “Cantik.Ciptaan Allah yang Maha Sempurna.Cahayanya mampu menyinari alam.Macam Maira,”Hani mengerutkan dahinya apabila Adam berkata begitu.Dia mengangkat wajah memandang Adam.“Kehadiran Maira dalam hidup abang dah sempurnakan abang. Menyinari kehidupan abang.Thanks sayang.”Jari jemari Hani dikucup sayang.
  “Kasihmu diterima,”

Hanya Satu Jadi MilikmuWhere stories live. Discover now