Bab 4

195 2 1
                                    

Solekan yang melekat pada wajah mulus Hani terasa memberat.Solekan yang tebal amat merimaskannya apatah lagi mengambil masa yang amat lama untuk disiapkan.Sudahlah dia tidak suka berdandan.Tetapi hari ini dia terpaksa lakukannya kerana majlis akad nikahnya bakal berlangsung jam 10 pagi nanti.Kamudian,akan diteruskan dengan majlis persandingan pada petang nanti,selepas Zohor.

"Lambat lagi ke kak?"Soal Hani dengan perasaan tidak sabar.Dah lah tak boleh tengok muka sendiri.Desis Hani dalam hati.Cermin di belakangnya ditutup dengan kain supaya tidak dilihatnya.Pelik dibuatnya.Kononnya,orang tua-tua cakap nanti hilang seri bila tengok cermin.Layankan ajalah.

"Hish,duduk diam-diamlah.Sekejap lagi siaplah."Kata Sally,jurumekapnya.

"Akak ni dari tadi cakap kejap.Tak siap juga.Penatlah,"Rungut Hani.

"Hmm,dah siap ni.Bising aja mulut dia.Karang tak cantik marah pulak,"Hani sudah tersenyum sumbing.Pakaian pengantin berwarna putih yang tersarung di tubuhnya kelihatan indah.Baju itu adalah hadiah pemberian Adam untuk membuat kejutan buat Hani.Lelaki itu telah memcuri rekaan Hani yang tersimpan dalam fail rekaan peribadinya dengan bantuan Aiman.

"Pengantin lelaki dah sampai,"kata Wilda.Degupan jantung Hani berdegup kencang.Sebentar lagi statusnya akan berubah untuk selama-lamanya.Suara orang ramai yang baru masuk ke rumah menambah debar dalam hatinya.Kak Sally sudah membuat sentuhan akhir sebelum membawa Hani keluar dari bilik untuk ke ruang tamu.

"Okey,jom."Kata kak Sally.Dia pula yang bersemangat lebih.

Hani keluar dari bilik diiringi Kak Sally dan Kak Wilda.Duduknya dilabuhkan di sisi Mak Su dan tempat khas untuknya.Perasaan malu dan takut menyerbu dalam hatinya.Dia dikelilingi oleh keluarga Adam dan saudaranya.Masing-masing tidak mahu terlepas melihat majlis akad nikahnya.

Dari jauh dia dapat melihat Adam yang segak dengan baju melayunya yang berwarna putih.Lelaki itu kelihatan tenang sewaktu berhadapan dengan tok kadi.Kemudian,dia memandang pula ke arah Aiman. Abangnya itulah yang mewalikankannya.Tiba-tiba hatinya dirundung sebak.Seandainya ayah dan ibu masih ada tidaklah hatinya sedih begini.

Entah bila lafaz janji sehidup semati itu dibacakan dia sendiri tidak tahu.Yang dia tahu,Adam sudah bergerak untuk pembatalan air sembahyang.Hani mengucup lembut tangan Adam.Lelaki itu sudah sah menjadi suaminya.Kemudian,Adam menghadiahkan sebuah kecupan di keningnya pula.Lama.

"Okey,stop dekat situ."Kata jurukamera.Naik berbahang wajah Hani apabila jurukamera menangkap gambarnya yang sedang dikecup oleh Adam.Ada juga suara-suara nakal yang sempat mengusik menambah perisa dalam hatinya.

Air matanya menitis saat menatap wajah Adam.Pantas air matanya diseka oleh suaminya. "I don't want to say 143 but I love to say that I really love you,"bisik Adam.Hani menguntum senyuman.Tangan Adam digenggam erat.Kemudian,dia membetulkan kedudukan untuk mengambil gambar kenangan.Ada juga saudara-mara yang mahu mengambil gambar dengan mereka.Alhamdulillah dia sudah selamat menjadi seorang suri.

Keluarga Adam sudah berlalu keluar ke bawah khemah untuk menjamu selera sebelum pulang ke rumah jirannya untuk membuat persiapan untuk majlis petang nanti pula.Hanya dia dan Adam sahaja yang masih berada di ruang tamu.Hani masih kaku dan belum terbiasa dengan situasi ini.Dia kekok untuk melayan suaminya sendiri.

"Hani,bawa suami kamu makan sana tu.Nanti petang nak siap lagi,"ujar Kak Miera yang kebetulan baru sahaja keluar dari bilik.Kelam kabut sahaja gayanya.Tadi wajahnya tidak kelihatan.Mungkin sibuk menenangkan anaknya,Firman yang baru berusia 5 bulan.

"Jom,sayang."Adam pula yang mengajaknya.Tangannya ditarik oleh lelaki itu untuk ke khemah.

"Awak nak makan apa?Nak bihun ke nak nasi himpit?" Hani menyoal Adam.Tugasnya sebagai seorang isteri sudah dilaksanakan . Pagi ini makanan ringan sahaja.Hanya nasi himpit,bihun dan sup ayam.Petang nanti baru diadakan makan berdamai.

Hanya Satu Jadi MilikmuWhere stories live. Discover now