Bab 26

609 2 0
                                    


  Kedinginan pagi yang menyapa tubuh membuatkan Hani mengeratkan lagi pelukannya pada tubuh Adam. Adam yang sudah terjaga lebih awal daripada Hani hanya mampu tersenyum melihat isterinya. Rambut yang menutupi sebahagian paras Hani diselak perlahan.Sebuah kecupan yang hangat dengan kasih sayang singgah pada dahi dan pipi wanita itu.
  “Sayang,subuh dah masuk ni.Kita bangun ya?”
      “Hmm,”Hani merengek manja.Pelukan pada tubuh Adam semakin dikuatkan.“Sayang ni memang sengaja ya? Nak kena dengan abang ni,” Hani masih lagi kaku.Matanya masih dipejamkan.Tanpa sedar Adam sudah memagut bibir Hani. Tersentak Hani seketika. Bulat matanya.
      “Abang ni,”wajah Hani yang merah membuatkan Adam tersenyum lebar. Pantang betul Hani andai ada orang yang mencuri-curi menciumnya. Marahnya bukan main lagi. Isterinya masih malu dengannya.Sebelah tangan Hani masih melingkari tubuh Adam. Kepalanya diletakkan di dada bidang lelaki itu.
      “Aik,kenapalah pagi ni isteri abang ni nampak pelik je.Manja semacam!”Adam sempat mengusik. Hani membisu,langsung tidak menghiraukan kata-kata suaminya. Pagi ini dia bakal ditinggalkan oleh suaminya kerana tugasan luar.
      “Abang…”Diam tiada sahutan daripada Adam.Tangan lelaki itu sudah bermain dengan rambut yang menutupi sebahagian wajah Hani. “Kalau abang tak pergi tak boleh ke?”
      “Sayang,I’m going to work sayang.I’m work for our family sake.”Adam membalas.Tiada lagi balasan daripada bibir Hani.Hanya keluhan nafasnya dilepaskan perlahan. Perlahan,Hani mula bangkit tanpa pamitan untuk Adam dan juga  tanpa kecupan pagi yang selalu singgah di pipi lelaki itu seperti selalu.Merajuk!
  Adam menarik lengan isterinya perlahan sehingga isterinya jatuh di atas dadanya.Hani tersentak.Lama wajah suaminya dipandang sebelum kembali memalingkan wajahnya.
      “Kenapa ni,hmm?”Dagu Hani di tarik perlahan.Hani hanya mendiamkan diri. Adam menjadi hairan dengan kerenah isterinya yang terlebih manja pada hari ini. Bukan pertama kali dia meninggalkan wanita itu kerana urusan kerja. “Sayang abang ni kenapa pagi ni terlebih manja pulak,”usik Adam.Sedangkan dia sendiri sudah sedia maklum bahawa rajuk isterinya itu adalah kerana di bakal ditinggalkan pagi ini. Namun usikannya tidak mendapat balasan daripada sang isteri seperti kebiasaannya.
       “Dah lambat nak solat Subuh.Nanti terlepas pulak,”ujar Hani tenang. Dia mula bangkit kembali. Adam melepaskan keluhannya sambil matanya tidak lepas melihat isterinya yang melangkah masuk ke kamar mandi.
        Usai solat berjemaah,Hani meninggalkan Adam sendirian di kamar dan menuju ke dapur.Aroma nasi lemak dan sambal ikan bilis buatan Puan Aisyah mampu membangkitkan seleranya.
        “Mama buat apa?”Soal Hani sambil sebelah tangannya sibuk membuka periuk nasi.“Sedapnya bau!” Katanya lagi.Puan Aisyah hanya tersenyum melihat keletah menantunya.“Fea tak bangun lagi ya,ma?”
        “Hmm,anak dara seorang tu kalau tak lepas Subuh tidur,ada benda lainlah tu yang dibuatnya di bilik.”
         Tersenyum Hani mendengar jawapan daripada ibu mertuanya.Hani duduk di kerusi.Timun yang berada di hadapan matanya dicapai sebelum mengambil pisau untuk memotong timun tersebut.
         “Eh,eh,nak buat apa tu?”Puan Aisyah menghampiri Hani.Berkerut dahi Hani melihat ibu mertuanya.“hani nak tolong mama lah,”kata Hani selamba.
         “Tak payah nak menggatal,tangan tu tak elok lagi. Nanti kalau tersenget ke tulang tu tak ke susah,”kata Puan Aisyah.Hani menelan liurnya. Kemudian,nafasnya dilepaskan perlahan.Terkilan pula rasan hati mendengar kata-kata ibu Adam.
         “Tak apalah,Hani pergi depan dulu,ma.” Ujar Hani perlahan. Langkahnya di atur perlahan menu ke luar rumah.Tak mungkin dia akan menuju ke kamarnya kerana dia juga terasa hati dengan suaminya.

“MAMA nampak Maira tak?”Soal Adam demi mencari isterinya.Luggage yang berisi pakaian sudah diletakkan di sisi sofa di ruang tamu.
        “Cuba tengok kat depan sana tu.Tadi dia cakap nak duduk depan. Panggil isteri kamu makan sekali.Ni mama dah siapkan sarapan,”
        “Okey,”Adam mengatur langkahnya menuju ke bahagian hadapan rumah.Wajah Hani masih lagi tidak  kelihatan.Kemudian,langkahnya di atur menuju ke luar rumah.Dia tersenyum melihat isterinya sedang bersendirian memandang ke arah langit.
        “Sayang,”panggil Adam. Tiada sahutan daripada Hani. Adam sudah menggelengkan kepalanya perlahan.Langkahnya di atur perlahan mendekati  isterinya. “Sayang,” panggil Adam lagi pantas mengejutkan Hani daripada khayalannya. Tersentak wanita itu. Wajah Adam dipandang sekilas.
        “Sayang buat apa kat sini sorang-sorang?” Soal Adam sambil melabuhkan punggungnya di sisi isterinya.Pashmina merah hati yang terlilit di kepala Hani diperbetulkan sedikit kerana ada rambut yang terkeluar dari kawasannya.
        “Sorry,”ujar Hani perlahan. Adam tersenyum mendengar kata-kata isterinya.“Tak apa. Abang faham.Tangan tu sakit tak?” Soal Adam prihatin sambil menyentuh sedikit balutan pada tangan wanita itu. Hani hanya menggelengkan kepalanya perlahan. Adam tersenyum.Kemudian dia bangkit dan  menghulurkan tangannya.Hani hanya memandang tanpa riak.
      “Jom,mama panggil sarapan.Abang nak bertolak nanti,”berkelip-kelip mata Hani memandang suaminya. Sayu hatinya kerana sebentar nanti dia akan berpisah dengan lelaki itu. Tak apalah,abang pergi kerja. Tak sepatutnya aku buat macam ni,merajuk tak tentu pasal. Bisik Hani sendiri.Akhirnya sebuah senyuman diukirkan buat Adam.Lelaki itu membalas dengan senang hati.
      “Macam tulah isteri abang,”Adam merangkul bahu Hani. Manakala Hani memaut pinggang Adam. Mereka berjalan beriringan masuk ke dalam rumah.
       “Hai kak Long!”Tegur Sofea yang baru sahaja turun tangga.Hani menoleh sambil membalas sapaan adik iparnya. “Lambatnya turun,buat apa dalam bilik?”
        “Erk,Fea web cam dengan Angah.”
        “Sihat tak dia?”
        “Sihat,dia kirim salam dekat semua,”
         “Waalaikumsalam,”jawab Hani dan Adam serentak.
        “Along nak pergi Sarawak ke?” Sofea menyoal sambil mereka beriringan menuju ke dapur.“Hmm,”hanya itu jawapan yang diberikan Adam.Sofea menganggukkan kepalanya perlahan.Patutlah akak iparnya itu senyap je.
        “Anak dara baru nak turun?” Sapa Puan Aisyah. Sofea melemparkan senyumannya.“Fea tolong mama dengan Kak Long kat rumah.Jangan nak merayap je.”Pesan Adam dengan suara tegas.
        “Okey boss,”ujar Sofea.Tangannya diangkat tabik kepada Adam umpama seorang polis memberi tabik hormat.Hani tersenyum melihat gelagat Sofea.Nakal macam suaminya juga.
        “Sayang makan jangan makan kacang ni ye,” pesan Adam apabila lelaki itu mendapati ada kacang tanah yang sudah siap digoreng terhidang di atas meja. Wanita itu mengangguk perlahan.Diam hanya membisu apabila Adam mencedukkan nasi lemak di pinggannya.
        Tubuh mereka bersentuhan sehingga Hani merasakan hembusan nafas lelaki itu berada begitu hampir dengannya.Wajah Adam dipandang tanpa menghiraukan mata-mata yang memandang mereka suami isteri.Ah,pasti dia akan sering merindukan lelaki itu.Dia sudah sebati dengan lelaki itu.Dia sudah terbiasa berada dihadapan lelaki it tanpa jemu.Dia sudah terbiasa tidur berbantalkan lengan lelaki itu.Pendek kata semua kehidupannya dipenuhi dengan Adam Hariz.
       “Abang…”Suara Hani keluar perlahan.Serta merta Adam memandang isterinya.“Err…Maira nak share dengan abang boleh tak?”Bisik Hani di telinga Adam.Lelaki itu terkesima buat seketika.Kemudian,senyuman diukirkan buat isterinya.
            “Jangan lupa makan ubat.Jangan nak sibuk buat kerja pulak,”pesan Adam sebelum berangkat.Rangkulan pada tubuh isterinya dirungkai.“Yelah bang,dah kali keberapa dah abang pesan.Naik bernanah telinga Maira dengar.”

“Nakalnya dia  ni,”ujar Adam.Hidung isterinya ditarik.“Argh…sakit,sakit,”Hani menepuk-nepuk tangan lelaki itu yang masih melekat dihidungnya.Adam melepaskan tawanya.
           “Dah merah dah hidung Maira,”protes Hani.
          “Alolo..dah merah dah hidung dia.Sini abang hilangkan,”wajah lelaki itu didekatkan dengan wajah Hani.Serta merta bibirnya melekap pada hidung wanita itu.Sepantas kilat.Hani tersentak.“Abang!”Jerit wanita itu.Malu rasanya apabila adegan itu dilihat oleh Puan Aisyah dan Sofea.Entah mahu diletak mana wajahnya selepas ini.Malu setahun jadinya.
  Adam terus melarikan diri apabila Hani sudah bersedia untuk memukulnya.Tangannya Hani Humairah,bukan boleh dikira masanya bila dia sudah bersedia untuk bertindak.Lebih-lebih lagi apabila dibuat begitu oleh Adam.Tidak sampai sesaat,masa itu juga dia akan kena.

Hanya Satu Jadi MilikmuWhere stories live. Discover now