Bab 25

506 2 0
                                    


  “Ramainya yang sayang dekat dia.Jeles abang,”Adam berseloroh.Hani mengangkat wajahnya memandang Adam yang setia di sisi setelah semua tetamu yang datang melawatnya beransur pergi.
       Hani menggapai tangan Adam.Tangan kasar lelaki itu diusap.Kemudian,dibawa ke bibirnya.“Abang  janganlah jeles.Walau apapun yang berlaku,Maira tetap sayang abang.”Hani berkata lembut.
       Adam tersengih nakal.Wajah mulus Hani disentuh.Pipi Hani diusap penuh kasih untuk memaknakan rasa cinta dan rindunya. Alahai,rindu?Dah duduk berdua macam ni pun masih rindu lagi ke Adam? Betullah kau ni,payah betul dah tua-tua baru sibuk jatuh cinta.Dulu kau bercinta main-main,buat suka-suka je.Padan dengan muka kau tu.
       “Hah,berangan apalah tu!”Hani menyergah. Peha Adam ditepuk.
       “Ishh,dia ni.Tangan sebelah tu dah berbalut pun ada hati lagi nak menepuk orang tu.Abang potong nanti baru tahu,”
        “Alah,sanggup ke nak potong tangan Maira ni.Nanti abang jugak yang merana.”Balas Hani selamba.“Abang fikir apa tu.Adalah tu benda bukan-bukan yang difikirkannnya,”
        “Eh,mana ada. Just….abang rasa rindu sangat dekat isteri abang ni.”
        “Mengada-ngada.Dah duduk berdua,depan-depan macam ni pun masih rindu lagi?”Omel Hani.Adam di jeling manja.Sengaja mahu mengusik lelaki itu.
        “Betullah.Abang rindu dekat isteri abang yang comel ni.Maira tak rindu dekat abang ke?”
        “Tak.”Laju sahaja Hani menjawab pertanyaan Adam.Lelaki itu membulatkan matanya.Agak kaget dengan jawapan yang diterimanya.Betul ke?Betullah bini aku ni,dingin je.Bisik Adam dalam hatinya.  “Tu dalam hati mengata Mairalah tu,”ujar Hani apabila Adam mendiamkan diri tidak membalas kata-katanya.
         Adam masih membisu.Bubur terus disuakan lagi ke mulut Hani.Hani mengunyah seketika biarpun bubur itu sudah lembut dan tidak keras seperti nasi.Rajin betullah kau ni Hani,buat apa kau nak kunyah bubur tu?Telan ajelah senang.
        “Abang….”Hani melunakkan suaranya.Tangan Adam yang masih berada dalam genggamannya diusap lembut.Kemudian,dia membawa tangan Adam ke bibirnya. “Humairah nak minta ampun dekat abang.Please…janganlah diam macam ni.Maira tak boleh kalau abang terus diam macam ni,”
        Adam masih tidak berkutik biarpun dalam hatinya tersentuh dengan bicara isterinya yang penuh sayu itu.
   “Please abang….janganlah buat Maira macam ni.”Ujar Hani lagi.Air mata sudah mula bertakung di matanya.Tunggu masa untuk mengalir sahaja.
        “Abang….”Gugur juga akhirnya air mata Hani.Adam menjadi sayu.Kepalanya diangkat memandang wajah isterinya yang sudah mengalirkan air mata.Tersentuh juga hatinya apabila melihat wanita kesayangannya mengalirkan air mata.Tangannya mula menyentuh kulit wajah Hani.Air mata pada wajah itu diseka perlahan.
       “Abang tak marahlah sayang.Abang tahu Maira sengaja tak nak jawab soalan abang kan?Abang je ngengada nak tanya soalan tu sedangkan abang tahu apa jawapan Maira.”
      “Abang jahat,”tangan kiri Hani menepuk dada Adam.Adam mengukir senyuman.Lantas tubuh Hani dipeluk erat.Ubun-ubun Hani dikucup demi melahirkan rasa cintanya.
      “I love you sayang,”ucap Adam.Pipi Hani pula menjadi sasarannya.Merona merah wajah itu apabila pipinya menjadi persinggahan bibir suaminya.“Abang ni…”Hani menundukkan wajahnya.Malu pula dengan Adam.
       “Ehem,”suara kasar yang berdehem mematikan perbuatan Adam dan Hani.Hani meraba kepalanya.Nafas kelegaan dihembuskan apabila kepalanya sudah siap bertutup dengan pashmina.Adam sudah membetulkan kedudukannya.“Maaf mengganggu,” ujar doctor yang memakai tag nama Hasiff.Dia sudah mencapai fail yang berada di atas meja. Hani mengecilkan matanya.Macam pernah nampak ke doktor handsome ni.Opss,Hani Humairah jangan nak cari pasal ya.Suami awak,Adam Hariz ni ada kat sebelah awak.Kalau nak tengok suami awak tu mengamuk buatlah.
       “Macam mana dengan Puan Humairah hari ni?”Lembut Doktor Hasiff menyapa pendengaran Hani.Wanita itu menguntum senyuman.
       “Alhamdulillah…semakin sihat nampaknya.”Jawab Hani lembut.Tangannya digenggam Adam.

“Bila isteri saya boleh balik?”Adam menyoal bagi pihak isterinya.
      Doktor Hasiff mengangkat wajahnya memandang pasangan suami isteri itu dari fail pesakit.Senyuman dilemparkan buat kedua mereka.Senyuman yang penuh dengan maksud yang tersirat.
        “Kalau tak ada apa-apa,InsyaAllah puan boleh balik esok.”Ujar doctor itu dengan tenang.Fail yang berada di tangannya sudah diletakkan kembali di tempat asalnya.
         Hani dan Adam saling berpandangan.Kedua-dua mereka saling tersenyum.Adam memaut bahu Hani.Tubuh mereka menjadi begitu rapat sehingga tiada langsung ruang untuk Hani bergerak bebas. “Alhamdulillah,”ucap Hani penuh rasa kesyukuran.
        Doktor Hasiff meletakkan kembali fail di atas meja.Dia mula berura-ura mahu pergi demi tidak mengganggu pasangan suami isteri di hadapannya.
       “Err,doctor?”Hani memanggil.Doktor Hasiff memusingkan tubuhnya.Sebelah keningnya di angkat penuh bergaya.
       “Terima kasih sebab tolong saya hari tu,”
        Senyuman dilemparkan penuh ikhlas.Sesuai karakternya sebagai seorang seorang doctor yang memerlukan kesabaran yang tinggi untuk membantu pesakit. “Sama-sama.Sudah menjadi tugas saya untuk merawat masyarakat.Ingatkan awak dah tak ingat saya lagi,”lelaki itu sambil berseloroh.
       Hani hanya tersenyum.Adam di sisi sudah berkerut dahinya.Sehingga kelibat doctor Hasiff hilang dari pandangan pun,dahinya masih lagi berkerut.Nak marahlah tu!
      “Esok Maira balik Maira masak untuk abang ya?”Ujar Maira.Lengan Adam diraih.
      “Huh,tangan dengan kaki dah berbalut macam ni sibuk pula nak masak.Jangan mengada-ngada,”tegas Adam bersuara.
       Terdiam Hani dibuatnya.Muncung dibibir sudah ditarik panjang. Sampai hati!

Hanya Satu Jadi MilikmuWhere stories live. Discover now