Bab 23

264 3 1
                                    


"Mana Hani?" Puan Aisyah menyoal apabila melihat hanya Adam sahaja yang muncul. Pakaian pejabat masih lagi tersarung ditubuhnya .Adam mengatur langkahnya mendekati ibunya yang sedang menyiram pokok bunga di taman. Puan Aisyah menguntum senyuman. Personaliti anak sulungnya tidak ubah seperti arwah suaminya .Hanya arwah suaminya dulu,lebih suka menunjukkan ketegasannya.Lelaki egolah katakan!
"Along baru balik office ni,ma.Tak balik rumah lagi terus singgah sini. Ingat nak makan kat sini,"selamba Adam berkata.
"Ya Allah budak ni,isteri kamu tu kat rumah macam mana?"
"Nanti Along bagitahu dia.Mama ni macam tak suka je."Ujar Adam.Nadanya agak berkecil hati dengan kata-kata ibunya.
"Astagfirullah al azim budak ni,mama bukan tak suka,mama cuma fikirkan isteri kamu yang sorang-sorang kat rumah tu."Jelas Puan Aisyah apabila Adam mula bersalah sangka dengannya.Mereka sudah beriringan masuk ke dalam.Adam meletakkan punggungnya di atas sofa.Tubuhnya disandarkan di kepala sofa. "Kalau ye pun nak makan kat sini,bawalah isteri tu sekali.Kesian Hani tu sorang-sorang kat rumah,"
"Allah mama ni. Sekali sekala je,nanti Along baliklah rumah."Ujar Adam lagi meyakinkan ibunya.Senyuman nakal diukirkan.Puan Aisyah hanya menggeleng-gelengkan kepalanya melihat Adam. "Gasak kamulah Along. Dah kahwin,dah jadi suami orang,mama malas nak masuk campur lagi," protes Puan Aisyah.Adam hanya menampakkan sebaris gigi putihnya.
"Mama ,Angah dengan Kak Syah tak balik lagi ke mama?"Adam dan Puan Aisyah sama-sama menoleh ke arah tangga. Sofea baru sahaja menuruni tangga.Suaranya kuat mengejutkan Adam.
"Hei anak dara,suara tu slowlah sikit.Asyik nak jerit je,"sergah Adam.
Sofea sudah tersengih,"eh,Along ada rupanya!" Dia melangkah untuk menyertai Adam dan Puan Aisyah.Dia melabuhkan punggungnya di sebelah Adam. Lengan Adam diangkat dan disangkutkan pada bahunya.Bau peluh yang melekat pada tubuh abangnya itu tidak dihiraukan.Yang penting dia boleh bermanja dengan abang sulungnya. Adam mengerling Sofea yang berlainan dari kebiasaannya. "Hai,semacam je ni.Ni mesti nak apa-apa,"
"Mana ada.Dah lama tak manja-manja dengan Along. Along ni asyik busy je. Angah dengan Kak Syah pun asyik keluar je tak ajak Fea.Apalah,asyik nak tinggalkan adik dia je,"
Adam dan Puan Aisyah ketawa kecil.Sofea sudah mengucapkan isi hati yang sedang merajuk. "Merajuklah ni?"
"Mana ada.Kak Long mana?"Sofea menyoal.
"Hmm,Along kamu dah tinggalkan isteri kesayangan dia kat rumah."Sampuk Puan Aisyah. Sofea membulatkan matanya memandang Adam. Lelaki itu hanya menunjukkan wajahnya yang selamba. "Kesianlah Kak Long kat rumah,"marah Sofea.
Adam menggaru kepalanya yang tidak gatal.Nampaknya Hani Humairah sudah menjadi kesayangan keluarganya.Haiya,lagi-lagi Hani Humairah yang meniti dibibir. Nasib kaulah Adam kena bersaing dengan isteri sendiri untuk merebut takhta si emas dalam keluarga.
"Dah lah,Along nak naik mandi dulu."
"Nak larilah tu,"usik Sofea.Adam mengangkat keningnya.Dia berdiri sambil bercekak pinggang di hadapan adiknya. "Hei,anak dara!Ni dah senja ni.Kejap lagi dah masuk Maghrib.Tak reti-reti lagi ke?"Ujar Adam.Sofea tersengih. "Senyum-senyum,dah mandi ke belum ni?"
"Mestilah dah.Fea ni wangi tau.Tak bau ke?"
Adam menggerak-gerakkan hidungnya seperti mahu menghidu sesuatu.
"Hmm,bau...."Sofea mendongakkan wajah memandang Adam yang masih berdiri di hadapannya.Lelaki itu sengaja melambatkan butir bicaranya."...Kambing,"sambung Adam selamba.Dia menahan tawa.
Sofea membesarkan matanya.Sepantas kilat,bantal kecil yang berada di sisinya dicapai lalu dibaling ke arah Adam yang mula bergerak menuju ke tangga.Namun,balingannya begitu jauh tersasar kerana Adam lebih cepat tindakannya.Hai,Sofea,lepas ni kenalah kau practice baling jauh-jauh.
"Astaghfirullah al azim budak ni.Sofea,pergi naik sana.Kejap lagi Maghrib masuk."
"Okey,mama."Sofea akur dengan arahan ibunya. Gadis itu menghampiri Puan Aisyah.Sebuah kecupan singgah di pipi Puan Aisyah. "I love you mama,"

Puan Aisyah menguntumkan senyuman.Pandai sahaja anak bongsunya mengambil hatinya.Sofea sudah bergerak meninggalkan Puan Aisyah sendirian sambil mengukir senyuman.Hai,macam manalah nanti kalau Sofea tak ada ya?
"Assalamualaikum,"suara Farshah dan Afiq di muka pintu menyapa pendengaran Puan Aisyah. Di panjangkan lehernya melihat ke arah muka pintu sambil menjawab salam. "Hai,mama!"Farshah dan Afiq menghampiri Puan Aisyah dan merangkul leher wanita itu.
"Ma,kat luar tu kereta Along kan?Along balik eh ma?"Farshah menyoal.
"Hmm,Along balik.Kamu berdua ni kemana je.Maghrib baru nak balik.Asyik merayap je kerjanya,tak reti nak duduk rumah."Puan Aisyah memberikan syarahannya.
Afiq dan Farshah saling berpandangan.Senyuman diukirkan di bibir. "Kitorang keluar dengan kawan-kawan sekolah dulu.Rindu,lama tak jumpa diorang."Afiq memberikan jawapan.
"Yelah mama.Ada berapa hari lagi je kitorang kat sini."Sampuk Farshah pula.
"Hmm...sampai tak ingat dunia.Ni kalau Along tahu ni habis kamu berdua ni,"
"Alo...mama janganlah bagitahu Along."Farshah cuba memujuk.Puan Aisyah buat muka selamba.Langsung tidak ambil kisah dengan kata-kata anaknya. Afiq di sisi Farshah hanya membisu. Sedar,jika dia mengutarakan kata-katanya pasti keadaan menjadi semakin tertekan. Lebih baik dia mendiamkan diri.
"Dahlah,pergi naik bersiap sana.Nanti solat Jemaah dengan Along."
Farshah dan Afiq saling berpandangan. Puan Aisyah amat tegas jika berkaitan dengan masa.Terlalu banyak masa yang digunakan anak kembarnya diluar berbanding di rumah bersama keluarga.Afiq dan Farshah sama-sama berlalu mendaki tangga. Hai,macam-macamlah budak-budak ni.Pening kepala aku dibuatnya.

Hanya Satu Jadi MilikmuWhere stories live. Discover now