Bab 20

252 1 1
                                    


  Hujung minggu,Adam dan Hani hanya duduk di rumah menghabiskan masa bersama.Mereka saling melayani kerenah masing-masing.Hani juga tidak merungut apabila Adam meminta dimasakkan nasi lemak bersama sambal udang untuk sarapan mereka pada pagi itu.
      “Abang?”Hani memanggil.Sudah hampir seluruh ruang dicari kelibat Adam.Namun,lelaki itu tidak pernah menjawab setiap panggilannya.Hani membuka pintu.Dia tersenyum melihat suaminya di luar sedang mencuci kereta.
  “Abang,sarapan dah siap.”Ujar Hani.Namun kata-katanya tidak didengarkan suaminya kerana suara radio di kereta lebih kuat dari suaranya.Hani melepaskan keluhan perlahan.Selipar disarungkan.Langkah diatur menghampiri Adam.
     Namun,belum sempat dia memulakan bicara, terasa basah diseluruh tubuhnya.“Ya Allah,abang!”
     Adam tergamam.Melopong mulutnya.Getah paip ditangannya turut terjatuh ke lantai.“Abang ni kan,Maira baru je mandi tadi.Abang ni memang,”rungut Hani.Habis baju tshirt bersama skirt yang dipakainya basah lencun.
     Berlari Adam mendapatkan Hani.“Sorry,abang tak sengaja.Mana tahu Maira ada kat situ.”
    “Dari tadi Maira panggil. Pasang lagi radio tu kuat-kuat sampai maksimum,”sindir Hani.Adam hanya tersengih.Tiada patah yang sesuai untuk dibalas kepada isterinya itu.“Dah lah,Maira nak tukar baju.Nasi lemak abang Maira dah siapkan kat atas meja.Nanti makan,”pesan Hani.Dia terus berlalu masuk ke dalam rumah.Geram dengan Adam tak terkira.
  Adam menghantar isterinya dengan pandangan yang kesal.Bagaimana mahu dipujuk isterinya?Adoyai,macam mana ni.

  “MARAHKAN abang lagi ke?”Adam meyapa isterinya yang sedang menyendukkan nasi lemak buatnya.Pakaian Hani sudah bertukar kepada pakaian yang lebih kemas dan bersih.
      Hani mengangkat wajahnya.Dahinya berkerut.“Bila masa Maira cakap Maira marahkan abang,”
      “Hmm…dari tadi tak cakap apa-apa pun dengan abang.Marahlah tu,”ujar Adam lagi.Kebisuan isterinya sejak tadi bakal membunuh selera makannya.Bagaimana mahu menjamu selera dengan tenang andai isteri sendiri bagaikan kayu? Tidak punya perasaan.
      “Mana ada,”Hani menafikan.
      “Sayang,berapa lama kita bersama?Abang boleh baca fikiran Maira dari apa yang Maira buat. Please, jangan rahsiakan apa-apa dari abang. Apa-apa yang Maira tak puas hati,jangan takut untuk beritahu abang.Abang tak nak Maira tanggung sendiri,okey sayang?”
      Hani tersenyum.“Maira tak sembunyikan apa-apa dari abanglah.”
     “Betul?”
    “Ye, betul.”
    “Okey,good girl. Sekarang ni kita makan dulu.Lepas tu…”Adam memikir agenda yang untuk mereka pada hari ini. Hani hanya mendiamkan diri membiarkan lelaki itu berfikir sendiri aktiviti mereka untuk hari ini.“…shopping,”lelaki itu menyambung ayatnya.
     Hani mengangkat keningnya yang terbentuk cantik .Secara automatiknya kunyahan nasi lemak di mulut Hani terhenti.Wajahnya diangkat memandang suaminya yang sedang memandang tepat kepadanya.“Abang nak beli apa?”
     “No.Salah soalan tu.Maira nak beli apa?Anything for you,sayang.”
     “Eh,boleh pulak macam tu.Abang yang ajak shopping ,Maira pulak kena decide nak beli apa?Abang ni pagi-pagi dah mengarut,”kata Hani. Kunyahannya diteruskan dan menghayati keenakan rasa nasi lemak yang dimasaknya awal pagi tadi.
     Adam tergelak kecil .“Maira ni peliklah.Abang dah offer pun nak tolak lagi? Kalau orang lain tak payah nak tunggu offer.Sendiri yang tawar diri untuk dibelanja,”kata Adam.“Hmm,abang baru terfikir yang ubah style sayang.Tapi tak apalah,gaya sayang lebih advance daripada orang lain.”Sambung Adam lagi.
     “Hello,cik abang sayang! Cuba tengok sikit siapa yang awak nak belanja tu. Hani Humairah tetap Hani Humairah, tak boleh nak jadi orang lain. Jangan nak samakan Maira dengan orang lain,please.”Hani sudah mula berfalsafah.“Ubah gaya Maira? Jangan nak bermimpi. Maira senang macam ni,”
     “Yelah-yelah,abang tahu sebab tu abang sayang isteri abang ni sangat-sangat,”

“Maira  sayang abang juga,”balas Hani.Tiada rahsia antara mereka. Semakin hari,rasa cinta semakin menebal dalam diri mereka.Saling melengkapi,memahami dan menyayangi itulah prinsip yang dipegang mereka suami isteri demi kebahagiaan rumah tangga yang mereka bina.
     Lagu Drowning yang nyaring kedengaran dari Blackberry milik Adam mengganggu kedamaian Hani yang sedang mencari pakaian di almari.
    “Hish,pekak ke apa laki aku ni.Pasang lagu maksimum. Sakit kepala aku dengar,” bebel Hani sendiri.Adam masih lagi di dalam kamar mandi membersihkan diri. “Abang, Maira angkat phone abang tau!” Laung Hani.Namun tiada sahutan dari suaminya.Angkat je lah. Dilihat skrin Blackberry.Sofea!
     “Assalamualaikum,”
     “Waalaikumsalam,kak Long.”
     “Kenapa Fea?Along mandi tu,”ujar Hani.
     “Ye ke?Kak Long kat rumah ke?”Sofea menyoal kembali.
     “Ha’a kat rumah.Tapi kejap lagi Along nak bawa akak keluar.Kenapa ni?”
     “Fea dah dapat surat tawaran,dari matrikulasi,”ujar sofea dihujung talian.
    “Ye,Alhamdulillah.Matrik mana?”Penuh rasa teruja Hani menyoal.Adam sudah keluar dari kamar mandi pada ketika itu.Lelaki itu menggosok-gosok kepalanya dengan tuala.Dia kemudian duduk dibirai katil memerhatikan isterinya. “Yelah,nanti kak Long cakap dengan Along.Buatlah keputusan yang terbaik.Kak Long akan doakan nanti. Okey,assalamualaikum,”Hani mematikan perbualan.
    “Siapa call?”Adam menyoal.Baju kemeja-t putih disarungkan ditubuhnya.
    “Sofea.Dia dah dapat surat tawaran,matrik.”Ujar Hani. Blackberry diserahkan kepada suaminya.Lelaki itu sedang berdiri di hadapan cermin. “Alhamdulillah. Matrik mana?”
    “Cuba abang teka,”
     “Johor.”Spontan Adam memeberikan jawapan.
     “Wah,hebat abang meneka,”Hani memuji.Adam tersenyum sambil mengangkat bahu dengan penuh bergaya.“Hanya itu yang terlintas pada fikiran abang masa ni.Teka je,tempat tu dulu kan tempat Maira dulu,”ujar Adam.
     “Yup,tempat Maira dulu.Tu tempat belajar yang paling best  walaupun ramai student yang cakap tempat tu macam penjara .”
     “Penjara?Mesti ramai yang tak selesa dengan peraturan yang dah ditetapkan kan?”Adam menebak lagi.Hani tersenyum.Tekaan suaminya pasti tepat lagi.“Student tak berapa selesa dengan peraturan kat situ.Hari kelas,semuanya mesti formal.Nak outing hari minggu pun kena formal.Abang nak tahu,orng kat sana,kalau nak kenal student matrik senang je.”Hani diam seketika.“Perempuan dengan baju kurung kasut bertutup.Lelaki pula dengan baju kemeja,kasut formal and tanpa beg.”Sambung Hani lagi.
     Adam melepaskan helaan nafasnya perlahan.“Hai,macam manalah kalau Fea duduk sana ya?”
     Hani tergelak kecil. Selendang diletakkan di atas kepalanya. Seakan tidak sedar bahawa pakaiannya hampir sedondon dengan pakaian Adam. Hani cantik berbaju putih bersama skirt labuh berwarna biru tua.
  “Abang tiru Maira,” ujar Hani dengan tiba-tiba.Sekejap sahaja,penutup kepala sudah tersemat cantik dan kemas di kepala Hani.
     “Mana ada abang tiru Maira.Abang tiru apa?”
    Hani memuncungkan bibirnya kepada Adam.Sepantas kilat,Adam memandang baju yang dipakainya.Kemudian lelaki itu tersenyum kecil. Dihampiri wanita kesayangannya .Pinggang Hani diraih.“Sayang,that’s mean,Allah memang dah tentukan jodoh kita sejak di Loh Mahfuz lagi.We’re mean to being together sayang.And…maknanya kiita ni pasangan ideal plus romantic,”
     “Hah,banyak la abang punya romantik dan ideal.Dah jom gerak sekarang. Kalau macam ni memang tak keluar-keluar la jawabnya.”

HAMPIR seluruh pelosok Sunway Pyramid dijelajah Hani dan Adam. Semuanya kerja Adam.Diheret  isterinya kemana sahaja kakinya melangkah.Tidak pernah seumur hidup Hani menghabiskan wang RM2000 dalam hanya 4 jam hanya untuk shopping.
     Mak aih,baru aku tahu laki aku ni shopaholic. Fikir Hani sendiri.Dilihat beg-beg kertas ditangannya.Semuanya berisi barangan yang mempunyai tag harga RM100 ke atas.
     “Jom masuk sana,”ujar Adam.Gayanya seperti mengarah Hani. Bagi mengelakkan pertengkaran antara mereka, Hani hanya menurut ke mana sahaja Adam membawa langkahnya.Lutut yang terasa longgar langsung dibiarkan.Kakinya juga terasa lenguh kerana tidak berhenti beroperasi sejak Adam dan Hani melangkah masuk ke mall. 
      “Sayang, try ni.”Adam berkata semasa mereka berada di dalam kedai emas. Kecil besar sahaja Hani memandang Adam. Lelaki itu sedang membelek gelang emas putih di atas permukaan berkaca.
      “Tak nak ah,”selamba Hani berkata.Tidak dihiraukan pandangan pelayan yang sedang berhadapan dengan Adam. Adam mengangkat wajahnya memandang Hani.Pandangan mereka bersatu.Pandangan Adam penuh dengan  makna. Manakala pandangan Hani penuh dengan rasa gerun.Tangannya dihulurkan kepada Adam.
      “Cantik kan? Its very suitable for you,”Adam memuji sendiri.Jurujual yang berada di hadapan hanya melemparkan seulas senyuman buat mereka.Tipikal!
      “Ha’a.  Harga dia pun cantik,”ujar Hani selepas melihat tag harga yang tertera di situ.Nilainya RM5000.Macam-macam yang boleh dibeli dengan nilai yang sebegitu.“Jom  keluar,”sambung Hani. Gelang yang tersarung ditangannya ditanggalkan dan diletak kembali.Tangan Adam cuba ditarik. Namun lelaki itu tetap kaku di situ.Dia enggan meninggalkan kedai emas tersebut.Terbeliak mata Hani apabila dengan selambanya lelaki itu berkata,“bungkuskan.I’ll pay for it.”
     “Abang,”panggil Hani.
  Adam buat tidak dengar.Kad kreditnya dikeluarkan dari wallet dan diserahkan kepada pembantu jualan itu.
      “Terima kasih encik.Isteri encik tu cantik .”Ujar pembantu jualan itu.Adam menguntum senyuman .“Terima kasih datang lagi,”ujarnya lagi sebelum Adam pergi.Hani sudah menunggu di luar pintu masuk kedai.
     “Jom,pergi kedai handphone pulak,” terpinga-pinga Hani mendengar kata-kata suaminya.Pendek namun sudah cukup untuk difahami Hani. Lagi?
     Hani mengejar Adam yang sudah jauh ke depan.Tergopoh-gapah Hani mengejar Adam yang sengaja meninggalkannya.Dalam hatinya tidak henti-henti menyumpah suaminya.Kalau ye pun tunggulah.Kedai handphone tu tak lari kemana abang oi.Isteri awak ni dah tak larat nak main kejar-kejar dengan awak lagi.Kalau nak cepat,heret je isteri awak ni,isteri awak dah tak payah nak guna kaki lagi.Adoi,abang tunggu Maira.
     “Abang ni kalau dah tak sayang Maira tak payahlah nak tunjuk terang-terang,”protes Hani apabila dia berjaya memaut tangan Adam .Lelaki itu hanya selamba.Langsung tidak memberikan senyuman buat isterinya.Kaca mata hitamnya disarungkan di wajahnya.¬¬¬¬¬Hani mendengus geram. Secara automatiknya tangannya yang memaut tangan Adam dilurutkan ke bawah.Geram dengan Adam punya pasal.
      Hani melarikan pandangan dengan memerhatikan sekitar kawasan mall. Ramainya orang. Ada yang bershopping semata-mata,ada juga yang saja duduk lepak-lepak di kerusi panjang yang sudah tersedia. Mata Hani tiba-tiba sahaja bersinar bagaikan cahaya.Dia menguntum senyum sendiri.Wah,kedai buku !
  “Abang Maira nak pergi sana,beg ni semua abang pegang tau,”ujar Hani.Tanpa minta persetujuan suaminya kakinya terus melangkah meninggalkan Adam. Bersinar-sinar mata Hani melihat novel-novel yang terbentang di hadapannya. Syurga novel!
     Hampir dua jam Hani bertapa di dalam kedai buku Popular .Di tangannya terdapat 3 buah novel yang sudah dibeli.Semuanya menarik perhatiannya. Hani,tipikalnya,apabila membeli novel,dia tidak kisah novel tersebut dari syarikat penerbitan mana.Yang penting baginya novel tersebut mempunyai ciri-ciri dan citarasanya.

Hani melirik jam tangan baru di tangannya.Baru dibeli Adam.Sudah jam 2.50 petang.Kelibat Adam masih tidak kelihatan di mana-mana.“Mana abang ni?”Kata Hani sendiri.Dia sudah mulai risau.Perutnya juga sudah memainkan irama yang cukup tidak menyenangkan.
    Hani mula melangkah tanpa mempedulikan risiko yang bakal dihadapinya nanti.Dia berjalan tanpa arah yang pasti. Sesekali,perutnya ditekan menahan rasa sakit yang mula mencengkam.Sah,penyakitnya sudah datang.
    Hani terasa peluh mula merintik di dahinya. Sakitnya tidak tertanggung.Nak menghubungi Adam,bateri handphone sudah kehabisan. Hani mula terasa ingin menangis.“Mana abang ni…Abang janganlah tinggalkan Maira,”ujar Hani sendiri.Wanita itu terus berjalan tanpa henti.Dalam hatinya,dia terus menyumpah diri sendiri kerana menurut kata hati. Perginya dia tanpa persetujuan suaminya. Menyesal pula kerana meninggalkan Adam tadi. Abang,maafkan Maira. Bisik Hani sendiri. Air matanya mula bertakung dikelopak mata.
    “Abang…”

Hanya Satu Jadi MilikmuWhere stories live. Discover now