bab 13

320 3 5
                                    


 
       Hani terjaga saat azan Subuh sedang berkumandang. Mujurlah rumah yang diduduki bersama keluarga Adam berhampiran dengan masjid,dapat juga dia mendengar azan yang berkumandang saat waktu telah tiba.

  Tangan Adam yang masih melingkari pinggangnya cuba dialihkan.Tetapi terasa amat payah kerana pautan tangan lelaki itu begitu kuat dan kejap.Dia ni mesti dah bangun.Fikir Hani sendiri.

  “Abang,bangunlah dah Subuh dah ni,”kata Hani memujuk si suami yang payah untuk bangkit.

  Adam masih tetap diam tanpa berkutik.Hani sudah mengetap bibir.Geram pula melihat suaminya yang mengalahkan anak kecil.Merengek pula bagaikan bayi yang baru berusia satu bulan.

  “Dah Subuh dah ni,bangunlah.”

  “Nantilah sayang.Abang mengantuk lagi ni,”kata Adam.

  Hani sudah menggelengkan kepalanya perlahan.Apa nak jadilah laki aku ni.Macam ni ke rupa anak sulung dalam keluarga? Tak ada rupa anak sulung pun,anak manja adalah.“Abang,malaikat tak tunggu kalau nak ambil nyawa.Nanti kalau dah tidur tak bangun-bangun baru tau,”ujar Hani sebagai tazkirah kepada suaminya.

  Adam segera melarikan tangannya dipinggang isterinya. Ada sahaja tazkirah Hani pada pagi yang hening ini.Lelaki itu segera bangkit dari pembaringannya.Hani sudah tersenyum saat Adam memandang ke arahnya.“Cantiknya isteri abang.”Puji Adam.

  “Dah,tak payah nak membodek pagi-pagi,”kata Hani.Malas mahu melayan Adam yang andai dilayan,semakin menggila perangainya.

  “Ish,suami sendiri puji pun marah,dapat pahala tahu puji isteri.”Protes Adam sedikit terasa dengan balasan isterinya.

  “Bukan marah.Abang tu bukan boleh dilayan sangat pagi-pagi ni.Makin dilayan makin pening kepala Maira dibuatnya.”

  “Siapa suruh Maira goda abang,”balas Adam selamba.Dia sudah menapak ingin masuk ke kamar mandi dengan tuala yang sudah bersangkut dibahunya.

  Membulat mata Hani saat mendengar balasan daripada suaminya.Serta merta bantal kecil yang tersedia di atas katil dicapai dan dibaling ke arah suaminya.Termati langkah Adam buat seketika.Dia menoleh ke arah Hani yang duduk di birai katil.Kemudian,pandangannya jatuh ke bawah kakinya.Serta merta lelaki itu ketawa.Bantal yang sudah dicapai dibaling kembali dan tepat mengena tubuh Hani.Terkejut Hani dibuatnya.

  “Abang!”Hani menjerit.

  “Apa?Nak ikut mandi sama?”

  Hani sudah membeliakkan matanya.Adam sudah melangkah kembali ke arahnya.Dia nak buat apa pulak ni?

  Hani sudah bangkit dari katil secara mengejut.Adam pula semakin menghampirinya.

  “Abang nak buat apa ni?”Hani menyoal.Adam tersenyum nakal.“Abang nak buat apa ni?Abang jangan…nanti Maira jerit bagi semua orang dengar,”Hani sudah mengugut.

  “Jeritlah,siapa nak dengar Maira menjerit.Tak ada orang nak dengar Maira jerit.Jom,ikut abang mandi,”kata Adam selamba.

  Hani sudah melarikan diri sehingga ke penjuru bilik.Wajahnya ditutup dengan tangannya saat Adam sudah berada di hadapannya.

  “Jom lah sayang,temankan abang mandi,”kata Adam dengan nakal.Wajahnya sudah satu inci daripada wajah Hani.Terasa hembusan nafasnya pada wajah Hani.

  “Tak nak!”Kata Hani separuh menjerit.

  “Jom lah sayang,”Adam berkata penuh menggoda.Lembut sahaja suara lelaki itu pada pendengaran Hani.Seram sejuk dibuatnya.

  Hish,dia ni la…pagi-pagi kalau tak kacau aku tak boleh agaknya.Rungut Hani dalam hatinya.Geram dengan Adam yang suka mengusiknya.

  “Abang pergi mandilah sana!Subuh dah separuh waktu dah ni,”marah Hani.

Hanya Satu Jadi MilikmuWhere stories live. Discover now