Bab 14

256 1 2
                                    

            Berkerut dahi Hani saat melihat suaminya yang bersandar di kepala katil sambil tergelak menghadap lap top.Entah apa yang ditonton juga tidak tahu.Hari ini hari Sabtu,suaminya hanya duduk bersenang lenang dalam rumah untuk menikmati cutinya.

  “Abang tengok apa sampai gelak tak ingat dunia ni?”Hani menyoal.Baju-baju yang sudah dilipat disusun ke dalam almari.Adam diam tanpa menjawab pertanyaan isterinya.Matanya tetap memandang skrin lap top yang terbuka itu.

  Hani menggelengkan kepalanya perlahan sambil menyusun langkahnya menghampiri suaminya.Dia duduk menghimpit di sisi Adam.Tubuhnya disandarkan ke dada bidang Adam.Lalu Adam melingkari tubuh Hani dengan lengannya.

  “Oh,baca blog.Ingatkan buat apa sampai gelak tak ingat dunia,”Adam tersenyum mendengar kata-kata isterinya.“Lawak kan cerita ni?”Adam menyoal.

  “Best kan kalau ada kawan macam tu. Happy je,tak payah nak pening kepala.”Komen Hani.

  “Sayang dulu tak ada kawan ke?”Adam menyoal penuh kehairanan.Hani menggelengkan kepalanya. “Maira tak suka kawan yang hipokrit,”kata Hani spontan.Adam mengerutkan dahinya.

  “Takkan semua kawan Maira hipokrit kot,”

  “Tak semua.Masa dah sambung degree dulu je Maira dapat kawan yang baik.Tak banyak kerenah.Tu pun berapa kerat je.”

  “Tak apalah.Abang boleh jadi kawan Maira,”kata Adam.Lelaki itu menguntum senyuman sambil membetulkan duduknya supaya dia boleh memandang wajah kesayangannya.Begitu juga Hani.Wanita itu membalas senyuman suaminya.

   “Awak nak jadi kawan saya?”Maira menyoal.Adam mengangguk.Sudah gaya seperti kanak-kanak Ribena lagaknya.

  “Serius awak nak jadi kawan saya?”Soal Hani lagi seolah-olah mereka masih di awal perkenalan dahulu.Tetapi semua itu hanya berlaku di alam maya.Di facebook semata-mata.Adam menguntum senyuman.Tangannya menggapai jemari Hani lalu dibawa kebibirnya.

  “Serius sayang. Berkawan sehingga ke hujung waktu kita.Bukan sekadar kawan. Juga kekasih,suami dan pencinta yang setia. Dunia dan akhirat.”Kata Adam penuh romantic membuatkan Hani tersentuh. Berkaca matanya ketika itu. Memilih Adam sebagai peneman hidupnya bukanlah kesilapan besar yang dilakukannya. Kesetiaan Adam selama lima tahun menunggunya biarpun lelaki itu tidak pernah menemukan wajah Hani Humairah.Lelaki itu yakin akan cintanya terhadap seorang Hani Humairah melalui ayat-ayat cinta Hani Humairah sendiri.Semua itu meyakinkan Hani untuk menerima lelaki itu dalam hidupnya.

  “Ala…sedih pulak dia ni,”kata Adam.Tubuh Hani ditarik kedalam pelukannya.Hani mengukir senyuman dan menepuk dada Adam.Lelaki itu ketawa.Air mata wanita itu diseka menggunakan jarinya. “Dah lah,tak mahu sedih-sedih lagi.Saya kan dah jadi kawan awak,” kata Adam memujuk sang isteri yang sedang bermuram durja.Hani mengukir senyuman.Senang apabila Adam memujuknya.

  “Jom kita keluar. Abang nak tunjukkan sesuatu pada Maira.”
  “Pergi mana?”

  “Adalah…Maira siap dulu ya?”Kata Adam.

  “Ala…bagitahu dulu tak boleh ke?”Hani mendesak.

  “Mana boleh.Kalau bagitahu dulu tak jadi surprise nanti.”Kata Adam.Hani melongo.“Tak payah nak buat muka macam tu.Pergi siap sana.Ke nak abang tolong salinkan baju,”Adam mengusik.Spontantangan Hani menampar lengan Adam.“Gatal!”

  “Abang gatal dengan sayang je,boleh dapat pahala,”jawab Adam selamba.Hani menjeling lalu turun dari katil.Menurut kemahuan suaminya.

  “AMBOI,baju sedondon!Nak kemana tu?”Hanan menyapa saat melihat kelibat Hani dan Adam yang berpimpin tangan turun tangga.Pasangan sejoli itu mengenakan pakaian sedondon berwarna merah.Sofea dan Farshah yang sedang menonton movie di ruang tamu turut sama menoleh ke arah tangga.

Hanya Satu Jadi MilikmuWhere stories live. Discover now