Bab 18

290 1 0
                                    

   Tersenyum Adam melihat sang isteri yang menghampirinya dengan langkah longlai.Wajahnya kelihatan sungguh lesu.Namun,senyuman tetap diberikan buat si suami yang sedia menunggunya.Sejak Hani menangis kerana ketakutan sendirian di dalam gelap,Adam sering menemani wanita saban malam kerana takut peristiwa yang sama kembali lagi.

   “Penat?”Spontan Adam menyoal.Hani sudah meletakkan kepalanya di bahu suaminya.Adam menguntum senyuman.“Kesiannya isteri abang ni.Terima kasih sayang,”ujar Adam seraya menghadiahkan sebuah kucupan di pipi Hani.

        “Maira busuklah,bang.”Ujar Hani lembut.

        “Tak apa,bagi abang wangi.Dah lah,jom kita naik.Maira mandi lepas tu tidur ya?”

         Hani hanya menganggukkan kepalanya perlahan.Matanya sudah terpejam.Sungguh,matanya sudah tidak mampu dibuka lagi.“Abang dukung Maira boleh?Maira dah tak ada daya nak daki tangga tu.Maira rasa macam gunung himalaya je tangga tu,”ujar Hani selamba.

        Adam menggelengkan kepalanya perlahan.Bibirnya sempat mengukir senyuman.Hani Humairah biar dalam keadaan letih sekalipun,sempat lagi dia berimaginasi.“Hmm,sempat lagi berimaginasi.Yelah,abang dukung tapi mesti ada upah,”

       “Suka hati abanglah.Maira dah tak larat dah ni,”balas Hani tanpa memikirkan kata-kata Adam yang punya makna yang tersirat.

      Adam mengukir senyuman di bibirnya.Tubuh Hani dicempung.Hani melingkarkan tangannya di leher lelaki itu.Matanya dipejam rapat.Wajahnya disembamkan di dada sasa Adam.

      “Jangan tidur pulak,kalau tak abang campak kat kolam ikan bawah tu.”
      “Sanggup ke abang nak campak Maira dalam kolam ikan tu?” Duga Hani.Adam tersenyum.Kasihnya dan cintanya buat Hani Humairah sudah tidak dapat disangkal lagi.

      “Ni towel,tu bilik mandi.Pergi mandi sana,”arah Adam kepada Hani yang sudah terbaring di atas tilam.Hani memanjangkan muncungnya.“Nantilah,bang,”ujar Hani.

      “No,pergi mandi lepas tu terus tidur,”kata Adam tegas.

      Dengan pergerakan yang lemah,Hani mengambil tuala mandi ditangan suaminya.Wanita itu turun dari katil dengan gerakan yang amat perlahan.Adam hanya memerhati gelagat isterinya.Alahai,nasib baik comel bini aku ni.

      Adam naik ke atas katil. Lap top  dicapai dan fail gambar dibuka.Lelaki itu mengukir senyuman sambil tubuhnya disandarkan dikepala katil.Gambar-gambar isterinya dengan pose yang menarik menjentik jiwa lelakinya.Semua gambar-gambar tersebut dimuat turun secara haram di facebook isterinya.Teringat kembali semasa di awal pertemuan mereka.Tidak disangka mereka akan bertemu akhirnya.

  “HANI HUMAIRAH….Double H kan?”Hani mengerutkan dahinya.Siapa pulak mamat ni?Panggil aku siap dengan nama FB aku sekali.“Akhirnya,bertemu juga kita.5 years,it’s a long time,and today,I got you here,”Sambung lelaki itu lagi.

       Fail-fail ditangan Hani dikuatkan pegangannya kerana takut terjatuh.
       “Maaf,saya rasa encik salah orang la,”ujar Hani selamba.

       “Tak mungkin saya salah orang.Mungkin awak kenal ayat ni.Couple makes trouble,married makes perfect,I choose Islamic Couple because totally halal after nikah,”

       Hani membuntangkan matanya.Tu ayat aku tu,berani betul dia copy paste ayat aku.Hei,tak baiklah menciplak hak orang!Kata Hani.Namun,kata-kata itu hanya bermain di hatinya.

       “Maaf encik,saya rasa encik salah orang. Saya ada banyak kerja nak buat,kalau tak siap habislah buku laporan saya.”Ujar Hani selamba sambil mengukir senyuman yang manis.“Okey encik,saya pergi dulu.Saya harap encik berjaya jumpa Double H yang sebenar,assalamualaikum,”sambung Hani sambil berlalu menuju ke tempatnya.Laju langkahnya menghampiri meja kerja.
  Adam tersenyum.Matanya bercahaya.Jelas sekali,wanita yang dicari selama ini berada dihadapannya.Sedikit masa lagi diperlukan.
      “Kak Mai,dia ke budak praktikal tu?”Soal Adam kepada pembantunya.

Hanya Satu Jadi MilikmuWhere stories live. Discover now