Bab 27

627 2 0
                                    

YA ALLAH,telah Engkau jadikan dia
Pendamping hidupku.
Tetapkanlah cintanya untuk diri hamba.
Ya Allah,
Sesungguhnya aku tidak pernah merasa cemburu denganMU
Kerana cintanya untuk diriMu melebihi cintanya buat diriku.
Sebaliknya,aku bersyukur kerana dikurniakan
Seorang lelaki yang mampu membawaku menuju ke JannahMU.”

  Hani segera menekan log out setelah status terbaru dikemas-kini di laman Facebooknya. Dia tersenyum tanda puas. Biarpun hanya sebelah tangan sahaja yang digunakan untuk menaip bait-bait kata.
          “Kak Long,mama panggil makan,”Sofea muncul disebalik pintu gelangsar.Hani menguntum senyuman buat Sofea.“Meh Fea tolong angkat lap top ni,”usul gadis muda itu.Hani mengangguk perlahan.Sofea sudah mengambil lap top daripada Hani.
          “Terima kasih,” ucap Hani.Sofea tersenyum. “Sama-sama kasih,”jawabnya.Tersenyum Hani dibuatnya.Hilang rasa rindu kepada suaminya.
          “Makanlah Kak Long.Ingat kat Along la tu.Tak yah fikir pasal dia,taulah Along tu jaga diri.Bukan dia tak biasa.”Tersedak Hani dibuatnya apabila ditegur oleh Sofea.Puan Aisyah tersenyum seraya menghulurkan segelas air masak kepadanya.
           “Fea ni,janganlah kacau Kak Long,”tegur Puan Aisyah.Gadis itu menguntum senyuman.“Sorry kak Long,”ucapnya.
            “Tak apa.”
           “Adam ada telefon Hani?”Soal Puan Aisyah.
          “Tak ada ma. Dia terlupalah tu kot, penat agaknya.”balas Hani sekadar untuk menyedapkan hatinya sahaja.Sedangkan di dalam hatinya dia begitu risaukan suaminya yang masih belum menghubunginya sejak siang tadi.
          “Hmm,yelah tu agaknya.Nanti dia telefonlah tu,”
  Baru sahaja Hani ingin menyuap nasi ke dalam mulutnya telefon rumah mula berdering.Terbantut suapan Hani.“Tak apa,biar Fea pergi angkat.Along lah tu agaknya.”Ujar gadis itu menawarkan diri.Hani hanya memandang adik iparnya melangkah ke arah tempat telefon.
           Dia melihat gadis itu tersengih-sengih kepadanya selepas talian berjaya dihubungkan.Berkerut dahi Hani.Pandangannya dilabuhkan pada pinggan nasi dihadapannya.Ada reaksi kecewa pada wajah itu.Pasti bukan Adam.Fikirnya sendiri.Abang dah lupakan Maira ke?
           “Kak Long!”Hani mendengar namanya disebut.Sepantas kilat dia mengangkat wajahnya.Wajah Puan Aisyah dihadapannya dilihatnya sedang tersenyum.“Adam telefon.Pergilah,”ujar wanita itu seolah-olah dapat membaca apa yang berada dalam fikiran menantunya ketika itu.
           Perlahan Hani bangkit dari duduknya dan melangkah menghampiri Sofea yang masih lagi berada di talian.
          “Ni ha,Kak Long dah sampai.Tak sabar-sabar.”Seloroh Sofea. Gagang telefon diserahkan kepada Hani.Wanita itu menguntum senyuman tanda terima kasih.
          “Assalamualaikum abang.”Hani menyapa terlebih dahulu setelah gadis itu kembali ke dapur.
          “Waalaikumsalam sayang,”kedengaran suara Adam dihujung talian.“Tadi abang call sayang.”Beritahu lelaki itu.
          “Oh,sorry abang.Handphone Maira tertinggal dekat bilik.”
          “Patutlah…”Balas Adam.Tertawa kecil Hani mendengar balasan daripada suaminya.“Abang rindulah,”sambung lelaki itu.
          “Hmmm…Maira pun rindu dekat abang.Abang dah makan?”
          “Sudah. Baru je ni. Sayang dah makan belum?Jangan nak skip makan ye,”
          “Maira tengah makan tadi abang call.”Beritahunya.“La…kesiannya isteri abang ni.Pergilah makan dulu.”Berkerut terus dahi Hani mendengar arahan suaminya.“Ala…nantilah dulu.Maira tak puas lagi nak cakap dengan abang,”pintanya.
          “Sayang…pergi makan dulu sana.Nanti abang call balik.”
         “Abang selalu macam tu. Kata nak call balik. Nanti sampai ke sudah tak call. Abang jangan…Maira tak suka orang mungkir janji.” Terdiam Adam untuk seketika.“Tengok tu,diam pulak. Betullah tu nak buat lagi ni.”
         “Bukan abang sengaja pun nak mungkir janji.Tapi kali ni abang janji betul-betul.”Ujar Adam penuh pasti.“Janji?”

Hanya Satu Jadi MilikmuWhere stories live. Discover now