Bab 29

527 2 1
                                    

мιѕѕ ωяιтєя2вє:
29.

  Sudah beberapa hari Hani mematikan handphone gara-gara merajuk dengan Adam.Jika dihidupkan akan membazirkan bateri sahaja.Bukannya lelaki itu menghubunginya.Sejak suaminya pergi ke Sarawak,perasaannya sering diabaikan.Tiada satu khabar pun yang diterima daripada suaminya.Adam seolah-olah sengaja menyepikan diri.

       Hari ini Sofea akan mendaftarkan diri di kolej.Baru hari ini juga handphone dihidupkan kembali.Dia merenung skrin handphone.Masih kosong.Tiada satu pun mesej yang masuk.Dia mengeluh hampa.

       Selepas Hani berpuas hati dengan penampilannya di kaca cermin,dia kembali tersenyum demi menghilangkan rasa gundah di hati.Dengan baju kurung moden berwarna biru berbunga ungu cukup menyerlahkan penampilannya.Dahulu,semasa bergelar pelajar,dia masih belum arif tentang fesyen.Pekaiannya selalu sahaja sederhana biar kemana dia melangkah.Segalanya berubah selepas dia menamatkan pelajarannya.Hani tersenyum sendiri memikirkan andai sahaja dia bertemu dengan para pensyarah yang mengenalinya pasti mereka akan terkejut melihatnya.

       “Kak Long ni senyum-senyum pulak.Jomlah,mama dah tunggu dekat bawah.” Suara Sofea menyapa gegendang telinga Hani.Pantas dia menoleh ke arah pintu kamar yang sudah berdirinya Sofea di situ sambil bercekak pinggang.Amboi,mengalahkan mem besar!

       “Dah siap ke semua?”

       “Dah tunggu Kak Long je.Gayut dengan alonglah tu,”

       Hani mengangkat sebelah keningnya.Tangan kanannya mencapai beg tangan hitam yang sudah tersedia di atas katil.“Banyaklah.Along call ke?”

       “Haa,Along call Fea tadi.Dia cakap sorry sebab tak dapat hantar Fea masuk kolej.”Perlahan Hani mengangguk mendengar jawapan Sofea.Mereka beriringan menuruni tangga.“Along tak call Kak Long ke?”
        “Barang-barang semua dah masukkan dalam kereta?”Hani sengaja menyoal kembali demi mengalihkan topic perbualan mereka.

         “Dah,”jawab Sofea spontan.
        “Surat semua dah bawa Fea?”Puan Aisyah menyoal bagi memastikan gadis sunti itu membawa semua surat yang diperlukan semasa pendaftaran.
.“Dah.Fea dah double check tadi.”Ujar gadis itu sambil tersenyum dan bersemangat.

         Perjalanan selama beberapa jam sungguh memenatkan.Perjalanan juga kurang lancar apabila mereka sudah tiba di jalan masuk ke dalam kolej.Ada ramai petugas yang terdiri daripada pelajar dan kaki tangan di situ melaksanakan tugas mereka demi memastikan segalanya dalam keadaan lancar.

         “Assalamualaikum,nak daftarkan siapa ya?”seorang petugas perempuan memberikan salam.

         “Waalaikumsalam,nak daftar anak ni.Perempuan.”Balas Puan Aisyah.Hani dan Sofea saling berpandangan. Sambil tersenyum.
         “Oh,ni kupon pergi ke blok C ya?Terima kasih,”

         “Sama-sama,”Puan  Aisyah terus memandu  lagi  sehingga ke tempat yang dituju .

         “Barang  tak payah  bawa dulu. Kita pergi daftar dulu.”Hani mula
memainkan  peranannya.Sofea hanya menurut.Hani dan Puan Aisyah  melangkah perlahan  menemani Sofea.

          “Beratur dulu .Nanti kalau  ada orang panggil,Fea terus masuk.Kak Long dengan  mama tunggu dekat pondok sana tu,”Hani mengarahkan  sebagai seorang yang pernah mendaftar  masuk sebagai pelajar dahulu.Sekali lagi , Sofea hanya menurut arahan yang diberikan Hani.

          Sedang Hani melangkah,tiba-tiba sahaja dia terlanggar seseorang.Habis kertas-kertas yang dibawa orang itu bertaburan di atas lantai.“Maaf cik,saya tak sengaja.”Ujarnya.

          “Tak apa,maaf ya?”Ujar Hani pula.Dia turut sama menghulurkan tangan membantu mengutip kertas-kertas yang bertaburan.

           “Err..Hani kan?”Hani mengerutkaan dahinya.Dia cuba mengingati sesiapa yang dikenali.“Nadialah ni.Tak ingat ke?”Dia memberitahu.Hani masih cuba untuk mengingati orang yang bernama Nadia.

Hanya Satu Jadi MilikmuWhere stories live. Discover now