Bab 21

251 3 0
                                    


  Di rumah,Adam mula resah apabila Hani masih belum kelihatan.Sudah tiga kali dia berulang-alik ke shopping mall semata-mata mencari Hani yang hilang. Tidak dikira langsung dengan jalan raya yang sesak dan dipenuhi dengan pelancong asing.Di dongakkan kepalanya memandang jam di dinding. Jam sudah menunjukkan ke angka 8:30 malam.
  “Ya Allah,mana pulak dia ni pergi.Risau aku,”ujar Adam sendiri.Diperhatikan pula kotak baldu merah yang berada di atas meja kopi.Baru petang tadi dia berangan-angan untuk memberikan gelang tangan yang baru dibeli petang tadi kepada Hani. Bermacam-macam perkara yang terbayang di mindanya andai gelang tangan itu tersarung di tangan Hani. Pastinya indah dan pastinya wanita itu akan gembira.
        “Ya Allah,manalah Maira ni pergi. Baliklah cepat jangan buat abang risau macam ni,”ujar Adam lagi.Lelaki itu tidak senang duduk.Sudak acapkali dia berjalan dari kanan ke kiri.Dari kiri ke kanan.Gayanya sudah seperti seorang bapa yang menunggu anaknya pulang.Adam memakai tshirt putih bersama kain pelikat.
  Bunyi kereta di luar pagar membuatkan Adam pantas berlari keluar.Dilihatnya Hani yang baru keluar dari kereta.Seorang lelaki yang baru keluar juga membuatkan darah mula naik ke muka Adam.Dipandang lelaki itu dan Hani bersilih ganti.
      “Assalamualaikum,”
     “Waalaikumsalam,”Adam menjawab salam lelaki yang tidak dikenali itu.Mereka berjabat tangan.“Saya  Hasiff. Doktor Hasiff,”kata lelaki itu memperkenalkan diri.
       “Saya Adam. Suami Hani Humairah,”ujar Adam pula.Nadanya juga bagaikan orang bongkak sedikit.Di kerling Hani yang tegak berdiri di sebelahnya.Pakaiannya sudah tidak seperti siang tadi,Hani yang kelihatan anggun.Malam ini,dia nampak isterinya lebih comot.
      “Maaflah,saya ni nak hantar isteri encik Adam je. Hari pun dah lewat malam ni. Ni kad saya,kalau ada apa-apa boleh hubungi saya.”Kata Hasiff.“Oh,sebelum saya terlupa,hati-hati dengan lutut isteri encik.Lututnya terluka tadi.Tapi tak apa,saya dah rawat luka di kaki isteri encik.”
  Adam menganggukkan kepalanya perlahan.
  “Encik Adam ,Hani saya balik dulu.Assalamualaikum,”
      “Wa’alaikumsalam,”Adam dan Hani menjawab serentak.Kemudian,mereka beriringan masuk ke dalam rumah.Sepatah perkataan langsung tidak keluar dari bibir mereka.Hani tetap kaku manakala Adam menunjukkan wajah bengisnya.
      Hani hanya menundukkan kepalanya. Dia takut untuk memandang suaminya yang sedang memandangnya dengan pandangan yang tajam.Wajahnya bengis.Belum pernah lagi sepanjang prkahwinan mereka Hani melihat wajah Adam yang bengis.
     “Bagus sangatlah tu dah malam baru nampak muka.Lepas ni boleh canang kat orang yang abang ni tak pandai nak jaga bini.”Bentak Adam.Hani mengetap bibir.“Pergi mana tadi?”Adam menyoal.
     Bibir Hani terketar-ketar.Terkumat kamit mulutnya. Dia ingin berkata sesuatu, namun suaranya tidak keluar. “Abang Tanya tu jawablah! Pergi mana tadi,”ulang Adam.Suaranya bagaikan halilintar.Hani semakin gerun.
     “Hani…pergi kedai Popular beli…. novel.”
     “Novel! Lagi-lagi novel.Dah tak ada benda lain ke yang nak dibeli. Mana novel tu,bak sini.”pinta Adam.Suaranya keras.Isterinya yang terluka langsung tidak dihiraukan.Yang pasti dia hanya mahu amarahnya dilepaskan pada mala mini.
     Lambat-lambat Hani menghulurkan bungkusan yang berisi novel-novel yang baru dibelinya tadi.“Cepatlah!”Bentak Adam.Hani tersentak. Belum pernah lagi dirinya ditengking sebegitu rupa.
     Bungkusan ditangan Hani direntap kasar oleh Adam.Habis terkoyak plastik bungkusan hingga terjatuh novel itu.Hani hanya memandang novelnya jatuh.Nak di ambil,dia tidak berani kerana melihat Adam yang bagaikan singa kelaparan.Tunggu untuk memakan mangsanya sahaja.
     “Sini!”Adam menggenggam tangan Hani kuat. Ditarik wanita itu hingga ke tinggat atas. Hani meronta-ronta minta tangannya dilepaskan.Cengkaman Adam terlalu kuat.Sesekali lututnya terasa amat pedih kerana terkena buku tangga.“Abang,sakit…”

“Sakit?”Adam mengulang kata-kata Hani.Tangan Nai dilepaskan kasar. Ada tanda merah di pergelangan tangan wanita itu. Bagai mahu mengalir air mata Hani tika itu. Dilihatnya Adam mencapai novel-novelnya dirak. Mulut lelaki itu tidak henti-henti mengomel.Macam perempuan!“Sakit engkau,sakit lagi hati aku ni kau tahu tak.Aku tunggu kau macam orang bodoh kat shopping mall tu dan kau boleh pergi beli buku yang tak penting ni,”
      “Abang nak buat apa tu…?”Hani menyoal apabila melihat Adam menghampiri tong sampah di sudut bilik.
       “Aku nak kuburkan semua buku-buku tak guna ni.”Ujar Adam kasar.
        “Abang jangan….”Air mata Hani sudah mula mengalir membasahi pipinya.Koleksi novel miliknya sudah selamat dicampakkan Adam ke dalam tong sampah.Hani mencengkam pergelangan tangan Adam meminta simpati lelaki itu.“Abang…jangan buat Maira macam ni,”semakin laju air matanya mengalir. Namun,Adam tetap dengan pendiriannya.Lelaki itu sudah menunjukkan egonya yang tinggi menjulang. 
       Sekali lagi,Adam mencengkam lengan Hani.Wanita itu mengadu kesakitan.Adam dengan tanpa perasaan mengheret wanita itu turun tangga.Dituju pula keluar rumah.Bungkusan plastic hitam ditangannya dicampak ke tanah.Dilepaskan juga cengkamannya terhadap Hani dengan kasar sehingga lutut Hani terhentak di lantai.Sakitnya hanya Tuhan sahaja yang tahu.     
        “Abang,Maira minta maaf ,”rintih Hani dalam sendunya.Wanita itu masih belum puas meminta simpati daripada suaminya sendiri.
        Adam sudah mengeluarkan lighter.Entah dari mana bahan bakar itu muncul pun tidak tahu.Lelaki itu sedang tersenyum sinis.Hani sudah tidak mampu berbuat apa-apa apabila melihat suaminya mula membakar.
       “Abang jangan.”Pinta Hani lagi. Dia cuba mencapai novel-novel kesayangannya,api yang merebak dengan cepat menghalangnya untuk terus berbuat demikian. Akhirnya Hani hanya melihat sahaja kejadian yang berlaku dihadapannya.
       Adam sudah lama meninggalkan Hani.Wanita itu masih lagi berteleku dihadapan bara api.Dia hanya dapat melihat debu-debu hasil pembakaran Adam.Sampai hati abang buat Maira macam ni.
       Perlahan Hani bangkit dan masuk ke dalam rumah.Air matanya sudah tidak lagi mengalir.Hanya sendunya yang masih lagi kedengaran. Hani menuju ke kamarnya.Wajah Adam yang sedang membuat kerja di meja kerjanya langsung tidak dipandang. Hatinya terlalu sakit.Jiwanya jelas terluka dengan tindakan suaminya.Langsung tidak punya perasaan!
      Usai solat Isya’,Hani terus keluar dari kamar. Dia tidak betah berlama di kamar bersama Adam selepas apa yang telah Adam lakukan. Kesakitan di perutnya langsung tidak dihiraukan. Hani mula berbaring di sofa panjang di ruang tamu. Peluh mula merintik di dahinya.Kesakitannya sudah tidak tertanggung lagi. Air matanya mula mengalir lagi. Sungguh,dia amat perlukan perhatian Adam pada ketika ini. Sebagai seorang wanita,dia juga mempunyai ego.
  Ya Allah tersilapkah aku memilihnya sebagai imamku? Ada nada penyesalan dalam hati wanita itu. Hatinya berbaur curiga melihat perilaku Adam terhadapnya.Sungguh tidak terjangkau dek akalnya Adam boleh bertindak begitu.Bagi Hani,semuanya sudah dianggap kejam.

HAMPIR  sahaja Adam terlupa akan perihal isterinya. Pada jam 2:25 pagi dia masih berada di meja kerjanya.Lelaki itu terlelap sewaktu membuat kerjanya.Adam menoleh ke arah katil.Berlapis-lapis dahinya melihat katil yang kosong dan masih berkemas. Langsung tiada tanda ada orang yang naik ke atas katil itu. Di mana Humairah?
      Adam menuruni tangga demi mencari Hani. Risau pula seandainya wanita itu membuat sesuatu yang diluar akalnya.Seandainya perkara itu berlaku,dia tak akan pernah maafkan dirinya sendiri kerana menyakiti wanita itu.Sebenarnya hatinya terkesan melihat wanita kesayangannya menangis tadi.Oleh kerana dia ingin menunjukkan egonya yang tinggi melangit,dibiarkan sahaja wanita itu mengalirkan air matanya.
     Melihatkan ruang tamu yang terang benderang dengan cahaya lampu,Adam pantas mengatur langkahnya. Dia pasti Hani berada di situ.
    Sayu hati Adam melihat sekujur tubuh yang terlena dalam kesejukan. Adam merendahkan ketinggiannya agar dapat melihat wajah Hani dengan lebih dekat lagi. Wajah wanita yang berjaya mencuri hatinya ditatap lama. Lena wanita itu pastinya tidak seperti kebiasaannya yang penuh dengan ketenangan.Dahi Hani kelihatan berkerut juga ada peluh yang membasahi dahinya.
      Adam menyentuh dahi Hani. Diusap dengan penuh kasih sayang.Wajah mulus Hani ditatap.Dipandang pula ke bahagian mata Hani. Bulu mata isterinya panjang melentik,itulah yang membuatkan mata isterinya kelihatan lebih  cantik dan sempurna. Kesan air mata di bawah mata Hani dikesat menggunakan jarinya.Mata Adam dilarikan ke kaki isterinya yang terdedah .Gaun tidur diselak hingga ke atas lutut.Kesan luka yang bertampal dilihat selepas dia teringat pesanan doctor yang menghantar isterinya tadi.
      “Maafkan abang sayang.”Bisik Adam perlahan di telinga Hani.
      Hani mengerang sedikit apabila Adam tersentuh pergelangan tangan Hani.Pantas mata lelaki itu beralih ke tempat sakit itu.Adam melepaskan keluhannya.Pantas sahaja isterinya menangis kerana lengan wanita itu dicengkam begitu kuat sehingga meninggalkan kesan merah di situ.
     Ya Allah,apa yang telah aku lakukan.Mudahnya aku menyakiti wanita ini.Mudahnya aku mengkhianati amanah yang telah kau titipkan kepadaku untuk aku kasihi dan aku cintai.
     Adam mencempung Hani sehingga ke kamar mereka.Lenanya Hani kerana tubuhnya langsung tidak berkutik ketika diangkat.Perlahan Adam membaringkan tubuh isterinya.Adam turut berbaring di sebelah isterinya. Jauh di sudut hati,dia terlalu merindukan isterinya biarpun hanya untuk beberapa jam mereka terpisah. Lelaki itu menarik tubuh Hani agar rapat kepadanya. Kepala Hani beralaskan lengannya sebagai bantal.
      “Maafkan abang sayang,”ucap Adam lagi.Wajah Hani dikucup sehingga wanita itu terjaga.Dia menjadi tidak selesa apabila kucupan lelaki itu menjadi luar dari kebiasaannya.Tanpa disangka-sangka,Hani menolak tubuh suaminya.Adam tersentak.Wajah Hani dipandang tajam.Hani turut memandang Adam.Nafasnya turun naik tidak menentu.
      Adam menghampiri Hani lagi.Hani semakin gelisah.Tangan lelaki itu sudah mencengkam bahunya.Hani pula bertindak mengeraskan diri. Adam sudah melekapkan bibirnya di bibir Hani.Wanita itu terkesima.Bayangan amarah Adam bermain dimatanya.Sakit hatinya diperlakukan sebegitu oleh Adam.Mudahnya hatinya dilukai,dan mudah juga untuk Adam mendatanginya.Begitukah cara lelaki itu?
     “Maira benci abang!”

Hani sudah letih meronta.Kudratnya sudah tiada untuk melawan Adam.Akhirnya dia pasrah atas perkara yang berlaku dalam hidupnya.Matanya dipejam rapat bagaikan tidak mahu dibuka lagi. Doanya agar esok apabila dibuka matanya,kejadian yang berlaku hanya mimpi ngeri buatnya.

Hanya Satu Jadi MilikmuWhere stories live. Discover now