Bab 24

285 3 1
                                    

      

     
  Lewat malam,Adam masih lagi berada di hospital.Masih terbayang lagi di ruang matanya Hani yang jatuh dari tangga.Melantun-lantun tubuh isterinya ketika jatuh dari tangga.Adam meraup wajahnya.Kusut memikirkan keadaan Hani yang sedang bertarung dengan nyawa di bilik kecemasan.Terlalu banyak darah yang mengalir keluar.Tanpa sedar,air mata lelakinya mengalir.Pertama kali dia menangis kerana wanita yang amat dikasihi.

         “Along!” Suara Puan Aisyah menyapa pendengaran Adam yang sedang menanti di kerusi berhadapan bilik kecemasan.Lelaki itu menoleh ke arah Puan Aisyah dan ditemani Sofea,Farshah dan Afiq.

         “Macam mana dengan Hani?”Puan Aisyah menyoal.Punggungnya dilabuhkan di sebelah Adam.Bahu lelaki itu dipegang.Afiq hanya berdiri memeluk tubuh sambil matanya tidak lepas memerhatikan abangnya.Manakala Farshah dan Sofea membisu,menanti butir bicara antara Adam dan Puan Aisyah yang selanjutnya.

       Adam menggelengkan kepalanya.Nampak sangat wajahnya yang kusut masai itu.Wajahnya ditundukkan memandang lantai.Kedua-dua tangannya digunakan untuk menongkat dahinya .

        “Along tak tahu,ma.Dari tadi dia kat dalam tu.Along risau sangat dengan dia.Along takut sangat tengok keadaan dia tadi.Along takut kalau dia tinggalkan Along.”Ujar Adam.Puan Aisyah,Afiq,Farshah dan Sofea yang mendengar terkejut.

        “Astaghfirullah,Along!Apa yang Along cakap ni?Yang penting sekarang ni kita doakan yang terbaik untuk Hani.”Ujar Puan Aisyah menasihati Adam.“Ni Aiman dah tahu ke keadaan Hani?”

        Adam menggelengkan kepalanya.“Along tak sampai hati nak bagitahu dia.Takut dia risau,”ujar Adam.Perbualan mereka terhenti seketika.“Along buntu sangat sekarang ni,”ujar Adam. Lelaki itu bangkit dan berdiri di hadapan pintu bilik kecemasan.Tubuhnya dipeluk.Sekali lagi,air matanya menitis tanpa sedar.Ya Allah selamatkanlah isteriku.

       “Macam mana keadaan isteri saya doktor?”Laju Adam menyoal apabila doctor yang memakai tag nama Hasiff keluar dari bilik kecemasan.Wajah Adam penuh dengan harapan.

       Hasiff mengeluarkan kaca mata dari wajahnya.Wajah Adam dipandang sebelum meneruskan kata-katanya.Lelaki itu tersenyum.“Isteri encik selamat.Keadaannya stabil . Kecederaan di kepalanya juga tak berapa serius hanya tangan di sebelah kanan sahaja yang patah.”Terang Hasiff dengan tenang.

      Adam dan Puan Aisyah terkesima.“Hmm…Saya dapati,ada kesan luka di tapak kaki kiri milik isteri encik.Macam kesan baru sahaja terkena kaca.”

      “Hmm,sebelum dia jatuh,dia terkena kaca.Masa tu keadaan gelap,”ulas Adam gugup.

       “Encik jangan risau.Luka tu kami dah jahit.”

       “Boleh saya tengok isteri saya?”Adam menyoal tidak sabar.
   Hasiff mengangguk perlahan.“Tapi jangan sampai pesakit terjaga.Dia perlukan rehat yang secukupnya.Pihak kami hanya boleh benarkan seorang sahaja ahli keluarga yang menjaga pesakit.Saya harap pihak encik faham,”

        “Baiklah doctor,”ujar Adam.Hasiff sudah meminta izin sebelum melangkah pergi.Langkah seorang doctor yang penuh karisma.

        “Hmm,mama….”

        “Tak apalah Long.Along temankanlah Hani malam ni.Mama nak balik dulu,esok mama datang lagi.”Ujar Puan Aisyah.Bahu Adam disentuh sambil menguntum senyuman.

       “Hmm,yelah.Mama jaga diri.Angah,bawak kereta tu hati-hati,”pesan Adam kepada Afiq yang sedang berdiri di hadapannya.Afiq mengangguk,”baik,Long.”

       “Shah dengan Fea mana?”Adam menyoal.Kedua-dua adik perempuannya tidak kelihatan.Dipanjangkan lehernya mencari kelibat Farshah dan Sofea.

Hanya Satu Jadi MilikmuWhere stories live. Discover now