Yoongi POV
Aku termenung di dalam bilik aku. Bilik aku gelap tanpa cahaya menerangi. Bahu aku berbalut kerana kemalangan yang aku alami semalam. Doktor cakap bahu aku pecah dan aku dah tak boleh main piano lagi. Hahaha, I love my life...
Aku menuju ke balkoni bilik aku dan melihat keadaan dunia luar. Hmm, hijau cantik.
Aku tersenyum pendek sebelum memerhatikan pemandangan hijau.
End of POV
Yerim POV
Aku melihat keadaan hadapan rumah yang perlu aku bekerja selama cuti musim panas. Besar. Cantik sebab depan dia hutan.
Untung gila siapa yang dapat duduk rumah ni. Ketika itu, aku ternampak seorang lelaki sedang melihat keadaan hutan itu. Putihnya dia. Flawless abis.
Omg, dia tak pakai baju tapi kenapa bahu dia berbalut? Mesti dia cedera. Kesiannya.
Aku mengalihkan pandangan aku dan mencari loceng utama pagar rumah itu. Ah jumpa pun. Aku menekan loceng dua kali sebelum menunggu orang buka pintu. Mata aku kembali melihat lelaki yang berada di balkoni tapi dia dah hilang. Sejuk kot.
End of POV
Yoongi leka memerhati permandangan luar dan ketika itu, dia terdengar bunyi loceng rumahnya berbunyi. Dia terus masuk kembali ke dalam biliknya dan menarik langsir pintu balkoninya.
"Siapa tu? Aish! Ni mesti eomma punya keje ni!! Aku dah cakap aku tak perlukan sesiapa untuk jaga aku!!,"
Yoongi merengus kasar sebelum mengunci pintu biliknya. Dia tak nak perempuan itu memasuki bbiliknya.
♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡
Yerim mengemas bilik yang akan dia duduk selama bekerja di rumah ini. Yerim baru tahu yang ini merupakan rumah senior sekolah menengah tingginya dulu, iaitu Min Yoongi. Yerim sebenarnya dulu ada hati dekat Yoongi kerana perwatakan Yoongi yang lain daripada lelaki lain. Lelaki lain selalu bermain cinta dengan semua murid perempuan manakala Yoongi pula seperti di dalam dunianya sendiri dan Yoongi selalu mengasingkan dirinya dari bergaul dengan pelajar-pelajar lain.
" Macam mana aku boleh lupa muka Yoongi sunbae. Haha. Tak sangka yang aku bekerja bawah dia. Bolehlah aku kenal dengan Yoongi sunbae dengan lebih rapat,"
Bisik hati Yerim. Yerim keluar dari biliknya dan menuju ke ruangan dapur untuk mengambil ubat-ubatan yang Yoongi perlu makan dan sejag air mineral dan gelas.
Kemudian, Yerim menaiki tangga menuju ke bilik Yoongi. Sampai sahaja di bilik Yoongi, Yerim mengetuk perlahan pintu bilik tersebut.
Yoongi yang sedang tidur, tersedar dari lenanya menyebabkan dia mendengus kegeraman. Dia paling benci orang mengganggu dia tidur. Yoongi membuka pintu biliknya dengan kasar dan dia memandang Yerim dengan bengis.
Yerim menelan kasar air liurnya melihat pandangan maut Yoongi.
Kau nak apa?! - tengking Yoongi.Hmm, saya nak bagi sunbae ubat.. Boleh saya masuk? - tanya Yerim lembut.
Sekarang pukul berapa? - tanya Yoongi kembali.
5.00 petang. Masa untuk sunbae makan ubat. - ujar Yerim lembut dan memberikan senyuman manisnya.
Masuk - ujar Yoongi pendek sebelum meninggalkan Yerim di depan pintu biliknya.
Yerim dengan perlahan memasuki bilik Yoongi. Yoongi duduk bersandar di katilnya dan memandang ke arah Yerim tanpa perasaan. Namun, hatinya berdegup dengan kencang apabila matanya memerhatikan gelagat gadis itu. Dia cuba menyangkal perasaannya itu. Yerim meletakkan ubat-ubat yang Yoongi perlu makan di satu bekas kecil dan memberikannya kepada Yoongi. Yoongi mengambil bekas itu dan memakannya tanpa suara. Kemudian, Yerim memberikan segelas air mineral kepada Yoongi dan Yoongi mengambil air tersebut dan meminumnya tanpa suara.
Ermm, boleh saya tengok bahu sunbae? - tanya Yerim.
Yoongi hanya menganggukkan kepalanya pendek. Yerim mendekati tubuh Yoongi dan dengan berhati-hati dia membuka balutan luka Yoongi.
Jahitan dibahu Yoongi begitu teruk tapi sudah kering. Yerim mengambil kain balutan baru dan membalut luka Yoongi dengan berhati-hati. Yoongi menahan dirinya daripada menjerit kesakitan dengan menggetap giginya.
Siap - ujar Yerim lembut.
Keluar - hanya itu yang keluar dari mulut Yoongi.
Yerim menganggukkan kepalanya dan keluar meninggalkan Yoongi. Yoongi berbaring kembali di atas katilnya dan memejamkan matanya.
Akhirnya, dia kembali terlelap.
Pada masa yang sama, Yerim termenung memandang pintu bilik Yoongi.
" Asal dia bengis sangat? Pandangan matanya menakutkan aku,"
Seloroh Yerim di dalam hatinya
♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡
YOU ARE READING
The Last
FanfictionAsal kau masih terhegeh-hegeh dekat sini?! Aku dah cakap yang aku tak layak untuk kau! Aku ni gila! - Tengking Yoongi Even awak gila, saya tetap sayangkan awak, Yoongi.. - pujuk Yerim Walau apa pun yang terjadi, aku akan jadikan kau hak milik aku...