Yoongi termenung di ruang tamu. Dia memerhatikan keadaan sekeliling. Rakan-rakannya dan rakan-rakan Yerim sedang bergurau senda. Yoongi tidak selesa apabila rakan-rakan Yerim memandang dirinya. Bagi dia pandangan tersebut seperti mereka judge dia. Dia paling benci dengan pandangan tersebut. Ketika itu, dirinya merasakan diserang serangan panik.
Yoongi cuba bertenang tetapi dirinya tidak terkawal dan dia terus rebah jatuh ke lantai.
Ye..Ye..Yerim - Yoongi merintih kesakitan.
Yerim yang mendengar suara Yoongi terus berlari menuju ke arah Yoongi dan gelabah apabila melihat keadaan Yoongi yang lebih teruk dari biasa.
Rakan-rakan Yoongi juga berlari menuju ke arah Yoongi.
Hyung!! - Taehyung dan Jungkook sudah berada disisi Yerim.
Chagi, bawa bertenang. Min Yoongi lawan sakit tu. - Yerim cuba menenangkan Yoongi.
Yerim, kau pergi amik ubat. Aku pangku Yoongi hyung. - ujar Jungkook lalu memangku tubuh Yoongi yang mengeletar teruk.
Yerim terus bangun dari duduknya dan berlari menuju ke dapur. Scha yang berada di dapur kerana baru sahaja keluar tandas menjeling Yerim lalu mendapat akal jahat. Scha berjalan menuju ke arah Yerim lalu menyadung kaki gadis itu hingga menyebabkan air panas yang berada ditangan Yerim jatuh dan tumpah ke tangan Yerim.
Auch!! - jerit Yerim lalu memegang kedua belah tangannya.
Scha buat tidak perasan lalu menuju ke arah Jimin. Yoongi yang mendengar jeritan Yerim berusaha menenangkan dirinya lalu bangun dari pembaringannya dengan perlahan-lahan. Jungkook memapah Yoongi namun belum sempat, Yoongi menuju ke arah Yerim, Jimin sudah berada dengan Yerim.
Gwenchana? Asal kau tak berhati-hati ni? - Jimin menarik tubuh Yerim lalu membiarkan air paip mengalir ditangan Yerim.
Scha tercengang melihat teman lelakinya begitu rapat dengan Yerim manakala Yoongi menahan geram apabila melihat Jimin memeluk tubuh Yerim dari belakang dan memegang kedua belah tangan teman wanitanya.
Jimin sengaja merapatkan tubuhnya dengan tubuh Yerim. Baginya ini peluang dia untuk memikat hati gadis itu.
Park Jimin?! Kau buat apa dengan awek aku tu?! Yang kau sentuh dia apahal?! - tengking Yoongi.
Yerim yang mendengar tengkingan Yoongi terus melepaskan pelukan Jimin dan menolak tubuh tegap Jimin.
Nothin' hyung, aku just tolong dia sebab tangan dia kena air panas. Kalau tunggu kau, tangan dia melecur teruk pun kau tak boleh nak buat apa sebab kau sakit mental. - perli Jimin lalu tersenyum sinis.
Yoongi yang mendengar sindiran Jimin mengetap giginya menahan marah dan dia mengambil cawan yang Yerim pegang sebentar tadi lalu mencampaknya ke arah Jimin. Namun tersasar dan terkena tepat di dahi Yerim. Cawan itu pecah betapa kuatnya Yoongi campak sehingga cawan tersebut boleh pecah.
Auch! - Yerim memegang kepalanya lalu melihat darah di tangannya. Pandangannya menjadi kabur.
Jimin, Jungkook dan Yoongi terkejut melihat begitu banyak darah mengalir di kepala Yerim.
Ye..Ye..Yerim - ujar Yoongi kerisauan.
Yerim memandang lemah ke arah Yoongi sebelum jatuh pengsan. Jimin terus memegang tubuh Yerim yang terkulai lemah sambil merenung tajam ke arah Yoongi. Rakan-rakan mereka terus meluru ke arah dapur. Mereka terkejut melihat keadaan Yerim.
Kau memang pembawa sial hyung?! Bodoh!! Kalau apa-apa jadi dekat Yerim, aku akan pastikan kau tak akan dapat bertemu dengan Yerim lagi!! Kau tu dah gila buat cara gila!!! Tak payah nak menyibuk nak bercinta dengan Yerim!!! Mental!!! - maki Jimin.
Park Jimin!! Jaga apa yang kau cakap tu!! Ni hyung kau!! - marah Jin.
Taehyung menuju ke arah Yerim lalu mengangkat tubuh Yerim dan membawa gadis itu naik menuju ke bilik tidur Yoongi. Jimin ingin mengikut Taehyung tapi lengannya di peluk erat oleh Scha.
Yoongi kaku disitu. Dia tak tahu nak buat apa ketika itu. Otaknya blank serta merta.
Kau bukan hyung aku lagi!! Selama ni aku cuba bersabar dengan sakit kau tapi bila aku tahu yang kau bercinta dengan Yerim, hati aku sakit hyung!!! Kau tu memang akan menyusahkan Yerim!! - tengking Jimin.
Scha terkejut melihat perangai Jimin seperti ini. Sayang sangat Jimin dekat perempuan yang bernama Yerim.
Baby, kita balik.. - pujuk Scha.
Jimin hanya mendiamkan dirinya dan berlalu keluar dari ruang dapur kemudian, meninggalkan perkarangan rumah Yoongi.
Suasana ketika itu menjadi begitu tegang. Rakan-rakan Yoongi yang lain terkejut melihat perubahan Jimin yang mendadak.
♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡
Suasana diantara Scha dan Jimin begitu tegang.
Babe.. - Scha cuba menenangkan Jimin dengan suara manjanya.
Scha cuba memeluk tubuh Jimin tapi Jimin mengelak.
Don't touch me! - Scha terkejut mendengar tengkingan Jimin.
Don't you dare to raise your voice at me Park Jimin!!! - tengking Scha kembali.
Jimin mendengus kegeraman sebelum menuju ke bilik tidurnya. Scha yang tidak berpuas hati dengan perangai Jimin terus memusingkan tubuh teman lelakinya.
Look at me!!! Apa yang kurangnya Scha daripada Yerim tu?! - tengking Scha sambil menolak tubuh Jimin hingga Jimin bergerak sedikit ke belakang.
Aku malas nak bincang hal ni. Scha tolong balik. - Jimin menahan dirinya daripada memaki Scha.
I tak akan balik selagi you tak bagitau apa yang kurangnya I!! Park Jimin, I really love you!! I dah bagi segalanya untuk you. - jerit Scha.
Damn!! Scha Kim!!! Kau dengan Yerim beza gila!! Kau serahkan segalanya dekat semua lelaki yang kau jumpa tapi Yerim tak. Dia serahkan dekat teman istimewanya. Dia baik kau setan!! Kau ingat aku tak tau sebenarnya kau yang tolak Yerim sampai dia kena air panas. Lain kali kau cuba sakitkan dia, aku tak teragak-agak nak belasah kau,Scha!! - tengking Jimin lalu menolak kasar tubuh Scha hingga gadis itu terlanggar meja kopi. Scha merintih kesakitan manakala Jimin hanya memandang sekilas ke arah Scha sebelum meninggalkan gadis itu keseorangan.
Scha menangis teresak-esak. Dia buntu ketika itu.
♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡
YOU ARE READING
The Last
FanfictionAsal kau masih terhegeh-hegeh dekat sini?! Aku dah cakap yang aku tak layak untuk kau! Aku ni gila! - Tengking Yoongi Even awak gila, saya tetap sayangkan awak, Yoongi.. - pujuk Yerim Walau apa pun yang terjadi, aku akan jadikan kau hak milik aku...