●11●

52 4 0
                                    

Yerim duduk dikerusi kosong belakang Yoongi. Doktor Hansol memandang ke arah wajah Yerim dan memberikan senyuman manis.

Hi, saya Dr.Hansol, doktor peribadi En.Min Yoongi. Selama dia pergi appointment, saya tak pernah jumpa dengan cik. Boleh saya tahu cik siapa? - pertanyaan Dr.Hansol menyebabkan Yoongi mencerlungkan matanya tajam ke arah Dr.Hansol.

Jung Yerim imida. Saya yeoja chingu Yoongi. - Dr.Hansol menganggukkan kepalanya dan kembali memandang Yoongi yang hanya memandang kosong ke arahnya.

En.Yoongi, kenapa hari ni baru nak pergi appointment? Saya risaukan kondisi awak. - tanya Dr.Hansol lembut.

Aku okey. - ujar Yoongi pendek.

Dr.Hansol yang melihat Yoongi begitu dingin hanya mampu menggelengkan kepalanya sebelum mengeluarkan rekod kesihatan Yoongi.

En.Yoongi, saya nak tanya beberapa soalan sebelum saya pastikan awak dah sihat dan tidak perlu meneruskan rawatan psikologi ini. - Yoongi hanya membatukan dirinya.

Sekarang awak sudah boleh bergaul dengan orang luar? - tanya Dr.Hansol.

Yoongi hanya menggelengkan kepalanya.

Ok, sekarang betapa kerap awak kena serangan panik? - tanya Dr.Hansol lagi.

2 atau 3 kali dalam seminggu - ujar Yoongi perlahan.

Okay, awak ada rasa yang diri awak tidak berguna dan keinginan untuk membunuh diri itu tinggi? - Dr.Hansol bertanya lagi.

Sometimes - ujar Yoongi pendek.

Dr.Hansol menganggukkan kepalanya sebelum menutup rekod kesihatan Yoongi.

En.Yoongi susah saya nak cakap sekarang ini. En.Yoongi masih mempunyai fobia sosial yang tinggi dan En. Yoongi masih memerlukan rawatan lanjut. Kalau En. tidak melakukan rawatan lanjut, saya risau akan En. akan menjadi gila serta-merta. - Yerim yang mendengar penjelasan Dr.Hansol terkedu manakala Yoongi hanya mendiamkan dirinya.

Doktor, ada apa-apa yang saya boleh buat untuk pulihkan Yoongi sunbae? - tanya Yerim lembut sambil memandang ke arah Yoongi.

Cik Yerim hanya perlu pastikan En.Yoongi pergi ke rawatan dan sentiasa memberi sokongan kepada En.Yoongi. Cik juga boleh pastikan dia makan ubat ikut masanya. - Yerim hanya menganggukkan kepalanya dan menuju ke arah Yoongi lalu memegang bahu teman lelakinya. Yoongi memandang kosong ke arah wajah Yerim. Yerim membalas pandangan itu dengan senyuman manisnya.

Yoongi membuat isyarat mata yang dia tak nak buat rawatan lanjut kepada Yerim dan Yerim tersenyum nipis lalu menganggukkan kepalanya.

Kalau Yoongi tak nak pergi rawatan lanjut, apa lagi yang kita boleh buat untuk hilangkan penyakit fobia sosial Yoongi sunbae? - Dr.Hansol terdiam mendengar permintaan Yerim.

Dia mengeluh perlahan sebelum memeluk tubuhnya.

Ada tapi peratus untuk sembuh sedikit sahaja. En.Yoongi perlu menjalani kehidupannya dengan bergaul orang sekeliling. En.Yoongi perlu memberanikan diri dan cuba buang persepsi negatif didalam fikirannya tentang apa orang sekeliling berfikir tentang dirinya. - Yerim terdiam mendengar kata-kata Dr.Hansol.

Aku akan cuba. - Yoongi bersuara akhirnya.

Yerim tersenyum nipis mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Yoongi.

En. pasti dengan keputusan En.? - Yoongi menganggukkan kepalanya.

Dr.Hansol hanya mampu mengeluh perlahan sebelum memandang wajah Yerim.

Saya nak Cik Yerim sentiasa disisi En.Yoongi walaupun susah kerana En.Yoongi perlukan sokongan moral daripada orang-orang yang rapat dengan dirinya. - Yerim menganggukkan kepalanya dan mengusap perlahan bahu Yoongi.

Kalau ada apa-apa masalah, Cik Yerim boleh terus telefon saya. Ni kad saya. - Yerim mengambil kad nombor tersebut dan menyimpan didalam tas tangannya.

En.Yoongi boleh ambil ubat di kaunter farmasi. - Yoongi hanya mendiamkan dirinya dan menuju keluar dari bilik Dr.Hansol diikuti Yerim.

Yoongi.. - Yoongi memandang kosong wajah Yerim.

Yerim memusingkan tubuh Yoongi menghadap dirinya lalu memegang kedua belah wajah teman lelakinya.

Awak boleh sembuh. Saya percaya awak boleh sembuh chagi. - Yerim mengusap lembut wajah Yoongi.

Kalau aku gila, kau akan tinggalkan aku ke? - Yerim tersenyum nipis sebelum meletakkan kepalanya dikepala Yoongi.

I will never leave you, Yoongi. That's my promise. - ujar Yerim lembut.

Yoongi tersenyum nipis dan memegang kedua wajah Yerim.

Aku pegang janji kau. - Yoongi mencium lembut dahi Yerim.

Mereka menuju ke kaunter farmasi dan mengambil ubat-ubat Yoongi. Kemudian, mereka meninggalkan hospital psikiatri tersebut.

   ♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

Jimin termenung teringat akan peristiwa Yerim tidur bersama dengan Yoongi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Jimin termenung teringat akan peristiwa Yerim tidur bersama dengan Yoongi.

Jimin POV

Yerim bersama dengan Yoongi hyung sekarang. Damn! Aku meneguk kasar tequilla sebelum meletakkan kepala aku di meja makan rumah aku.

Jung Yerim, aku sayang kau tapi kenapa kau bersama dengan Yoongi hyung?

Apa nak jadi sekarang ni?! Aku tak boleh tengok kau bahagia dengan orang lain dan bukannya dengan aku. Tapi Yoongi hyung tu rakan karib aku, aku sepatutnya gembira untuk dia tapi kenapa aku sakit hati?! Shit!!

End of POV

Jimin mengeluh kasar sebelum bangun dari duduknya dan berjalan menuju ke bilik tidurnya. Dia begitu serabut ketika itu.

  ♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

  ♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
The LastWhere stories live. Discover now