Yoongi tersedar dari pengsannya. Kepalanya sakit yang amat. Dia mendengus perlahan. Yoongi melihat jam dinding. Hmm, pukul 1 pagi. Yoongi ingin turun dari katilnya dan dia tersepak tangan Yerim.
Yoongi terkejut melihat Yerim sedang tidur di sisi katilnya.
Yoongi POV
Hmm, mesti perempuan ni yang jaga semalam. Kesian dia.. Aku memerhatikan wajahnya yang sedang lena dibuai mimpi dan aku seperti teringat akan sesuatu.
Flashback
Aku terbaring lemah kerana dibelasah oleh Hyunseok. Aku memandang tajam ke arahnya.
Ini yang menyebabkan aku benci pergi sekolah!
Lain kali, jangan kacau awek aku lagi! Kau faham tak?! - tengking Hyunseok sambil kakinya memijak perut aku. Aku merintih kesakitan.
Pandangan aku hampir kabur dan ketika itu, aku terdengar jeritan seorang perempuan.
Yah, Park Hyunseok!!! Kau buat apa dekat dia?! - Yerim menjerit dan berlari ke arah aku.
Ni lagi 1, dia ni memang tak ada tempat lain ke nak lalu?!
Yerim menolak kasar tubuh Hyunseok lalu memangku aku. Aku memandang wajahnya.
Sunbae, gwenchana?! Tolong! Tolong! - jerit Yerim.
Hyunseok macam biasa telah melarikan dirinya bersama dengan konco-konco sialan dia.
Awek kau yang menggatal, kenapa aku yang kena?!
Yerim menjerit meminta tolong. Aku rimas lalu bersuara.
Yah, bising. Aku ok. Jangan panggil orang. Aku just nak tido sekarang ni - ujarku sambil memejamkan mata.
Sunbae boleh tido atas paha saya - Yerim meletakkan kepala aku dengan berhati-hati di pahanya.
Hmm, selesa. Aku memejamkan mataku dan kesakitan yang aku alami semakin berkurangan.
Min Yoongi, saranghae - suara Yerim tenggelam akhirnya apabila aku terlena
End of Flashback
Hmm perempuan ni rupanya. Aku dengan perlahan mengangkat tubuh moleknya dan meletakkan di atas katil aku.
Untung kau sebab dapat tidur atas katil aku. Orang lain aku tak benarkan langsung tidur di atas katil aku. Aku menyelimutkan dirinya dan ingin melangkah keluar daripada bilik aku. Ketika itu, aku terdengar suaranya.Aku memusingkan tubuhku menghadap dirinya.
Sunbae,ireona! Jangan buat Yerim risau! Yah, Min Yoongi!! - Yerim meracau dalam tidurnya.
Aku menuju ke arahnya lalu mengusap lembut kepalanya.
Aku dah bangun, kau rehat la - pujuk aku.
Yerim membuka matanya perlahan lalu memegang wajahku. Yerim tersenyum sebelum kembali lena.
Hmm, comel. Err, what happen to you, Min Yoongi?
End of POV
Yoongi mengusap wajahnya sebelum keluar dari bilik tidurnya. Perutnya berbunyi menandakan dirinya lapar. Yoongi menuruni tangga dan menuju ke ruangan dapur. Dia membuka peti ais untuk melihat makanan yang boleh dia makan.
Hmm, ada lauk daging masak masam manis. Yoongi keluarkan lauk tersebut lalu meletakkannya di dalam microwave dan memanaskan lauk tersebut.
Kemudian, dia menuju ke periuk nasi dan meletakkan 2 senduk nasi di dalam mangkuk. Microwave berbunyi menandakan lauk tersebut telah dipanaskan. Yoongi menuju kembali ke arah microwave dan mengeluarkan lauk tersebut. Panas..
Yoongi dengan berhati-hati membawa nasi dan lauk ke meja makan. Dia menjamu selera tanpa suara.
♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡
Yerim menggeliatkan badannya sebelum membuka matanya. Dia pelik melihat dia berada di atas katil padahal semalam dia tidur duduk disisi Yoongi yang pengsan.
Kau dah bangun. - ujar Yoongi pendek.
Yerim terkejut melihat Yoongi berada disebelahnya sedang membaca buku. Yerim terus bangun dari pembaringannya.
Emm, sunbae dah okey? - tanya Yerim lembut.
Dah. Thanks untuk semalam - ujar Yoongi tanpa melihat wajah Yerim.
Ah, dae.. Itu memang keje saya - ujar Yerim.
Semalam, kau tukar baju aku ke? - pertanyaan Yoongi menyebabkan wajah Yerim kemerahan kerana malu.
Ani, Jin oppa yang tukarkan - Yoongi yang mendengar nama rakannya itu hanya menganggukkan kepalanya.
Yerim turun dari katil dan ingin melangkah keluar dari bilik tidur Yoongi.
Hari ni tak payah masak sebab aku nak keluar - Yerim yang mendengar arahan Yoongi hanya menganggukkan kepalanya dan keluar dari biliknya.
Yerim POV
Oh my gawt!! Hensemnya dia!! Makin jatuh cinta aku dekat Yoongi sunbae. Aku tersenyum nipis sebelum menutup pintu bilik aku dan berbaring di atas katilku. Semalam dia ke yang angkat aku letak atas katil dia? Kalau dia, he so sweet!
Aku tersenyum lebar sebelum bangun dari pembaringan dan melangkah masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diriku.
End of POV
♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡
YOU ARE READING
The Last
FanfictionAsal kau masih terhegeh-hegeh dekat sini?! Aku dah cakap yang aku tak layak untuk kau! Aku ni gila! - Tengking Yoongi Even awak gila, saya tetap sayangkan awak, Yoongi.. - pujuk Yerim Walau apa pun yang terjadi, aku akan jadikan kau hak milik aku...