1

1K 31 1
                                    

Kesunyian bilik bedah Hospital Suria dapat dirasai. Hanya terdengar bunyi alat bantuan pernafasan yang menunjukkan keadaan pesakit.
"Scalpel. "pantas Doktor Kila mencapai scalpel dan memberikannya kepada Doktor Aidan. Perut pesakit dipotong dan dibuka luas.Doktor Aidan kemudian mencapai forceps yang dihulur Doktor Kila. Sebutir peluru diambil dan diletakkan ke dalam mangkuk besi.
"Yang lain.. Kamu semua boleh handle. Saya keluar dulu. "mereka mengangguk faham. Aidan keluar dari bilik bedah sambil mencabut sarung tangan getahnya.Sarung tangan itu dibuang ke dalam tong sampah. Sesekali matanya melilau seperti mencari sesuatu.
"Nah. "Tuala putih bertukar tangan. Laju Aidan mengelap tangannya yang telah dibasuh bersih.
"Tahniah.Pembedahan sekali lagi berjaya. You're so awesome! "Hanie tersenyum manis melihat Aidan di sisinya. Sudah lama dia memikat lelaki ini.Namun seperti yang dijangka.. Bukan mudah untuk memikat Raja Singa.
"Tahniah?Tak ada apa yang patut disambut. Kerja menyelamatkan nyawa memang kerja saya. Kalau setiap kali pembedahan saya awak nak ucapkan tahniah,saya akan rasa tak selesa. Oh.. Maksud saya.. Benar-benar tak selesa. Haa.. Tuala ni. Terima kasih. "Aidan berjalan yakin meninggalkan Hanie keseorangan. Perempuan memang tidak boleh dilayan. Dia tidak berniat langsung untuk memberi mana-mana wanita di sini harapan. Jadi lebih baik jika dia tidak melayan. Kot doktornya dibetulkan sedikit sebelum memasuki wad pesakit vvipnya.



"Berapa kali saya nak cakap dengan kamu!Jangan bedah!Jangan bedah!Aihhhhh..kamu memang menyakitkan hati!"Damia mengurut perlahan kepalanya yang diluku berkali-kali oleh ketuanya. Dia cuba menyedapkan hatinya bahawa dia sudah terbiasa dengan ini semua.
"Tak nak jawab?tak nak jawab apa yang saya cakap!Hah!?"sekali lagi Ketua Pakar Bedah itu meluku kepala Damia.Sakit hatinya belum lagi reda.
"Saya.. Saya minta maaf.. Pesakit tu.. D.. Dia dah tenat.. Kalau saya tak buat sesuatu.. "kasut yang dibaling kuat disisinya membuatkan dia terhenti menjawab.Hampir saja kasut itu terkenanya.
"Nak cakap lagi ke!?Hah!?Merepek. Saya dah kata tunggu Doktor Aidan!Sekurang-kurangnya pakar bedah yang lain!Kamu fikif kamu siapa!?Ketuai pembedahan?Hahaha..lawak.Kalau jadi apa-apa pada pesakit tu lepas ni.. Kamu.. Kamu siap!"Doktor Harris pergi dari situ. Damia hanya diam.Entah kenapa dia tetap dimarahi walaupun pembedahan berjalan dengan lancar. Dia hanya mampu mengeluh.Apa fungsinya sebagai pakar bedah sebenarnya?Kenapa semua orang tidak mempercayainya sedangkan dia juga seorang pakar bedah berkelulusan. Mungkin benar dia terlampau cuai dan kerap kali rasa mengantuk apabila bekerja membuatkan staf-staf hospital memandang rendah padanya.

MR.CLOWN?! (LATE UPDATE)Where stories live. Discover now