24

427 28 5
                                    

Qayyum melihat Damia yang sedang tertidur lena di katil hospital. Geram dia terhadap doktor yang memarahi Damia tak tentu pasal semalam.Tak pasal-pasal Damia masuk hospital. Walaupun dia tidak diberitahu apa sakit sebenar Damia sehingga dimasukkan ke hospital,namun dia tetap tak puas hati dengan doktor Aidan itu.Perlahan rambut Damia diusap.Qayyum tersenyum. Dari mula dia ternampak Damia di cafe hospital,dia sudah jatuh hati dengan gadis itu.Damia cukup cantik pada pandangannya.Keningnya sedia tersusun tanpa dicukur. Hidungnya tak mancung dan tak juga leper.Just nice. Bibirnya merah walaupun tidak memakai sebarang gincu.Qayyum tersenyum lagi. Dia mahu Damia menjadi suri hatinya. Dia pasti akan mendapatkannya. "Maaf ye encik. Waktu melawat dah habis. Hanya keluarga pesakit je yang boleh teman pesakit. Encik ni.. Keluarga doktor Damia ke?"Qayyum tersenyum memikat.
"Ya. Saya keluarga dia. Benarkan saya teman dia semalaman di sini ye. "Qayyum ingin menjaga Damia sehingga gadis ini sedar. Dia mahu gadis ini melihat wajahnya apabila bangun dari tidur.
"Tak awak bukan. Encik Qayyum.Kalau boleh tolong beredar sekarang. "Serta merta wajah Qayyum berubah. Lelaki ini... Selalu saja menganggunya.
"Doktor Aidan.. Wow.. Habis,kalau bukan aku yang teman dia.. Kau nak teman dia lah?Kau tu siapa?"Qayyum berdiri. Memandang Aidan tajam. Wajah tenang lelaki itu membuatnya sakit hati.Entah kenapa dia berasa tidak selamat dengan lelaki ini. Entah-entah Aidan juga ada hati dengan Damia.
"Saya doktor dia. Jadi saya berhak teman dia. Tolong pergi sekarang.. Encik Qayyum. "Aidan masih lagi cuba bersikap formal dengan Qayyum. Cuba untuk bersikap professional sebaik mungkin. Kalau ikutkan hatinya.. Mahu saja dia menendang lelaki ini keluar dari wad Damia. Kacau saja.
"Okey.. Fine. Kali ni kau menang. Next time... Hahha.. Takkan. "Qayyum melanggar bahu Aidan tatkala ingin keluar. Aidan mengepal penumbuknya. Benar-benar mencabar egonya sebagai seorang lelaki.

-------------------------------------------

Damia membuka matanya.Letih pula rasanya tidur saja sepanjang hari.Dia bangun berhati-hati ingin duduk di katil.Wajah Aidan terlihat di sebelahnya.  Nyenyak tidur beralaskan tangan sahaja.Damia tersenyum. Nampaknya Aidan tidak marah padanya lagi.Rambut lelaki itu disentuh perlahan.
"Kau dah bangun ke.. "Damia mengangguk.Tidak penatkah lelaki ini menemaninya.
"Terima kasih sebab teman saya dekat sini. Mak ayah saya pun tak datang melawat.. "Aidan merenung Damia.Terdapat kesedihan di mata gadis itu.Dia menghela nafasnya perlahan. Air yang berada di dalam botol dibuka dan diberi pada Damia.
"Kau nak harap ayah tak guna kau melawat?Aku pun takkan bagi dia datang. Lagi satu.. Aku teman kau sebab aku rasa bersalah je."Gadis itu tertawa. Aidan ni tetap saja dengan egonya. Tak kisahlah.. Janji Damia mendapat kawan untuknya berbual.
"Kau okey tak ni?Nasib baik luka dengan lebam dekat badan kau tu cepat hilang."Aidan membuka coat doktornya.Tali lehernya juga dibuka.
"Dah.. Okey dah. Dah tak rasa sakit sangat."Aidan mengangguk faham. Entah kenapa dia berasa canggung berduaan begini dengan Damia. Selalunya juga mereka berdua.
"Aidan.. Awak suka baca buku tak?"Aidan merenungnya pelik.
"Kalau aku tak suka baca buku.. Tak adalah aku jadi doktor yang bagus kan. "Damia mencebik. Selalu saja puji diri sendiri.
"Saya bet awak tak pernah baca buku ni. "Damia tersenyum melihat Aidan yang mengangkat keningnya.
"Tajuk buku ni...Mermaid princess "Aidan tergelak kuat. Memang taklah dia nak baca buku sebegitu. Tapi dia tak berasa pelik jika Damia membaca buku seperti itu.
"Nak dengar tak..? Best tau.. "Aidan pantas menggeleng.
"Tak nak tak nak. Aku bukan macam kau. Kau cerita jela dekat anak kau nanti. "Damia memasamkan wajahnya. Geram dengan doktor seorang ini. Dia sedang sakit pun tak boleh nak toleransi.Aidan melihat wajah cemberut Damia.
"Yalah yalah...Dari kau buat mulut ducky kau tu. Baik ka cerita. Tapi kalau aku tak suka.. Aku terus keluar dari sini. "Damia tersenyum.Yes yes.
"Awak tahu.. Ada seorang puteri duyung yang sangat.. Cantik dekat laut berhampiran sebuah bandar ni. Dekat bandar tu pulak.. Ada seorang putera yang sangat kacak.Waktu tu.. Putera ni lemas dalam laut dan.. Puteri duyung ni tolong dia. Mereka berdua jatuh cinta. Tapi percintaan mereka dihalang sama sekali kerana perbezaan darjat dan pangkat. Bahkan.. Puteri duyung bukan seorang manusia."Aidan diam. Hanya menunggu ayat seterusnya.
"Raja telah menghantar pahlawan-pahlawannya untuk membunuh puteri duyung itu. Tapi tak berhasil kerana putera melawan kesemuanya.Cinta mereka terlampau kuat sehingga tiada satu pun yang dapat memisahkan mereka. Tapi.. Satu hari.. Datang seorang puteri yang sangat cantik ke istana putera dan ini adalah rancangan si raja. Putera jatuh cinta pada puteri tersebut. Ayah dan bondanya merestui.. Dan juga puteri itu seorang manusia.. Maka mereka berkahwin.Puteri duyung tunggu bertahun lamanya akan kedatangan sang putera.. Namun putera tak pernah muncul kembali.. Akhirnya puteri duyung dapat tahu yang,putera dah pun berkahwin dan mempunyai seorang anak. Walaupun sedih,puteri duyung yang baik berundur diri dan berjanji tidak akan pernah lagi berhubung dengan manusia. Tamat.."Damia melihat Aidan yang merenungnya. Entah apa yang berada di fikirannya.
"Jadi.. Apa pendapat awak?"Damia bertanya.Lelaki itu tertawa sinis.
"Kau nak tahu apa aku rasa?"Damia mengangguk laju.
"Pertama,cerita ni sangat karut.Putera tak tahu berenang.. Pastu diselamatkan perempuan pula tu. What the heck.Kedua,putera tu tak cinta pun puteri duyung tu. He just simply play with her. Ketiga,puteri tu pun bodoh sebab jatuh cinta dengan putera lembek macam tu. Dia lembek macam kau tahu tak.Akhir sekali.."Aidan mendekatkan wajahnya ke wajah Damia yang sudah berkerut.
"Tak ada cinta sejati dalan dunia ni. Yang aku tahu.. Putera tu akan menyesal sebab tak kahwin dengan puteri duyung tu walaupun tak ditulis dalam cerita. "Damia tersenyum. Akhirnya ada juga persamaan mereka berdua.
"Kan?Saya pun rasa macam tu!Sebab puteri duyung tula cinta sejati dia!"Aidan sudah berura ingin keluar dari wad itu.
"Tak.. Sebab..Jelaslah puteri duyung tu lagi hot dari puteri manusia tu. You know.. More sexy. "Aidan keluar dari sana dengan sengihan.Suka hatinya melihat wajah cemberut gadis itu.Dia menggeleng perlahan.Ada juga gadis yang masih percaya cerita-cerita karut sebegitu.

-------------------------------------------
🌙🌙🌙✨
Vote and comment!
Hum..Damia n Qayyum.. Or Damia with Aidan?
Still thinking..... 😉😉😘

MR.CLOWN?! (LATE UPDATE)Where stories live. Discover now