40

481 24 7
                                    

"Ni macam rumah agam lama ni,Qayyum."Lelaki itu mengangguk.
"Aah. Ni dulu rumah atuk aku.Waktu atuk aku meninggal,dia serahkan rumah ni tuk abang aku sebab kesian dengan abang aku. Tapi apa dia buat,dia jadikan rumah ni tempat dia sanjung perempuan-perempuan yang dia minat. So far,Aaron tak pernah tukar tempat tahanan dia. "Fitri sudah mengerutkan dahinya.Gila betul lelaki ini.Rumah ini dah boleh jadi rumah hantu dah lagaknya.
"Yet.. Sama ada dia terlalu bodoh atau terlalu pandai."Qayyum menyambung ayatnya.Dia membuka drawer keretanya. Mengambil sepucuk pistol di dalam.
"Hahaa.. Jangan risaulah. Aku ada lesen pistol ni. Orang macam aku dengan keluarga aku ni,banyak musuh. Extra careful. "Aidan mengangguk faham.Dia mula keluar dari kereta itu. Qayyum mengikutinya dari belakang. Pintu pagar automatik yang sudah rosak itu ditarik perlahan.Mereka masuk ke dalam rumah kosong itu. Masih penuh dengan perabot namun semuanya ditutup kain putih.
"Patutkah kita berpecah?"Qayyum bertanya pada Aidan yang turut berjaga-jaga terhadap bahaya yang mungkin menimpa mereka.
"Aku rasa kita patut.Besar sangat rumah ni. "Mereka sama-sama berpecah. Aidan terus naik ke tingkat atas manakala Qayyum teruskan mencari di bawah. Entah kenapa nalurinya kuat menyatakan Damia ada di sini.Dia masuk ke salah sebuah bilik di tingkat atas.Aidan tergamam.Banyak.Terlalu banyak gambar seorang perempuan ditampal di setiap penjuru bilik itu. Namun semua gambar-gambar itu sudah disimbah dengan cat berwarna merah merata-rata. Adakah ini bermakna gadis ini telahpun mati?Aidan keluar dari bilik itu setelah mendapati tiada apa-apa.Dia benar-benar berdoa agar Damia tidak diapa-apakan.Satu-satu bilik dimasuk. Ada yang masih kosong dan ada juga yang keadaannya sama dengan bilik pertama tadi.Sedang dia mencari,lelaki itu tertarik dengan bilik di hujung sekali. Bilik itu agak tersorok namun masih lagi dapat dilihat.Dia mula tertarik untuk pergi ke arah bilik itu. Tombol pintu dibuka.
"Allah.. "Aidan melihat Damia yang terbaring tidak berdaya.Tepi bibirnya sudah pecah.Pipinya pula membengkak dan lehernya berdarah-darah. Lemah segala anggota badannya melihat gadis yang dicintainya dilakukan begini. Pantas dia pergi ke katil dan memangku Damia.
"Damia.. Damia bangun."Gadis itu membuka matanya.
"Aidan... Awak ke tu.. "Aidan mengangguk dan memeluk gadis itu lembut. Damia turut menangis teresak-esak melihat lelaki yang dirinduinya itu.
"Saya ingat awak tak datang.. Saya takut.. Sakit.. "Aidan menggosok rambut Damia perlahan. Memberi ketenangan pada gadis itu.
"Semuanya selamat sayang. Shh.. "Air mata lelakinya turut menitis sama.Binatang siapa yang membuat gadis kesayangannya begini.
"Dah habis drama? "Suara di pintu membuatkan mereka sama-sama terkejut. Aidan pasti itu adalah Aaron kerana baju dan seluar yang dipakainya tidak sama. Muka lelaki ini juga sangat pucat dan cengkung.
"Lepaskan dia!Jangan jadi jantan pengecutlah!Kau culik orang yang kau suka,paksa diaorang suka kau. Pathetic!"Damia bersembunyi di belakang Aidan ketakutan. Aaron hanya tersenyum.
"Damia.... …?Kenapa sembunyi sayang.. Takut?Shh..meh sini meh. "Baju Aidan dipegang erat.Amat takut dengan keadaan ini.
"Haih. Sepatutnya aku rogol je kau ni. Biar kau jadi milik aku. "Aidan mengepal penumbuknya.
"Kurang ajar!"Sebiji penumbuk kena tepat pada pipi Aaron.Lelaki itu terbanting ke lantai.
"Hahhahaha.. Kau pukul aku. "Pisau yang berada di poket seluarnya dikeluarkan. Damia terjerit.
"Tumbuk ah lagi. Kau ni.. Memang penghalang betullah!Kenapa Damia kena suka kau ah!Memang anjing!"Aidan tidak dapat berbuat apa-apa selain memastikan Damia berada selamat di belakangnya.
"Aaron cukup!Turunkan pisau kau sekarang. "Aaron menoleh ke belakang. Tersengih memandang kembarnya.
"Adik.. Baru sampai?Kau nak tembak aku dik..? "Qayyum memegang pistolnya erat. Damia pelik. Dua orang Qayyum?
"Kau takkan berani tembak aku. Dari dulu kau takkan berani.Sebab kau lemah!Hahha..lemah. "Aaron mula memprovoke adiknya.
"Aku memang tak nak buat macam ni dekat kau bang. Aku sayang kau.. Ayah sayang kau..Adik sayang kau. "Aaron menggaru kepalanya kasar. Rimas mendengar ayat adiknya.
"Sayang!!?Eh aku sakitlahh!!!Ada korang amik tahu!?Yang korang tahu hantar aku kat hospital lepas tu biar aku sorang!Boleh mati dengan sayang kau!"Qayyum sedih melihat abangnya begini. Satu-satunya abang yang dia ada.
"Damia.. Aaron sayang Mia.. Mia tolonglah... "lelaki itu menangis pula. Damia menggeleng-gelengkan kepalanya.
"Tak nak..?Kalau Mia tak nak..... Tak ada orang lain boleh dapat kau!!!"Bang!Bunyi tembakan bergema di rumah agam itu. Aaron menoleh memandang Qayyum yang sudah menangis. Tangannya mengeletar melepaskan tembakan di perut abangnya.Aaron masih tersengih. Damia memandang wajah Aidan yang menghadapnya.
"Aidan..nasib baik sempat tembak.. "Damia menghela nafas lega. Namun tidak lama apabila dia memandang ke arah perut lelaki itu.Darah..darah yang banyak. Namun wajah lelaki itu tetap beriak tenang.
"Tak.. Tak.. Aidan.. Aidan!!!!!!"Aidan yang sudah terbaring membuatkan Damia menangis teresak-esak. Dia memangku kepala Aidan. Qayyum juga sudah melutut lemah.
"Da.. Damia.. "Aidan memegang pipi gadis itu.
"Jangan cakap apa-apa. Aidan.. Tahan. Kejap lagi.. Kejap lagi mesti bantuan sampai. "Damia cuba untuk kuat namun air matanya tetap mengalir.
"Ingat lagi tak... Aidan.. Nak cakap sesuatu dengan.. Awak hari tu.. "Damia mengangguk laju. Mengesat air matanya.
"Saya.. Sayang awak.. Nur Damia.. "Aidan tersenyum lembut.Dia melurutkan jarinya dari dahi hingga ke dagu gadis itu.Aidan menutup mata,tidak sedarkan diri.
"Aidan!!!!!!!!!!!".....

-------------------------------------------
Omg.. Ep ni bermain dengan feeling guys. Perasaan seorang adik kpd abg n prasaan seorang kekasih pada kekasih. Huhu.
Last chap for today.
Vote and comment 😞

MR.CLOWN?! (LATE UPDATE)Where stories live. Discover now