11

423 21 0
                                    

Gembira di hatinya melihat kanak-kanak di pusat jagaan anak yatim itu keriangan kerana mendapat lolipop pemberiannya. Hari ini dia tidak membuat pemeriksaan untuk anak-anak di situ.Dia ingin meluangkan masa bersama mereka dengan lebih lama.
"Awak tak rasa kanak-kanak ni dah makan banyak sangat gula-gula ke?"Damia melihat gerangan yang memulakan perbualan. Dia tersenyum. Mr. Clown itu rupanya.
"Hahaa.Saya rasa happy tengok budak-budak ni happy. Dekat sini,susah nak merasa makanan-makanan macam gula-gula dan coklat. Jadi sesekali saya datang,mereka suka sangat. Lagipun,memang jarang kan mereka dapat merasa. "Damia kembali pandang ke depan. Wajahnya tidak lekang dengan senyuman ketenangan.
"Gembira betul Cik Damia hari ni. Ada apa-apa ke?"Badut itu bertanya lagi.
"Ada sesuatu yang baik berlaku pada saya semalam.Saya rasa bersyukur sangat. "Damia agak terkejut apabila badut itu tiba-tiba sahaja berdiri dan menarik tangannya.
"Awak nak lagi happy?Ikut saya kejap. Saya nak bawa awak pergi ke suatu tempat"Badut itu mula membawanya.Gadis itu pula masih lagi teragak-agak. Maklumlah,baru kali kedua dia berjumpa encik badut ini.
"Jangan risau. Dekat-dekat sini aja"dia membawa Damia ke belakang pusat anak yatim itu. Setahu Damia,di belakang ini hanya ada sebuah hutan kecil.Teragak-agak dia mengikuti lelaki itu menyusuri hutan itu.
"Tadaaaa!"Damia tergamam.Tangannya menutup mulutnya tidak percaya. Terdapat sebuah taman kecil yang cantik di sini.Ada juga air terjun mini yang batu-batunya dihiasi bunga-bunga lavender. Badut itu atau hanya dikenali sebagai Raf menarik Damia lagi untuk duduk di kerusi yang mengadap air terjun mini itu.
"Ca.. Cantiknya Raf. Saya tak pernah tahu pun ada taman ni dalam hutan kecil ni. "sesekali dia ternampak rama-rama terbang indah di taman itu.
"Itulah. Awak sibuk sangat dengan kerja check up awak. Tak nak jalan-jalan tengok. See. Awak tak tahu ada taman seindah ni. Rugi tau. "Damia tertawa. Entah kenapa dia berasa selesa dengan Mr. Clown di sebelahnya ini. Mungkin memang Raf berbakat membuatkan orang-orang di sekelilingnya selesa. Maklumlah,dia seorang badut.
"Yalah. Betul juga tu. Tahu tak,mulai hari ni..ini adalah tempat kesukaan saya!Saya pasti akan datang sini selalu. "dia memandang Raf riang.
"Susahlah macam tu. "kata-kata Raf membuatkan Damia melihatnya menanti ayat seterusnya.
"Sebab,saya dah cop dulu tempat ni.Rasanya,awak kena cop tempat lain kot.. "mereka sama-sama tertawa. "Alaa.. Bolehlah Raf. Kita kongsi!"Damia tersengih.
"Kalau kongsi.. Semua kena kongsi.. Hati.. Perasaan.. Jiwa.. "Raf berkata perlahan namun cukup sampai ke pendengaran Damia. Gadis itu menepuk lengannya lembut. "Hahha.. Macam-macamlah Raf ni. Hari ini,Damia gembira sangat. Terima kasih Raf.😊"Mereka tersenyum lagi,menikmati keindahan alam di sekeliling mereka.

-------------------------------------------

Tangan Aidan yang dilitupi sarung tangan getah itu dipandang.Darah-darah di tangan lelaki itu ditenung.
"Kenapa?Takut?"Aidan memandang Damia sekilas.
"Takut.. Kalau saya takut kenapa saya jadi pakar bedah. "Wajah Damia yang kusam itu dipandang lagi. Aidan tersenyum mengejek.
"Sudahlah kau. Sana,aku nak buang sarung tangan ni. "gadis itu memberi laluan kepada Aidan.
"Okey. Jom. "dia terus berjalan tanpa memandang belakang.Berkerut wajah gadis itu.
"Nak pergi mana?"soal Damia selepas berlari-lari anak ingin menyaingi Aidan. "Cafe?Aku haus.Aku nak minum. "aidan berjalan dengan riak selamba. Tidak dihiraukan staf-staf yang pelik melihat mereka bersama.
"Hah?Tapi,bukankah awak nak tolong saya?"dia berlari kecil lagi.Cepat betul Doktor Aidan ni berjalan.
"Yup. Tapi aku haus. Dengar tak. Aku.. Aku aku Ha.. Us. Faham?"Damia bungkam. Dia tidak lagi mengejar Aidan yang berjalan laju sebaliknya hanya mengikutinya dari belakang. Sampai sahaja di cafe,mereka duduk di meja berhampiran tingkap.
"Pergi belikan aku air. "lelaki itu bermain telefonnya.
"Duit?"Damia menghulurkan tangannya seperti kanak-kanak kecil yang meminta gula.Pantas tangannya ditepuk.
"Pakai duit kau. Tu pun nak berkira. "Selamba Aidan kembali bermain telefonnya. Sesekali dia tertawa. Entah apa yang dilihatnya Damia pun tidak mengerti. Kakinya dihentakkan perlahan apabila berjalan ke kaunter.

-------------------------------------------

"Nah. "teh hijau diletakkan di hadapan Aidan.
"Nice. Green tea. "lelaki itu minum dengan berselera.
"Boleh kita mulakan latihan secepat mungkin?Awak kata saya ada dua bulan je. Dua bulan tu bukan dua tahun doktor. "Damia risau dia akan dibuang jika prestasinya tidak meningkat. Aidan berhenti bermain telefon. Mata hazelnya memandang Damia.
"Who am I,Damia?"dia menyandar di kerusinya.
"Doktor Aidan?"gadis itu mula menggigit bibirnya. Apa pula yang ingin dilakukan doktor ini.
"Absolutely. You're so clever Damia. I am doktor Aidan. Bukan doktor yang macam.. You. So kalau kau risau sangat aku tak dapat ubah kau,you may go. Naik terus bilik pengerusi.. Ketuk pintu dia.. Cakap yang.. "belum sempat Aidan menghabiskan ayatnya Damia mula memotong.
"Okey fine!Fine Doktor Aidan!I got it!"dia memandang ke arah lain. Benci pula dia ingin memandang wajah lelaki ini. Mungkin kacak dan bergaya pada pandangan orang lain namun meluat dan benci pada pandangannya.Keadaan mula sunyi. Damia malas ingin memulakan bicara dan Aidan pula masih sibuk dengan telefonnya.Sesekali terdengar juga bisikan orang-orang disekeliling tidak percaya pipit boleh duduk bersama dengan enggang.
"So Cik Damia. Please.Beritahu aku kenapa kau berubah jadi seorang doktor yang macam ni.Most of doktor is a good doktor.. Takpun.. Nerd.. Tapi still a good doctor. Tapi kau.. "Aidan mengangkat bahu. Tanda tidak mengerti. Gadis itu tunduk memandang ke bawah. Dia memejamkan matanya seperti ingin mengingati sesuatu.
"Saya cuma seorang gadis biasa yang nak merubah status hidup diri sendiri. Dulu,saya seorang yang.. pandai. Sebab saya nak merubah nasib hidup.. Saya berusaha dan berusaha.Saya kerap kali dapat nombor satu dalam kelas.. Dapat straight A dalam SPM. Tapi bila saya pergi ke universiti.. Terlalu banyak orang yang lebih pandai,lebih menonjol.. Hebat. Saya jadi takut."Air matanya mula bergenang. Aidan hanya mendengar namun matanya tepat melihat wajah Damia walaupun gadis itu menunduk.
"Sebab terlalu takut,saya mula belajar terlalu banyak. Setiap hari saya belajar. Saya tak hiraukan orang sekeliling saya. Saya stress.Tapi apa yang saya dapat,saya jadi makin takut. Setiap kali exam saya takkan tidur. Namun,saya tak dapat four flat yang saya nak. Markah saya cukup makan sebab saya terlampau stress.Sampailah saya masuk ke sini,saya tak dapat sesuaikan diri... "dia mengenggam erat seluarnya. Dia benci mengingati hari-hari penyesalannya.
"Cukup. Tak perlu cerita lagi. Aku faham. Esok,bersedia untuk balik lambat. "Aidan pergi dari situ. Membiarkan Damia keseorangan melayan perasaannya.Tanpa gadis itu sedar,lelaki itu menjeling ke belakang dan mengeluh berat lalu mempercepatkan langkahnya.

-------------------------------------------

Long chapter! Vote and comment!😋
Terima kasih😘

MR.CLOWN?! (LATE UPDATE)Where stories live. Discover now