43

432 15 3
                                    

Sedar tak sedar, sudah lebih sebulan Aidan keluar dari hospital. Keadaannya sudah membaik namun kata Aidan dia geram dengan Aaron kerana disebabkan lelaki itu dia kini mempunyai parut kekal di perutnya. Kelakar juga melihat Aidan yang tidak henti - henti membebel tentang parutnya. Ah, sudah namapun mr perfect. Bila ada parut, mahu tak meracau lelaki ini. Teringat Damia sewaktu dia pura - pura mengendahkan leteran Aidan semasa mereka berjalan bersama menuju ke kafe.
"Hah, kau tahu tak parut ni lah punca segala - galanya. Buat kacau je. Parut kekal pula tu. " Damia hanya menunduk memandang rekod pesakitnya yang berada di tangan. Aidan melihat wajah gadis itu geram.
"Ducky. Kau dengar tak apa aku cakap ni. " pipi Damia ditarik kuat menyebabkan gadis itu terjerit kecil.
"Sakit la doc! Ya saya dengar. Habis nak buat macam mana. Lagipun...doc tu bukannya perempuan, hantaran turun bagai. Poyo je lebih." lidahnya dijelirkan sebelum kembali memandang ke depan. Aidan tersengih lalu berpusing ke belakang, berjalan mengundur menghadap Damia.
"Ducky, maknanya duit hantaran kau mesti ciput kan. Yelah, muka tak cantik mana pun, kulit kering, perangai ala kadar. Haih, kesian bakal suami kau kan?" langkah Damia terhenti. Berkerut memandang jejaka menyakitkan hati di hadapannya ini.
"Biarlah. Tu suami saya bukan suami doktor! Eleh..huh!" laju dia mula mengatur langkah. Malas mahu memandang Aidan lagi.
"Masalah akulah sebab aku nak kahwin dengan kau." sekali lagi langkah Damia terhenti. Otaknya seolah - olah tidak dapat memproses apa yang dibicarakan Aidan. Kaku dia berdiri di situ. Perlahan Aidan datang menunduk melihat wajah manis Damia. Dia tersenyum kacak. Cukup untuk mencairkan sesiapa sahaja yang memandang. Oh, memang ramai yang memandang.
"Damia... aku.." kata - kata Aidan yang terhenti membuatkan Damia mendongak memandang doktor itu. Berdebar - debar hatinya hanya tuhan yang tahu. Berbalaskah rasa cinta yang hadir tanpa dipinta ini?
"Doktor apa? Er..Saya.." belum sempat Damia meneruskan kata - kata, Aidan terlebih dahulu memintas dengan sengaja.
"Aku sebenarnya gurau je! Hahha..kau tak rasa aku serius kan Damia? Erm, jap. Aku rasa aku terlupa aku ada pesakit yang kena aku check. Cafe cancel lah eh. " sekelip mata sahaja lelaki itu hilang dari pandangan. Damia masih lagi kaku. Gurau? Jadi itu semua hanya gurauan bagi Aidan? Tapi kenapa hatinya..hatinya berasa begitu sakit. Dia memandang sekeliling, ada yang tertawa melihatnya dan ada juga yang sekadar menggelengkan kepala. Di manakah salahnya sebagai seorang pencinta..
Laju kepalanya digelengkan. Ish, nak teringatkan benda lain, sampai melarat - larat pula ke kenangan yang itu. Damia sekadar mengeluh perlahan. Semenjak kejadian itu, doktor Aidan sudah kembali seperti Doktor Aidan yang biasa. Sudah tidak serapat seperti semasa Aidan baru sembuh dari luka tikaman. Doktor Aidan, benar - benar tidak difahami sikapnya. Sekejap baik, sekejap tidak. Damia juga mula merasa dia tidak normal kerana jatuh cinta dengan lelaki yang sebegitu. Salahkah dia. Akhirnya Damia tersandar lesu di bangku rumahnya, penat dan lelah memikirkan perasaan yang tidak berkesudahan.

------------------------------------------------------
Awal - awal pagi lagi Damia sudah bersiap untuk ke rumah anak yatim kesayangannya. Bukan selalu dia dapat berjumpa dengan anak - anak di situ. Rasa rindu mula menerjah fikiran dan perasaannya. Selesai bersarapan dengan ayahanda tercinta, dia mula bergerak ke tempat yang dituju. Sesekali Encik Clown bermain di mindanya. Sudah lama juga dia tidak berhubung dengan lelaki itu. Entah apalah khabarnya sekarang. Perjalanan yang memakan masa 45 minit itu berakhir juga. Tersenyum Damia apabila sampai ke tempat yang dituju.
"Assalamualaikum" usai memberi salam, berlari kanak - kanak di situ mendapatkannya. Ada yang memeluk dan ada juga yang minta didukung. Tertawa dia melihat telatah mereka.
"Ibu Rosnah mana?" Damia bertanya pada seorang kanak - kanak perempuan yang baru berusia 5 tahun itu. Namanya Adila.
"Ibu Rosnah dekat pejabat. Dengan Abang Badut." terdengar sahaja nama itu, Damia mengukirkan senyuman. Ah, Raf..bila dia datang, mesti jejaka itupun turut hadir. Perlahan Damia mengangguk dan mencubit lembut pipi montel Adila.
"Adik - adik comel semua main dulu ya. Kak Mia nak tengok Ibu Rosnah kejap." mereka mengangguk meneruskan bermain, ada juga yang sibuk melukis. Nasib baiklah ada pengasuh baru yang digajikan puan rosnah. Tidaklah puan rosnah keseorangan sahaja menjaga kanak - kanak ini. Sampai di pintu pejabat, Damia mengetuk pintu. Apabila dibenarkan masuk, baru dia membuka pintu dan tersenyum.
"Eh, Damia pun ada. Amboi, macam berjanji kamu berdua ni ya" gadis itu menyalam Puan Rosnah dan memeluknya kejap. Perasan juga dia dari ekor anak matanya Raf segera membetulkan topeng badutnya. Raf menunjukkan wajah sebenar pada Puan Rosnah?
"Damia tak sangka pula Raf ada. Lagipun Damia memang rindu dengan anak - anak di sini. Rindu tahap maksima dah" mereka tertawa mendengar kata - kata Damia. Damia juga ikut duduk di sofa berhadapan Raf.
"Rasanya kita memang berjodoh kan Damia? Manalah tahu saya dapat meminang Cik Damia suatu hari nanti." seloroh Raf membuatkan wajah gadis itu terasa membahang. Spontan dia menyentuh kedua pipinya membuatkan Raf dan puan Rosnah tertawa.
"Amboi Encik Raf, di pejabat saya pun boleh naik daun ya." sakat Puan Rosnah pula.
"Kalau dah suka, di mana-mana pun boleh mencuba." Damia tertawa perlahan. Ah, lelaki. Ada sahaja kata - kata manis dari mulut mereka. Pada akhirnya, beritahu pula hanya berjenaka. Kes Aidanlah ni membuatkan dia malas mahu mempercayai kata - kata lelaki.
"Oh, puan Rosnah.. Ada budak - budak tu yang sakit ke hari ni? Tak sihat ke dua tiga hari ni." Pantas Damia mengubah topik.
"So far.. tiada pula Damia. Sihat sihat saja mereka. Stok ubatan yang Damia beri tu pun masih banyak lagi." Damia mengangguk kecil. Nampaknya dia duduk diam sajalah di sini hari ni. Mereka sama - sama keluar dari pejabat menuju ke tempat kanak - kanak itu. Raf seperti biasalah menceriakan anak - anak dengan belon dan lawak jenaka. Damia pula setia dengan jajan yang dibawanya. Dua jam menghabiskan masa dengan mereka terasa benar - benar singkat. Hilang sebentar segala beban dan masalah Damia di tempat kerja. Dia mengambil tempat di bangku luar bagi menghilangkan kepenatan. Melayan budak - budak yang sedang aktif, memang seronok dan juga memenatkan.
"Hai Damia, boleh Raf join?" teguran lelaki itu mematikan lamunan Damia. Gadis itu tersenyum. Menganggukkan kepalanya memberi kebenaran.

------------------------------------------------------
Damia dan Aidan
Damia dan Raf
Damia dan Qayyum
Your choices?
Vote n comment😘😘😘

MR.CLOWN?! (LATE UPDATE)Where stories live. Discover now