19

419 25 3
                                    

Menyakitkan. Itulah yang dirasakan oleh Damia kini. Hari-harinya terasa sangat kelam sekarang.Damia berjalan lemah menuju ke cafeteria. Ingin minum sesuatu yang boleh membangkitkan semangatnya.Sexy,cantik, sophisticated.. Ayat tu bermain-main di kepalanya sejak semalam. Doktor Aidan ni.. Memang takkan bagi peluang langsung untuk dia!Damia meneliti dirinya sendiri. Baju lengan panjang putih dan seluar panjang berwarna hitam dilihat. Inikah yang dinamakan plain?Erk..baru hari ini dia sedar dia langsung tidak tahu berfesyen. Sexy!?Hum. Lelaki sama je.Sexy-sexy nak buat apa!Entah bagaimana tiba-tiba dia terlanggar seorang wanita yang berjalan di hadapannya.
"Arh. Maaf-maaf. Saya tak sengaja. Cik tak apa-apa ke?"Damia cuak. Segera dia menyalahkan diri sendiri kerana tidak memandang ke depan.
"Eh.. Tak apalah.Bukan luka pun. "Damia melihat ke depan. Perempuan di hadapannya ini... Cantiknyaa😭.Dia tergamam. Baju wanita itu dipandang. Sexy.. Serta merta suara Aidan semalam terdengar di telinganya. Dia memandang pula wajah wanita itu. Cantik.. Wanita itu tersenyum. Dia bangun dan berdiri. Sophisticated.. Tidak!!!!!Ayat Aidan seperti mencucuk-cucuk dirinya saat ini.
"Cik?Hahha..awak ni doktor trainee ke dekat sini?"Damia memasamkan mukanya. Ish. Sakit pula hatinya mendengar.
"Ah,Cik Rania?"Damia berpusing. Berpinar-pinar matanya melihat Aidan menuju ke arah mereka dan langsung tak mempedulikannya!
"Saya Aidan.Aidan Rafiqi.Mari,saya bawa Cik ke bilik ketua. "Aidan tersenyum. Entah ikhlas atau dibuat,dia tidak mahu tahu. Tapi.. Pejabat ketua!?Jangan cakap... Dia pakar bedah baru di sini!?😲
Aidan dan Rania berjalan meninggalkan Damia keseorangan. Damia menunduk. Aidan tidak langsung menegurnya. Hum. Siapa saja yang ingin menegur perempuan yang tak cantik berbanding dengan yang cantik. Dia mengeluh. Kembali ke niatnya ingin membeli air tadi.

-------------------------------------------

Aidan mengetuk pintu ketua bedah,Tuan Saleh. Setelah dipersilakan masuk,dia masuk bersama dengan Rania.
"Oh.. Rania!Come.Sit.Aidan,you too. "Mereka mengangguk.
"So,are you sure nak terus kerja dekat sini?Tak nak rehat dulu ke?"Tuan Saleh menuangkan air kopi ke dalam cawan kaca.
"Seriously no Tuan Saleh. I dah cukup rehat dah. Now,I nak kerja. "Tuan Saleh mengangguk faham. Dia melihat pula kepada Aidan yang dari tadi membisu.
"Aidan,kamu tolong saya perkenalkan Rania pada pakar-pakar bedah yang lain ya. Kalau tak ada apa-apa,kamu berdua boleh beredar. Saya harap kamu dapat bekerja dengan selesa. "Rania tersenyum. Dia memandang Aidan yang berada di sebelahnya. Dari tadi lelaki ini menarik minatnya.
"Jangan risau Tuan. I'll do my best..and.. You too,Aidan.Please help me ok?"Rania menyentuh lembut coat doktor lelaki itu. Aidan hanya tersenyum paksa.

-------------------------------------------

"Dengar sini semua,mulai hari ini Cik Rania akan menjadi sebahagian dari staf hospital ini. Dia akan menjadi pakar bedah di sini. Sila beri tunjuk ajar dan layanan yang baik pada dia"Semua bertepuk tangan. Menyambut kedatangan Rania. Damia kaku. Rania,doktor di sini?Mengapa dia berasa sangat tidak selamat sekarang?
"Eh.. Kamu.. Doktor trainee!"Semua memandang arah Rania menunjuk. Damia memandang Rania terkejut.
"A.. Apa?"dia sangat tidak selesa melihat semua orang memandangnya. Ada juga yang berbisik semasa sendiri.
"Cik Rania.Damia pakar bedah juga di sini. "Afif memberitahu Rania yang bersebelahan dengannya.
"Oh.. I'm sorry.. But you look so fragile.. Macam doktor praktikal.. "Semua orang tertawa. Memang dia tidak berguna selama ini.Damia menunduk. Dia berharap Aidan akan melindunginya,tapi..
"Jom. "Damia terkejut. Aidan menarik tangannya pergi dari situ. Bukan sahaja gadis itu,malah doktor lain dan Rania juga.Wajah wanita itu kelihatan tegang.Tidak puas hati mungkin. Dia cuba menanganinya sebaik mungkin.
"Err.. Rania,jom.Saya bawa awak ke tempat awak. "Afif berkata lagi. Rania melihat Afif tajam.
"I'm sorry.. I'm not your friend. Cik Rania please"laju Rania meninggalkan tempat itu. Afif hanya mengikutnya dari belakang.

-------------------------------------------

Damia masih lagi mematungkan diri membiarkan Aidan menariknya.Tiba di taman hospital,Aidan melepaskan tangannya.
"Terima.. "Damia tidak sempat menghabiskan ayatnya sebelum Aidan mencelah.
"Damia jangan susahkan aku boleh?"Damia diam. Susahkan?Apa maksud lelaki ini?
"Tolong jaga diri kau lepas ni?Aku penatlah. Aku bukannya 24 jam nak kena ada dengan kau.Kau lembik macam ni,kau saje ke?"Aidan memandang tajam gadis itu.Wajahnya jelas kelihatan tertekan dan marah.
"Saya.. "Aidan mencelah lagi. "Kau memang saja kan buat lemah supaya aku boleh ada 24 jam dengan kau?Aku dah penatlah nak kena layan perangai lemah kau ni.Kau bukannya gf aku pun aku nak jaga tiap kali kau kena buli. "Damia cuba menahan air matanya. Entah apa yang merasuk lelaki itu pada hari ini. Mungkinkah lelaki itu berubah disebabkan Rania..? Aidan tidak mahu dekat dengannya lagi kerana kini ada Rania?
"Okey. Kau dengar sini. Aku akan beritahu kau bila aku nak latih kau.Selain tu,jangan cari aku,jumpa aku atau tegur aku. Faham?Aku letihlah dengan perempuan macam kau ni.Ish!"Aidan berlalu pergi dari situ. Serentak air mata Damia mengalir ke pipi. Dia mengesat perlahan.
"Tapi.. Saya tak pernah minta awak jaga saya.. "Damia tunduk. Dia fikir Aidan sudi jadi temannya tatkala tiada yang menyebelahinya. Ya.. Dia memang menyusahkan..

-------------------------------------------
Wooo... Chapter ni intense guys. Saja.. Nak suruh readers sakit hati baca n tak tenang nak tidur. Huahahaha.
Vote and comment.
😘😘😘😘

MR.CLOWN?! (LATE UPDATE)Where stories live. Discover now