42

387 16 2
                                    

Ruangan yang sederhana besar itu dipandang kejap. Damia melirik pula ke arah pek darah yang tergantung di sisi Aidan. Dia menjentik sedikit pek itu apabila darah yang menitis seakan-akan perlahan. Wajah lelaki itu ditenung sayu. Sungguh dia tidak menyangka lelaki yang selama ini seperti tidak mempunyai kelemahan kini terlantar di katil hospital bersama dengan tusukan di perutnya. Baru sahaja tadi mama Aidan memberitahunya bahawa lelaki itu sudah sedar dan ingin berjumpa. Namun sekarang, lelaki itu telahpun kembali melelapkan mata.
"Aidan, saya minta maaf. Sebab saya, awak jadi macam ni. Mesti sakitkan. Kalau awak bangun, mesti awak marah saya kan." Damia mengetap bibirnya memandang wajah tampan lelaki itu. Rasa bersalahnya kian menggunung tinggi. Dia merapatkan dirinya mendekatkan wajahnya memandang Aidan. Kesan calar di pipi lelaki itu disentuh.
"Okeylah, saya keluar dulu. Nanti saya datang balik. Rehat ye doc.."Damia mengukirkan segaris senyuman yang manis walaupun ianya tidak terlihat dari pandangan lelaki itu. Dia memusingkan tubuhnya berura-ura ingin keluar dari bilik itu. Tiba-tiba tangannya dipegang dari belakang. Pantas Damia melihat. Aidan yang menyentuh tangannya.Sedarkah dia semenjak dari tadi?
"Nak pergi mana?Sini.." tangan Damia ditarik lembut mendekati Aidan. Ruang pada katil yang dibaring itu ditepuk lembut .Menyuruh Damia duduk di situ.
"Awak..dah okey ke?" terasa gugup jantungnya tatkala memandang Aidan di sebelahnya.
"Damia, kau jangan risaulah. Aku okey je. Luka ni pun,bukan rasa sangat pun." Damia semakin cemberut melihat sikap berlagak Aidan. Hanya orang tak normal je tak rasa sakit ditusuk. Dia pun seorang doktor jugalah.
"Awak ni memang tak boleh serius sikit ye. Dah sakit ni, nak berlagak lagi. Esok lusa tulat dan sebagainya saya akan jaga awak sampai awak sembuh. okey?? Saya minta maaf..sebab saya awak jadi macam ni.Kalaulah saya lebih hati-hati,tak jadi kes macam ni..Tak ada siapa cedera.." Aidan meletakkan jarinya ke bibir merah Damia. Bingit telinganya mendengar gadis itu membebel.
"Sayang..senyap sikit. Kalau tak senyap..Aidan tak janji awak keluar dengan selamat dari wad ni." serta merta Damia menutup mulutnya rapat menggunakan tangannya. Ayat itu membuatkannya terpaku. Sayang?
"Good girl..now, go and get me some food. I'm seriously thinking of spaghetti now. Though I'm very hungry. So,carikan saya makan..atau awak saya makan." Pantas Damia keluar dari wad itu. Kakinya dihentak-hentakkan sedikit.
'Ish..dah kenapa doktor Aidan ni. semenjak bangun pelik semacam.' dia menggelengkan kepalanya memikirkan semua kemungkinan bodoh yang terlintas di fikirannya. Akhirnya dia mula menapak ke cafe hospital.

------------------------------------------------------

Dua hari berlalu. Balutan di perutnya masih belum boleh dibuka. Namun Aidan berasa membaik dari hari ke hari. Dia melihat wajah Damia yang sedang menuangkan air untuknya. Entah bila dia ingin mengaku perkara yang sebenar pada gadis ini. Jiwanya memberontak ingin memberitahu namun akal sihatnya masih menyuruhnya menunggu.
"Nah, air doktor." cawan di tangan Damia tidak diambil.
"Damia..how many times i have to tell u there's no doctor here! I'm a patient okey. So you call me Aidan." entah kali ke berapa Aidan memberitahu Damia tentang hal ini. Seringkali saja tersasul lagi panggilan doktor itu.
"Haih..yelaa yelaa. Maaflah. Dah tersasul nak buat macam mana." gadis itu memuncungkan bibirnya lagi. Bukannya dia sengaja. Doktor ini saja mahu mencari pasal dengannya.
"Okey then, let's do something like this.. if you ever ever ever call me that name while I'm still in this hospital as a patient, saya hantar rombongan meminang." Damia terkaku. Aidan pula sudah tersengih sengih kemenangan. Ya, idea yang bagus mungkin.
"Dah dah dah. Tak payah nak duduk kaku sangat dekat situ ye ducky. Thanks for the water." Sakit hati dia melayan lelaki gila di hadapannya ini. Sejak dua hari ini perangainya makin menjadi- jadi. Sayanglah, kahwinlah,pinanglah.Ish! Suka betul main-main dan bagi harapan. Damia menunjukkan muka sedihnya. Tidak mungkin lelaki ini mahukan dirinya yang selekeh ini. Perasan la kau Damia..

------------------------------------------------------
Walaupun Aaron telahpun mati ditembak namun siasatan kes masih dijalankan. Kes-kes lama Aaron telah dibuka semula dan Tan Sri Saidin dituduh bersubahat menyembunyikan kes anaknya. Perbicaraan akan dimulakan setelah selesai polis bertanya pada pesalah. Qayyum cuba untuk redha. Redha dengan ketentuan Ilahi. Dia tahu bahawa keluarganya memang bersalah. Dia hanya mampu mendoakan keselamatan ayahnya. Adiknya di sebelah dipandang sayu. Sungguh dia harus kuat demi adiknya kini.
" Adik, jom kita keluar jom. Makan coklat ke..ais krim ke.Abang laparlah.." Qayyum cuba mengumpan adiknya yang tidak mahu keluar dari rumah semenjak kejadian waktu itu.
"Tak nak. Yusof tak nak keluar. Nanti ada kamera kat mana mana suka ambil gambar kita. Yusof benci." Kanak-kanak kecil itu cuba berpaling dari memandang wajah abangnya.
"Hey..sayang..kamera tu kejap je. Sekarang dah tak ada. Betul..Yusof tak percaya abang ke..sedihnya.."Qayyum mula beriak sedih. Dia melihat adiknya yang seakan akan ingin melihatnya.
"Tak apelah..abang lapar yusof tak nak teman.Tak nak happy-happy dengan abang. Dah tak ada siapa nak happy dengan abang." terasa sayu pula dia mendengar ayatnya sendiri.
"Abang ..yusof minta maaf.Yusof sayang abang. Kita keluar ye. Yusof dah lama tak keluar dengan abang" yusof memeluk Qayyum erat. Mengharapkan hari hari akan menjadi semakin membaik selepas ini.

------------------------------------------------------
vote n comment😉

MR.CLOWN?! (LATE UPDATE)Where stories live. Discover now