41

497 22 2
                                    

Pagi itu merupakan hari yang baru.Terasa lebih cerah dek kerana sinaran matahari pagi.Namun perkarangan banglo Tan Sri Saidin langsung tidak menunjukkan kegembiraan. Mereka diselubungi kesedihan.Mayat Aaron yang terkujur kaku dan sudah rapi dengan kain kapan itu dilihat sayu oleh keluarganya. Qayyum masih lagi tidak berbicara. Hanya membantu apa yang patut sepanjang Aaron dikapankan.
"Qayyum,dengar sini..ayah takkan salahkan kamu nak. Kamu terpaksa buat semua ni untuk selamatkan nyawa insan yang tak berdosa. Kamu tak salah.. "Tan Sri Saidin menepuk perlahan bahu anaknya.Dia tahu Qayyum diselubungi perasaan bersalah dan sedih yang menebal. Terpaksa melawan kembarnya sendiri yang dulu selalu berkepit bersama-samanya.
"Betul tu abang..Yusof sayang abang.. "Adiknya yang ketiga memeluk erat abangnya. Memberi kekuatan walaupun dia tahu tidaklah membantu. Qayyum mengusap rambut Yusof lembut.Dia melutut dan mencium dahi adiknya. Akhirnya,setitis air mata jatuh juga di pipinya.Memeluk erat adiknya.
"Kita.. Kebumikan sekarang ayah. "Qayyum berkata selepas yakin dia dalam keadaan baik saat itu. Tan Sri Saidin mengangguk lembut.Memberi isyarat pada mereka yang terlibat.

-------------------------------------------

Damia meletakkan perlahan surat khabar yang dibacanya di atas kerusi.Dia masih lagi tidak percaya yang mayat Rania dijumpai di dalam tandas.Ditikam di perut dan yang paling penting,gadis itu ada kena mengena dengan penculikannya.Dia berasa marah dan kesal kerana kedua-dua manusia yang bertanggungjawab dalam penculikannya sudahpun mati dan tidak dihukum dengan cara yang sepatutnya di dunia. Sungguh dia tidak dapat memaafkan mereka berdua yang telah membuat dia jadi begini. Aidan pula... masih terlantar di hospital. Masih lagi koma di wad VVIP.Ada juga sesekali Damia datang melawat Aidan memandangkan mereka dimasukkan ke dalam hospital yang sama tetapi.. Lelaki itu tidak menunjukkan sebarang reaksi. Membuatkan dia berterusan menyalahkan dirinya atas apa yang berlaku.Baju hospitalnya dirapikan sebelum dia mengambil keputusan untuk melawat Aidan lagi. Dia mengambil botol air yang dimasukkan ke dalam badannya itu. Terpaksa membawanya pergi ke mana-mana. Namun,belum sempat dia keluar dari biliknya,pintu itu terbuka dari luar. Seorang perempuan yang mungkin sebaya ayahnya masuk ke dalam. Tersenyum dan menyuruhnya duduk kembali. Siapakah..

-------------------------------------------

Maria tersenyum pada gadis di hadapannya.Cuba melihat dari pandangan matanya sendiri.Gadis itu kelihatan gugup. Tapi dia tidak rasa Damia tahu siapa dia yang sebenarnya.
"Kalau boleh awak duduk balik. Mak cik nak cakap sikit. "Maria duduk di kerusi yang disediakan manakala Damia kembali duduk di atas katilnya.
"Awak tahu siapa saya?"Damia menelan air liurnya. Perlahan dia menggeleng. Takut pula wanita ini marah kerana tidak mengenali beliau.
"Saya Maria.Mama Aidan. "Damia menunduk.Mama Aidan.. Nak salahkan dirinyakah kerana menyakiti anaknya?
"Puan.. Saya minta maaf sangat.. Saya pun tak sangka perkara macam tu boleh berlaku. Saya..saya minta maaf.. "Tidak berani dia mengangkat wajahnya melihat Mama Aidan.Perasaan bersalahnya makin menjadi-jadi.
"28 tahun mak cik jaga dia. Tak pernah sekali pun dia tercedera macam ni."Damia mencengkam baju pesakitnya. Dia tahu dia salah.
"Saya tahu saya salah puan.Saya sudi terima apa pun hukuman dari puan. "Damia masih lagi menunduk. Tidak tahu bagaimana untuk bertentang mata dengan wanita itu.
"Kalau saya suruh Damia jangan jumpa dengan dia lagi,Damia sanggup?"Damia memandang Puan Maria. Apa yang patut dia jawabkan. Damia tahu dia tidak mempunyai sebarang hak untuk membantah.
"Saya.. Saya tak tahu. Saya minta maaf. "dia terdengar Puan Maria tertawa kecil. Lengannya dipegang lembut. "Mak cik gurau je Damia. Sebenarnya,mak cik memang takut kalau ada apa-apa yang terjadi pada anak mak cik. Sebab dia satu-satunya anak saya. Tapi.. disebabkan kejadian ni,mak cik tahu dan sedar dia dah pun jadi seorang lelaki yang matang.Kamu suka Aidan,Damia?"gadis itu memandang Puan Maria.Tidak tahu ingin beriak apa terhadap soalan Puan Maria ini.
"Saya.. Erm.. "Puan Maria faham gadis ini malu dengan dirinya. Namun dia juga tahu yang sangkaannya benar-benar tepat.
"Aidan.. Dahpun sedar dari koma. Dia nak jumpa kamu. "Syukur. Damia tersenyum gembira. Dia benar-benar rindu dan rasa bersalah terhadap lelaki itu.
"Iye.. Mak cik?Arh..boleh saya pergi melawat sekarang?Terima kasih mak cik.. Terima kasih. "Puan Maria hanya mengangguk. Sudah sampai masa agaknya dia perlu mendapat cucu. 😏

MR.CLOWN?! (LATE UPDATE)Where stories live. Discover now