36

369 19 0
                                    

"Kau cakap sekarang!Kau dah culik dia ke!?"Rania sedikit menjerit di tandas hospital. Mukanya resah dan pucat seperti kehilangan darah.Rania menunggu jawapan di talian.
"Haa.. Ye. Kenapa?"Rania memegang dahinya. Menelan air liurnya. Ini semua kerja gila.
"Aku rasa aku tak nak terlibat lagi dalam benda ni. Kau nak kau buat sorang.Kau faham tak!?"Lelaki yang mendengar tersenyum jahat. Dia membetulkan sedikit topinya.
"Kau ingat senang..?Kalau kau nak undur diri,mati dulu untuk aku. Bila-bila masa je aku boleh call orang untuk bunuh kau."lutut gadis itu seolah-olah longgar mendengarnya. Ahh!Bodoh betul dia kerana sudah terlibat dalam semua ini.
"Kau bawak dia pergi mana?"Rania cuba menenangkan dirinya.
"Kenapa?Nak beritahu polis?Hahhah..tak perlu tahu. Aku bawa dia ke tempat yang sangat selesa. "Lelaki itu tersenyum lagi. Dia melihat Damia di sebelahnya. Menyentuh pipi gadis itu lembut.
"Okeylah.Aku letak dulu. Kesian sayang aku... Dia sejuk nanti duduk kereta lama-lama. Cau. "Rania terdiam. Dia melihat dirinya di dalam cermin. Patutkah dia juga melarikan diri?Macam mana dengan Aidan?

-------------------------------------------

Ghazali melihat jam di dinding. 10 malam.Dia menyelak sedikit langsir rumahnya. Masih lagi tiada kereta Damia di hadapan. Sikit demi sedikit Ghazali mula berasa risau. Dia cuba mendail lagi nombor anaknya.Masih masuk peti suara. Sejak bila anaknya ini pandai matikan telefon. Bateri kosongkah.. Dia duduk sebentar di sofa.Siapa sahaja nombor kawan-kawan Damia yang dia ada.Ghazali perasan kelibat isterinya turun dari tangga. Dia mengeluh perlahan.
"Amboi.. tunggu anak kesayangan ke. "Ramlah duduk di hadapannya.Rambutnya digulung-gulungkan.
"Tak payah sibuklah. Kau jaga je tepi kain kau sendiri. Kita pun tak lama lagi dah tak ada apa-apa. "Ghazali melihat ke arah tingkap lagi.Setelah mendapati Damia masih lagi belom pulang,dia terus naik ke atas. Malas mahu melayan Ramlah yang langsung tak membantunya.

-------------------------------------------

Damia membuka matanya perlahan-lahan. Silau cahaya membuatkan dia menutup matanya kembali.Setelah dapat menyesuaikan diri,dia kembali membuka matanya. Gadis itu terkesima. Dia di dalam sebuah bilik yang asing.Dinding bilik ini pula penuh dengan gambar-gambarnya.Damia merenung satu persatu gambar di bilik itu.Semua gambarnya merupakan gambar candid.Dia mula berasa takut. Dengan tangan dan kakinya yang terikat.Damia cuba mencari jalan untuk melepaskan diri. Dipandang sekeliling,tidak ada apa-apa benda tajam yang berdekatan dengannya.Mulutnya yang juga ditutup dengan pita pelikat cuba dibuka namun masih tiada hasil. Dia mula mengalirkan air mata.Aidan..Aidan.. Pintu bilik dibuka.Seorang lelaki berhoodie dan memakai mask hitam masuk.Dia menutup kembali pintu bilik. Damia kaku. Takut akan terjadi apa-apa padanya.
"Hey.. Kenapa nangis ni sayang.."Lelaki itu cuba menyentuh pipinya. Menghapuskan air matanya.
Damia menggeleng-gelengkan wajahnya.
"Mulai sekarang.. Kau milik aku. Tunggu ye..lusa kita akan pergi ke siam. Kita kahwin.. Okey sayang?"Semakin banyak air mata Damia yang menitis. Siapa lelaki ini. Kenapa tiba-tiba sahaja lelaki ini mahu kahwin dengan dirinya.
"Oh.. Saya bukak pelekat ni okey sayang.. "Pelekat dibuka dan dibuang ke lantai.
"Kau nak apa hah!Lepaskan aku!Lepaskan aku!"Entah tersenyum atau apa lelaki itu.Damia tidak dapat melihat riak wajahnya.
"Whoa.. Bad attitude comes from a pretty girl like you.. Not nice.. "Damia mendiamkan diri. Lelaki itu merapati dirinya membuatkan Damia harus mengesot ke tepi.
"Sekali lagi mulut kau cakap jerit-jerit depan aku..aku pukul kau!"Damia memejamkan matanya melihat tangan lelaki itu yang sudah naik ke atas.Dia mendengar lelaki itu tergelak.
"Bagus.. Perempuan kena sopan.. Pandai layan suami..tak boleh bentak-bentak.. tau. "Lelaki itu membelai wajah Damia. Hanya air mata yang dapat mengalir di pipi.
"Tunjukkan.. Tunjukkan muka awak.. "Damia memberanikan diri bersuara.
"Oh.. Sayang nak tengok muka saya ye... Jap eh.. "Lelaki itu membuka masknya.Dia kembali memandang Damia.
"Qa.. Qayyum.. "Gadis itu menutup mulutnya tidak percaya.
"Nop..Aaron.. "Dia tersenyum sinis.Damia menelan air liurnya. Tidak percaya dengan apa yang didengar. Dia pasti ini Qayyum!Tapi kenapa namanya ditukar?

-------------------------------------------
Vote and comment ❤

MR.CLOWN?! (LATE UPDATE)Where stories live. Discover now