4

517 26 0
                                    

Puan Ramlah membetulkan rantai yang ada di lehernya. Sejak dari tadi rasa tidak puas menguasai diri. Entah kemana anaknya pergi hari ini. Lambat pula baliknya.Bunyi pintu dibuka menyedarkan dia dari lamunan. Senyum penuh makna terukir jelas di bibirnya.
"Assalamualaikum.. "Damia menutup pintu rapat. Langkahnya perlahan menuju ke biliknya.
"Waalaikumsalam. Lambat kau balik hari ni Damia. "Puan Ramlah bercekak pinggang memandang Damia.
"Ya.. Ada kerja sikit tadi mak."gadis itu mula merasa ada yang tidak kena. Wajah ibunya dilihat sekilas.
"Damia. Belikan mak rantai. Ni.. Kau tengok ni. Rantai ni dah tak cantik dah!Mak pakai pun dah gatal-gatal tau. Belikan ye Damia?"sudah diagak pasti ada udang di sebalik batu ibunya menunggunya pulang. Damia mengeluh kecil.
"Damia mana ada duit mak.. Rantai tu bulan lepas punya kan..? Elok lagi tu.. Kenapa nak beli baru. "riak wajah Puan Ramlah jelas menunjukkan perubahan. Dia berjalan laju ke arah anaknya.
"Eh. Damia!aku minta rantai je pun kau ni berkira kan. Ingat sikit siapa yang jaga kau dari kecik sampai ke besar! Nak harapkan mak kandung kau.. Mati dah dia "Damia bungkam. Ya.Wanita ini memang ibu tirinya.Sejak dari lahir,dia tidak pernah melihat ibu kandungnya kerana ibunya meninggal sewaktu melahirkannya.
"Nanti Damia beli. "laju langkahnya menaiki anak tangga. Perlahan dia mengeluh.Membiarkan dirinya dibawa kenangan silam.

Jam menunjukkan pukul 10.30 pagi. Dia tersenyum tatkala sampai ke rumah anak yatim Seri Kembangan. Ramai anak-anak berlari-lari kecil di sekitar tempat itu. Ada juga yang duduk diam menjilat ais krim lazatnya.Damia mula menemukan Puan Rosnah,pemilik rumah anak yatim itu.
"Sampai pun kamu Damia. Budak-budak semua dah tunggu kamu.Tak sabar-sabar katanya nak kamu rawat."Damia tersenyum senang.Selalu juga dia datang ke rumah anak yatim ini pada hari dia tidak bertugas.Mengadakan rawatan secara percuma untuk anak-anak disitu. Ramai juga anak yatim di sini. Kira-kira 100 orang juga.
"Okey.. Buka mulut.. "Tekun Damia memeriksa tekak kanak-kanak itu.
"Adik demam ni. Tapi.. Tak serius pun tau. Jadi.. Kakak bagi ubat.. Adik kena makan supaya dapat main dengan kawan-kawan balik.. Okey?"kanak-kanak itu mengangguk faham. Damia memberi beberapa gula-gula kepadanya apabila selesai rawatan. Dia tersenyum melihat kanak-kanak itu keluar dari biliknya.Kanak-kanak terakhir yang diperiksanya. Dia mengemas alatan perubatan.Dari jauh kedengaran kanak-kanak menjerit riang. Dania keluar cuba melihat apa yang berlaku.
"Baik adik-adik!Beratur-beratur.Semua dapat belon dari Mr.Clown okey!"badut rupa-rupanya yang datang menyebabkan kanak-kanak di situ menjerit keriangan.Dia melihat badut itu dari jauh. Sungguh dia teringin jadi seperti badut. Riang dan menyeronokkan.. Tak ada masalah dan hanya tahu mengembirakan orang lain.
"Haa Damia. Tu la badut yang saya katakan tempoh hari. Sejak 2 minggu lepas. Kerap juga dia datang. Seronok budak-budak ni. Dia tak kenakan bayaran pun tau. Mulia betul hatinya seperti Damia juga. "puan Rosnah mula bercerita tanpa ditanya.
"Erm.. Siapa nama badut to Puan Rosnah?Baik hatinya."Damia memandang lagi badut yang sedang mereka-reka belon itu.
"Dia kata namanya Raf. Kerja pula biasa-biasa aja. Tapi tak dinyatakan pula kerja apa.Berbual-bual pun gitu-gitu aja Damia. Pemalu juga orangnya. Tapi.. Agaknya tiadalah biasa-biasa sangat kerjanya ya. Kalau tidak.. Manakan dia dapat menyumbang sekali duitnya ke pusat anak yatim ni. "Damia mendengar dengan jelas kata-kata Puan Rosnah.
"Mari.Jumpa dia. Dah habis dah tu."Wanita separuh baya itu menarik tangan Damia tanpa sempat untuk dia menolak.
"Raf.. Kenalkan.Doktor volunteer dekat sini. Damia. "Damia hanya mengangukkan kepalanya tanda kenalan. Entah kenapa dia berasa seperti badut itu merenungnya.
"Oh.. Hai cik Damia. Dengar cerita ramai anak angkat awak dekat sini. "Damia tersenyum.
"Memang ramai.Sebab semuanya comel-comel belaka. "balas Damia perlahan namun cukup untuk didengari.
"Okey.. Kalau macam tu.. Saya balik dulu ye. Damia dan Puan Rosnah.Kerja saya dah selesai. Btw. Cik Damia.. Selamat bekerja esok. "Damia hanya mengangguk. Kerja.. Haih.Kalaulah dia kaya.. Mahu saja dia menjadi sukarelawan tetap di sini. Berganda-ganda lebih seronok dari di hospital. Mr. Clown hilang dari pandangannya. Selamat.. Bertemu lagi..

MR.CLOWN?! (LATE UPDATE)Where stories live. Discover now