39

396 21 0
                                    

Mesej yang masuk dilihat lemah.Fitri melihat Aidan di sebelah.Terdiam tanpa kata.
"B.. Bang.. bagi Fit pandu ah bang"Aidan tidak menghiraukan kata-kata adik saudaranya itu.Perlahan dia meletakkan dahinya rapat ke stereng.Fitri mula mendengar suara esakan dari Aidan.Dia bungkam. Tidak tahu ingin berbuat apa lagi.
"Apa aku nak buat ni.. Aku ni memang tak gunalah!Aku langsung tak boleh lindung dia!"Stereng kereta dihentak kuat.
"Bang.. Sabar!Kalau semua orang dah lemah macam ni,siapa nak selamatkan Damia?"Aidan mengusap rambutnya.Menggenggam stereng kereta kuat.
"Aku nak pergi jumpa Qayyum. Aku akan paksa dia bawa aku jumpa Damia. Kalau tak aku call polis. "Aidan memandu kereta laju,menuju ke rumah Qayyum semula.

-------------------------------------------

Damia meringkut kesakitan di atas katil yang berselerakan itu.Lemah betul tubuhnya membuatkan dia rasa marah dengan dirinya sendiri.Dia mula terbayang akan bapanya yang mula berbaik dengannya.
"Damia...minta maaf ayah.. Mungkin dah ditakdirkan kegembiraan kita takat sini je. Walau apapun yang terjadi,Damia takkan kahwin dengan binatang tu. "Air matanya mengalir lagi. Perit rasa matanya kerana terlalu banyak menangis. Dia juga mula terbayang memorinya bersama Aidan. Dia tersenyum kecil.Semoga lelaki itu selamat sahaja.Pintu bilik dikuak tanda Aaron kembali masuk. Damia memejam matanya meminta kekuatan.
"Sayang... Okey tak ni?"Aaron membangunkan Damia supaya gadis itu terduduk tegak.
"Omg.. Sayang.. Apa darah-darah ni.. Muka cantik sayang dah tak nampak dah. Siapa buat ni.. Aaron pukul dia!"Damia hanya memandang ke bawah. Tidak mahu lagi melayan kata-kata lelaki kurang siuman ini.
"Erm... Sayang nak pergi esok ke.. Nak pergi malam ni..? "Aaron memain-mainkan rambut Damia.
"Pergi.. mana.. "gadis itu bersuara lemah. Namun dia tidak mampu memandang wajah Aaron.
"Pergi siamlah sayang. Kahwin.. "Dagu Damia pula dibelai lembut.
"Aku...sanggup mati dari kahwin dengan kau!!"Damia meludah ke pipi Aaron membuatkan lelaki itu menamparnya.
"Kurang ajar kau!!"Dia ingin memukul gadis itu lagi namun telefonnya berbunyi nyaring.Pantas dia keluar dan menutup pintu kuat.Dia sudah pun redha jika tiada siapa yang datang menyelamatkannya.

-------------------------------------------

Pipi Qayyum ditumbuk kuat menyebabkan lelaki itu terjatuh ke lantai. Aidan mencengkam kolarnya lagi dan menumbuknya kuat.
"Aidan!Jangan sampai saya panggil polis kerana buat kacau di rumah kami!"Aidan melirik tajam ke Tan Sri Saidin. Dia tersenyum sinis.
"Panggillah. Saya pun nak lapor jugak. Yang anak Tan Sri ni culik Damia!"Fitri menahan Aidan yang ingin membelasah Qayyum lagi.
"Ya allah apa kau cakap ni Aidan!Simpanglah aku nak buat benda macam tu. Mana bukti kau!?"Tan Sri Saidin sudah terdiam. Mula terfikir sesuatu. Aidan mengeluarkan telefonnya.Membuka mesej yang dihantar Rania.
"Ni apa!?Eh kau ni tak fikir ke!Kau ingat aku bodoh macam kau!?Kau komplot dengan Rania untuk tangkap Damia. Eh jantan apa kau ni main kotor!?Kau suka dia kan?Aku nampaklah kau bagi bunga kat dia malam tu!"Qayyum terpinga-pinga melihat mesej itu. Dia memandang ayahnya.
"Oh.. Wait. What?Bu..bunga?Aku ada bagi dia coklat. Tapi bunga?"Qayyum menelan air liurnya. Memejamkan mata.
"Eh dahlah sebelum aku call polis.. Kau!"Tan Sri Saidin menahan Aidan yang dalam keadaan baran itu.
"Sabar Aidan!Qayyum ada kembar!"Kenyataan itu membuatkan setiap orang di banglo itu terdiam.
"A.. Apa?"Aidan memandang Qayyum tidak percaya.
"Oh shit!Dia tak menyamar jadi Qayyum balik kan ayah!?Dia..bukan dah sembuh ke! "Qayyum meraup wajahnya. Siapa sahaja yang tidak sedih melihat kembar sendiri seperti dirasuk syaitan.
"Kalau.. Kalau boleh Tan Sri cerita.. "Fitri teragak-agak berkata.Manalah tahu ini hal sensitif buat mereka.
"Aaron.. Anak pak cik. Kembar Qayyum. Dia.. Ada masalah otak semenjak kecil. Dia akan jadi gila dengan perempuan yang dia suka. Dia akan jadi sangat obses dan bertukar psycho dari hari ke hari. Se.. Setakat ni dah dua perempuan dah kena membabitkan dia. Seorang.. perempuan dari luar negara. Seorang lagi malaysia tapi.. Sebab terlalu yakin mampu ubat dia.. Aku gunakan kuasa aku kaburkan mata orang atas.Pak cik tak sangka dia buat lagi macam ni.. "Aidan terduduk kaku. Jadi selama ni.. dia pun tak tahu siapa yang Damia pernah jumpa. Qayyum ke.. Aaron ke..
"Ayah.. Aidan...rasanya.. Qayyum tahu Aaron kat mana. "Aidan bergegas bangun.
"Jom. Kita pergi sekarang. Kalau tan sri cakap Aaron segila tu saya tak rasa Damia mampu bertahan lama. "Qayyum turut mengangguk bersetuju.
"Kita call polis?"Fitri mencelah.
"Jangan. Kita tak tahu betul ke tak Damia dikurung di situ. 3 minit kau tengok kitaorang tak keluar-keluar,kau telefon polis. "Fitri mengangguk faham. Tan Sri Saidin hanya mampu berdoa anaknya baik-baik sahaja.
"Kami pergi dulu. "Aidan mengenggam tangannya erat. Berharap agar Damia dapat bertahan deminya..

-------------------------------------------
Siapa team Aaron!?mana tahu ade yg rse that was fucking awesome ke. Hahhahaha.. Ok x de.
Vote and comment!❤

MR.CLOWN?! (LATE UPDATE)Where stories live. Discover now