20

417 19 2
                                    

Aidan menggosok-gosok coatnya kasar. Tidak cukup,dia membaling jauh-jauh coatnya dan duduk di kerusinya.
"Ish. Main sentuh-sentuh perempuan ni. Geli aku!Nasib baik hari pertama kau perempuan!"Dia mengaruk kasar kepalanya yang tidak gatal. Tak pasal-pasal dia marah Damia tadi. Agaknya..melebih sangatkah apa yang dikatanya tadi?
"Arggh. Lantaklah!Siapa suruh dia lembek sangat. Ducky. "laju dia menyambung kerjanya. Nasib baik hari ini dia tidak mempunyai apa-apa pembedahan. Jika tidak,apelah yang akan terjadi.

-------------------------------------------

Kasut sukannya dipandang tekun.Sesekali dia menggesek-gesekkan kasut sukannya. Dia kini tidak ubah seperti anak yang dimarah bapanya.Dia menghembus nafas berat.Dia ingin bercakap dengan seseorang.Siapa sahaja yang sudi mendengar..
"Raf.. "laju telefonnya diambil dan nombor Raf didail.
"Assalamualaikum. "Damia tersenyum. Alhamdulillah. Angkat pun.
"Waalaikumsalam Raf. Awak sibuk ke?"Damia membetulkan duduknya.
"Arh.. Tak jugaklah. Kenapa?"Damia mengeluh.Kalaulah dia dapat berjumpa dengan Raf.
"Saya.. Ada masalah dekat tempat kerja."Raf mengangguk. Walaupun dia tahu Damia tidak akan dapat melihatnya.
"Ceritalah. Saya sudi dengar. "Tenang rasa hatinya melihat sikap Raf. Tidak seperti Aidan. Sebut nama pun dah sakit hati!
"Saya rasa.. Macam seorang je dekat sini. Tak ada siapa yang nak kawan dengan saya..Sebab saya ni lembab.. Tak guna..lemah.. "Damia mengelap air matanya yang keluar.
"Damia?Aw..awak nangis ke?"lebih kuat gadis itu menangis setelah ditanya. Benar-benar seperti budak-budak.
"Saya minta maaf. "Damia terdiam. Kenapa pula Raf yang meminta maaf padanya?
"Kenapa awak minta maaf pula..bukan salah awak. "Dia mendengar Raf tertawa perlahan. Mungkin menyedari kebenaran kata-katanya.
"Nasib baik awak ada Raf.Saya suka sangat kawan dengan awak. Awak baik. Terima kasih.. Sebab selalu ada.. Bila semua orang merendahkan saya. "lama Raf tidak menjawab. Damia mula merasa pelik.
"Raf?Awak masih ada di situ ke?"dia menggigit bibirnya.Menanti jawapan dari Raf.
"Ah.. Ya. Saya ada. Maaf. Tapi.. Mungkin tanpa awak sedar ada orang yang betul-betul ikhlas kawan dengan awak dekat sana"kata-kata Raf membuatkan gadis itu emosi kembali.
"Humph!Ikhlas konon. Ada perempuan baru datang.. Lagi cantik..seksi.. Dia dah suruh saya pergi!Tak guna tak guna!"dia menumbuk bangku tempatnya duduk.
"Eh.. Mana ada. "Damia berkerut. Apa yang mana ada?
"Ma.. Maksud saya.. Awak selidiklah dulu.Mungkin,dia tengah marah.. Atau stress. Well kita tak tahu kan. "terdengar jelas Damia mengeluh. Raf betul. Tapi,dia benar-benar terkesan dengan apa yang dikatakan Aidan.
"Tak apalah Raf.. Terima kasih. Terima kasih sebab ada dengan saya. Nanti,kita jumpa ya?Saya nak sangat pergi taman tu lagi dengan awak. "Damia tersenyum. Teringat akan taman cantik yang ada disebalik hutan kecil itu.
"Baik!Nanti kita lepak sana lagi tau.Saya pergi dulu. Bye.. "Damia tersenyum. Mematikan panggilan. Lega hatinya dapat berbual dengan Raf. Dia bangun dan kembali bekerja. Waktu rehat pun dah tamat. Dapat juga dia tersenyum walaupun sedikit.

-------------------------------------------

"Abang..sudahlah tu buat kerja rumah tu. Meh kat sini. "Ghazali tersenyum melihat wajah cantik isterinya.Sentiasa menenangkannya.
"Ya sayang.. Kenapa?"Delaila merenung wajah suaminya.Akhirnya dia tersenyum. Bahagia rasanya saat ini.
"Delaila happy sangat. Ada suami macam abang.. Delaila mengandung,abang sanggup buat kerja rumah ni semua. Merungut pun tak. Maaf ye bang.. "Ghazali meletakkan jari telunjuknya ke bibir isterinya.
"Shhh.. Jangan cakap macam ni. Abang yang sepatutnya terima kasih sebab sayang sudi mengandungkan zuriat kita.Anak kita."Delaila tersenyum lagi. Memang wanita ini seorang yang tenang dan gemar senyum.
"Delaila sayang.. Sangat dekat abang. Janji dengan laila.. Kalau jadi apa-apa dekat laila.. Jaga anak kita bang.. Jaga dia.. "Ghazali terbangun.Dia melihat sekeliling. Rumahnya.. Biliknya.. Delaila..Cuma satu mimpi. Dia mengesat air mata yang mengalir ke pipinya.
"Kenapa buat abang macam ni sayang.. Abang rindu sangat.. "akhirnya dia termenung. Kadangkala..Ada masanya mimpi lebih indah,dari dunia sebenar.

-------------------------------------------

Bunyi kasut tumit tingginya kedengaran tatkala dia berjalan. Sesekali,Rania tersenyum menyerlahkan lagi kecantikan bibirnya. Dia berhenti di hadapan sebuah bilik.Rambut dan bajunya dikemaskan.
"Hai. Aidan.. "selamba dia masuk ke dalam bilik lelaki itu selepas mengetuk pintu.
"Saya tak benarkan awak masuk pun?"Aidan menjeling Damia yang meliuk lentok dengan baju hitam seksinya.
"Macam mana I masuk bilik you tanpa permission.. Macam tu I akan masuk dalam hati you. "Aidan menggelengkan kepalanya.
'Dia nak suruh aku cakap chia chia chia ke apa. 'Aidan bermonolog dalam hati. Rania memegang bahunya lembut.
"Woo. Rania.Apa ni. Saya rasa awak dah lebih ni. "Terbangun Aidan tidak dapat menerima kelakuan Rania.
"You seriously tak suka Aidan..? "Rania merapatkan wajahnya ke wajah Aidan.Pipi Aidan diusap lembut.
"Doktor Aidan.. "Afif tergamam. Tak sangka dia dapat melihat adegan yang tak patut dilihat sebegini.
"Afif,wait.Kau..Rania!"pantas Aidan pergi ke arah Afif.
"Tanda.. Tandatangan. "Aidan berdehem dan menandatanganinya.
"Awak boleh keluar dan rasanya awak pun boleh keluar Cik Rania. "Aidan memandang Rania tajam. Gadis itu tersenyum manis dan keluar dari situ.
"Pergh.. Kena samak ni. "Laju Aidan pergi ke kerusinya kembali. Kalaulah perkara tadi dihebahkan.. Habislah dia.

MR.CLOWN?! (LATE UPDATE)Where stories live. Discover now