33

404 20 2
                                    

Qayyum memandang sejambak bunga di tangannya. Dia tersenyum. Bunga-bunga ros berwarna merah itu dicium. Wangi.. Dia melihat sekeliling. Cuba mencari Damia.Waktu kerja sudahpun habis namun kelibat gadis ini masih lagi tidak kelihatan.Dia masuk ke dalam cuba bertanya kepada sekumpulan jururawat lelaki yang sibuk berborak.
"Hai. Nampak doktor Damia tak?"Qayyum membetulkan sedikit kolar bajunya.
"Doktor Damia..tak nampak pula." Jururawat berkaca mata itu menjawab pertanyaan Qayyum.
"Eh.. Saya nampak. Dia pergi arah taman tadi. Cuba cari dia dekat sana."Kawannya mencelah. Qayyum mengangguk.
"Terima kasih ya. "Mereka memandang Qayyum hairan. "Encik ni siapa ya pada doktor Damia?"jururawat berbadan besar itu pula yang membuka mulut.
"Arh.. Saya kawan dia.Dulu adik saya masuk sini. Sekarang dia dah keluar tapi.. Saya tetap kawan dengan Damia. "Mereka mengangguk faham.
"Bunga tu untuk dia?"Banyak pula pertanyaan mereka.
"Haha.. Ya. Saya pergi dulu ye. "Qayyum meminta diri. Dia menggeleng kecil.Orang lelaki pun banyak tanya. Sampai sahaja di taman,dia mula mencari gadis itu.Dia terus ke tengah taman iaitu di kawasan air pancut.
"Qayyum?"Qayyum memusingkan badannya. Dia tersenyum.
"Damia.. Saya yang cari awak. Awak yang jumpa saya dulu ye. "Damia tersenyum. Bunga di tangan Qayyum dipandang.
"Oh.. Ni.. Untuk awak. "Lelaki itu menyerahkan bunga itu pada Damia.
"Untuk saya?Wow..cantiknya awak.. Saya tak pernah terima bunga tau. Cantik sangat.. "Qayyum tersenyum puas. Berasa gembira Damia suka akan bunga pemberiannya.
"Baguslah kalau awak suka.Saya main beli je. "Damia mengangguk. Mereka berjalan perlahan ke bangku terdekat.
"Awak datang sini nak bagi bunga je?"Damia bertanya lagi. Wajah Qayyum dipandang.
"Sort of.. Sebenarnya saya datang sini sebab nak jumpa awak. "Qayyum mengurut tengkuk belakangnya. Malu pula nak berterus terang akan kedatangannya.
"Hahhaha.. Ooo.. Rindu eh.. "Damia mengusiknya.
"Kalau saya cakap ye?Awak akan rindu saya balik?"Qayyum membalas serangan. Damia terdiam. Tidak tahu ingin membalas apa.
"Hahhah.. Saya gurau jela awak.Rindu sikit je. Kita kan kawan?"Damia lega. Dia kembali tersenyum.Mereka berbual sebentar sebelum sama-sama pulang ke rumah masing-masing.Qayyum berasa lega dapat berjumpa dengan gadis itu.Kalau tidak,nak tidur pun tak lena. Dia tertawa kecil. Apalah nak jadi pada dia ini.

-------------------------------------------

Damia membuka pintu rumahnya dengan kunci di tangan. Keadaan rumah yang gelap membuatkannya sukar untuk melihat di dalam. Dia membuka lampu rumahnya.Berjalan terus ke bilik.Namun dia mendengar seperti suara orang menangis di sebalik sofa rumahnya. Dia mula menelan air liurnya. Siapa pula yang menangis tengah-tengah malam begini.Damia memberanikan diri untuk mendekati suara tangisan itu.Beg tangannya dijadikan sebagai pelindung dan senjata.Langkah semakin dekat..
"Ayah..? "Damia kaku. Gadis itu seperti tidak percaya melihat ayahnya,Ghazali menangis teresak-esak di belakang sofa. Dia tidak tahu untuk mendekati atau menjauh.Damia memang tidak pernah rapat dengan ayahnya semenjak dari kecil. Apa yang ayahnya tahu ialah mendekatinya hanya untuk memukulnya. Mereka tidak pernah berbual dan bermesra seperti seorang anak dan bapa.
"A.. Ayah kenapa ni. Tak sihat.. Ke?"Dia memberanikan diri untuk bertanya namun jarak mereka masih lagi jauh. Ghazali memandang ke atas. Melihat anaknya yang juga sedang memandangnya. Tangisannya makin pecah. Dia pantas mengesot mendekati Damia.
"D.. Damia ayah minta maaf. Ayah minta maaf. Ibu marah ayah. Ayah tak jaga Damia baik-baik. Ayah minta maaf..."Damia terdiam. Ibu?Ibu sudah lama meninggalkan mereka semenjak dia lahir lagi. Apa yang ayahnya merepek ni.
"Ibu selalu datang dalam mimpi ayah.. Dia marah-marah. Dia kata dia benci ayah.. Dia benci aku.. Aku sayang dia.. Damia,maafkan ayah. "Damia turut melutut melihat ayahnya. Lengan ayahnya dipegang.
"A.. Ayah.. Damia tak apa-apa. Kalau betul ayah nak minta maaf.. Rasanya tak perlulah. Damia okey. Ayah tak payah minta maaf. "Ghazali menggeleng-gelengkan kepalanya.
"Tak tak tak. Mia kena cakap Mia maafkan ayah. Kalau tak ibu marah ayah. Ayah sayang ibu.. Ayah tak nak ibu marah ayah.. Ayah sedar silap ayah.. Kamu.. Adalah satu-satunya kenangan ayah dan ibu. Tapi ayah sia-siakan kamu sama seperti ayah sia-siakan kenangan kami.Ayah jahat.. "Ghazali mula mengetuk-ngetuk kepalanya. Damia pantas memberhentikan ayahnya. Air matanya turut mengalir melihat ayahnya begini.
"Kalau macam tu.. Ayah cakap dengan ibu.. Mia..Mia dah maafkan ayah."Ghazali menangis lagi.Dia menganggukkan kepalanya faham.
"Terima kasih. Walaupun dah terlambat,ayah janji ayah akan balas balik semua perbuatan ayah dulu. Ayah.. Ayah akan gembirakan kamu. Ayah minta maaf. "Damia menggeleng perlahan. Air mata ayahnya diseka.
"Ayah tak pernah terlambat ayah. Walaupun waktu tu Damia tengah nazak sekalipun.. Ayah tak pernah terlambat."Mereka mengambil masa menangis bersama-sama di ruang itu. Damia sungguh gembira ayahnya sudah menyesal akan kesilapannya. Terima kasih Allah.. Terima kasih ibu.. Kata ayah.. Ibu seorang yang sangat tenang dan sangat baik. Mampu memaafkan orang itu walaupun salah mereka besar pada ibu.Ibu juga seorang yang cantik.Mereka pernah berjanji untuk hidup dan mati bersama-sama. Namum takdir tuhan,Allah tarik ibu untuk bersama dengan-Nya. Ayah sedih yang teramat sehingga menyalahkannya kerana membuatkan ibu mati semasa melahirkannya.Namun kini ayah sudah menyesal. Dia harap agar segalanya makin baik dan membaik. Amin..

-------------------------------------------
Vote and comment😊

MR.CLOWN?! (LATE UPDATE)Where stories live. Discover now