8

485 24 0
                                    

Baju hitam bercorak flora itu dipandang sekali lagi di hadapan cermin.Seluar jeansnya dibetulkan sedikit sebelum mengambil beg tangannya dan keluar dari biliknya.
"Nah.makan.Jangan lupa belikan aku rantai yang aku nak tu."Damia diam.Pagi-pagi lagi dah cakap pasal rantai emas Rm2000 ringgit tu.
"Ibu..kalau Damia berhenti kerja macam mana?"Puan Ramlah terdiam.Suapan nasi goreng ke mulutnya tidak menjadi.Perlahan dia memandang Damia.
"Kau..jangan nak buat pasal eh.Kalau kau tak nak kena sesah dengan abah kau,kau jangan buat benda bodoh.Ingat..kau berhenti je kerja..kau dah tak ada guna untuk aku.Samada kau merempat dekat tepi jalan atau kau duduk bawah jambatan sana!"Sudu yang dipegangnya dihentak kuat.Damia kaku .Hilang seleranya untuk menjamah makanan yang terhidang.Wajah ibunya dipandang.
"Orang gurau je kot.Dah lah.Damia pergi dulu."pantas dia berlalu dari situ.Hari ni hari dimana dia harus memberi keputusannya.Dia keliru samada dia harus berputus asa atau dia harus berjuang dalam hidupnya.Kata-kata ibunya sebentar tadi benar-benar menakutkannya.Entah apa yang akan terjadi hari ini.Damia cuba bertenang dan menarik nafas sedalam boleh.Sungguh gementar dengan nasib hidupnya sendiri.

-------------------------------------------

"Apa betul luka ini memang luka ditusuk oleh seseorang?"polis yang berjanggut itu bertanya kepada Doktor Aidan yang tenang di kerusi wad pesakit.
"Ya.Saya pasti.Disebabkan saya yang memedahnya,jadi saya pasti apa yang saya lihat berdasarkan pengalaman yang saya perolehi."Dua orang polis itu mengangguk faham.
"Ada sesiapa yang..kamu rasa boleh jadi suspek?Walaupun kamu doktor tapi kami harus tanya kemungkinan ini juga "Aidan tersenyum.
"Sebenarnya..saya rasa saya ada suspeknya."Polis itu memandang sesama sendiri.
"Siapa..?"Keduanya tertanya-tanya.
"Isteri dia.Liza Mohamad."Polis itu mengerutkan dahinya.Pastinya ini akan menjadi perbincangan yang sangat panjang.

-------------------------------------------

Aidan dan kedua orang polis itu berjabat tangan.Selesai juga urusannya ditemu bual.Tidak sangka pantas masa berlalu.
"Kenapa saya tak boleh jumpa suami saya!Saya isteri dia!"Aidan melihat isteri Ismail iaitu pesakitnya itu terjerit-jerit memarahi dua orang nurse yang bertugas.Pantas dia menghampiri Liza.
"Puan Liza."Aidan mengambil bahasa menegur Puan Liza.Namun kejadian yang tidak disangka-sangka berlaku.Sebuah tamparan hinggap di pipi kanan Aidan.Semua tergamam.Staf-Staf di hospital juga terdiam.
" Doktor tak guna!Aku nak jumpa lelaki aku!Hospital jenis apa ni!Biar aku report dekat atasan kau!"Aidan tersenyum manis .Wajah Liza dipandang.
"Untuk pengetahuan Puan Liza,suami puan bukan kemalangan tapi hampir dibunuh.Ni adalah kes cubaan membunuh.Ya.Kes polis puan Liza.Suspek utama adalah orang yang paling rapat sekali dengan suami puan iaitu puan sendiri.Tapi kalau perangai puan yang baran macam ni,rasanya betullah kan?"Aidan cuba memprovoke Liza.Wajah wanita itu yang ketakutan menyebabkan Aidan yakin dengan tekaannya.
"Ap..apa awak merepek ni doktor .Kes polis?Jangan nak memandailah.Ni kemalangan je."Liza cuba bertenang sebaik boleh.
"Kalau puan rasa puan nak bersuara,ni hospital bukan balai polis.Puan boleh pergi balai polis sekarang."Aidan tersenyum lagi.Liza mengenggam tangannya erat.Dia menyumpah seranah lelaki ini dalam hatinya.Dia harus pergi ke balai polis segera.

-------------------------------------------

Damia duduk diam di kerusi hospital.Sesekali tangannya bermain-main dengan pas doktornya.Dia melihat dua orang doktor yang sedang menulis laporan di kaunter berbual sesama sendiri.
"Comelnyeee Doktor Aidan tu kan.Haih.Dia tu betul2 hero aku.Walaupun ditampar,tapi tetap senyum layan keluarga pesakit tu."Damia terkejut mendengar Aidan ditampar.Sibuk sangatkah dia hari ini?Mampu ke dia datang ke tempat yang dijanjikan tu?
"Comel?Dia tu gentle..macho..hensem..semua adalah.Tenang je layan perempuan ahli sihir tadi tu.Menyampah aku.Yela kan.Mesti Doktor Aidan sibuk sangat hari ini.Kesiannya dia ..."Damia mengeluh setelah dua orang itu hilang dari situ.Patut atau tidak dia pergi ke sana?Dia mengerling jam ditangannya.3 petang.Dia mengeluh perlahan.Good luck Damia.

-------------------------------------------

"Kamu rasa sihat hari ini Roslan?"Doktor Chong memeriksa nadi dan mata pesakit sementara Aidan masih lagi menunggu jawapan dari pertanyaanya.
Namun,dia hampa.Pesakitnya itu langsung tidak menunjukkan sebarang reaksi.
"Roslan,kalau boleh saya nak kamu ingat satu persatu apa yang terjadi pada kamu 2 hari yang lepas.Kami tahu kecederaan kamu bukan disebabkan kemalangan.Kamu layak untuk menuntut keadilan kamu sendiri."Aidan dan Doktor Chong memandang diantara satu sama lain.Roslan masih lagi diam.Sesekali anak matanya bergerak-gerak.
"Isteri kamu telah disoal siasat dan dia tidak mengaku yang dia adalah orang yang menyebabkan kamu tercedera.Roslan..give me some response.Kalau tak,isteri awak akan terus terlepas dan tak mustahil akan buat macam ni lagi pada awak."Pesakit itu memandang Aidan apabila dia berkata tentang isteri kepada pesakit itu.
"Is..isteri saya.."lelaki itu terdiam seketika.Dia memejamkan mata seketika sebelum menyatakan ayat seterusnya.
"Saya akan ceraikan dia secepat mungkin.Saya tak nak hal saya ni dipanjangkan.Saya juga tak nak jumpa sesiapa"Doktor Chong mengeluh.Aidan mengangguk faham dan memberi isyarat agar Doktor Chong keluar dari bilik itu bersamanya.
"Doc,how can you be so sure that the culprit is his wife?I mean,his wife is a women..I mean.."Aidan memberhentikan langkahnya dan memandang Doktor Chong.
"Chong,actually penderaan suami ni pun ada tau.Bukan isteri saja.Tak semua lelaki sanggup pukul dan tegas pada isteri mereka.Tak semua isteri tu lemah dan lembut juga.Just search the google Chong.You will find it."Aidan tersenyum dan menepuk lembut bahu Doktor Chong.
"Okey doc but should we call psychiatrist  doc?"Aidan mengeleng tanda tidak pada soalannya.Dia melihat pada jam di tangan.4.30.Patutkah dia berada di situ sekarang?Tidak..terlampau cepat.Akhirnya dia mengambil keputusan untuk ke cafe terlebih dahulu.

MR.CLOWN?! (LATE UPDATE)Where stories live. Discover now