38

374 20 2
                                    

Kereta di luar menyedarkan Aidan dari terus mengelamun. Dia terus keluar dari rumah banglo itu dan menghentak kuat hadapan kereta Qayyum.
"Kau keluar sekarang!"Qayyum yang baru sahaja pulang mengerutkan dahinya.Perlahan dia membuka pintu kereta namun Aidan pantas mencengkam kolar lelaki itu. "Damia mana hah!Mana kau letak dia!Kau cakap dengan aku sekaranglah!!"Penumbuk yang hampir hinggap ke wajah lelaki itu ditahan Fitri. "Bang kita tak tahu lagi dia yang buat semua ni. Tanya baik-baiklah bang. "Aidan melepaskan kolar Qayyum secara paksa.
"Apa jadi dekat Damia!?"Qayyum bertanya pada Aidan.Dia tidak tahu apa-apa sehingga sekarang.
"Jangan buat-buat tak tahula. Aku tahu mesti kau yang culik dia kan. Kau kan tepuk sebelah tangan dengan dia!Kau tak puas hati,kau culik dia kan!?"Aidan mengepal-ngepal penumbuknya yang bila-bila sahaja boleh jatuh ke muka Qayyum.
"Ya. Aku memang suka dia. Tapi tak adalah sampai nak menculik!Kau kalau risau pun jangan main tuduh-tuduh macam ni lah!"Qayyum membetulkan kolarnya.Dia memandang Aidan tajam.
"Kau dah report ke?"Aidan menggeleng perlahan.
"Kejap lagi aku pergilah. Kalau betul kau tak culik,kau tolong aku cari dia sekali. Tapi kalau ayat kau semua nak kencing aku je.. Pecah muka kau aku kerjakan!"Aidan melangkah laju keluar dari perkarangan rumah itu. Qayyum menoleh dan melihatnya tajam.Dia memegang kepalanya. Memikirkan sesuatu.

-------------------------------------------

Tangannya yang mengeletar cuba ditenangkan. Perlahan telefonnya diangkat.
"Bagi aku pil tu. Aku nak bagi dekat dia. "Suara di talian membuatkan Rania makin tidak menentu.
"A.. Aku dah tak pergi hospital lah."Rania cuba memberi alasan.Beg-beg bajunya yang telah tersusun dipandang sekilas.
"Jangan cakap... Kau nak lari?Sekarang ni.. Aidan dah tahu Damia kena culik. Aku kena bawa dia kahwin dengan aku secepat mungkin kau faham!?"Aaron jalan ulang alik di dalam rumahnya.Wajahnya yang sedikit cengkung dan pucat dipandang di cermin.
"Aku dah cakap aku tak pergi hospital lagi kau faham tak!Jangan kacau akulah!"Talian dimatikan. Aaron tersenyum sinis. Serentak telefonnya dibaling kuat ke sofa.
"Bodohhh!!!"Rambutnya ditarik-tarik kasar.Dia perlu. Dia perlu bawa sayangnya ke siam secepat mungkin.Kalau tak ada ubat pengsan tu,dalam keadaan gadis itu sedar pun dia boleh bawalah. Dia menoleh ke arah bilik apabila mendengar bunyi sesuatu pecah. Pantas dia membuka pintu bilik. Sudah dijangka. Pinggan kaca yang dibawanya sudah pecah dan Damia cuba untuk mengambil kaca tersebut. Baru sahaja tadi dia mengikat kembali tangan gadis ini kerana tidak tahu duduk diam.
"Sayang buat apa ni sayang..? "Damia yang tersedar pantas mengesot ke belakang. Air matanya kembali menitis. Hanya allah sahaja tahu bagaimana takutnya dia saat ini.
"Oh.. Nak ni ke?Sayang nak kaca ni?Hum.Nak ni?"Kaca yang bertaburan diangkat. Dipegangnya kuat sehingga tangannya berdarah-darah. Damia terperanjat. Kepalanya menggeleng-geleng tanda takut.
"Apa awak buat ni Qayyum!"Aaron memandangnya tajam.
"Kau panggil lagi sekali. Panggil!"Kaca itu sudah terletak di leher putihnya.Damia ketakutan. Dia lupa lelaki ini tidak suka dipanggil Qayyum.
"Saya minta maaf Aaron. Saya minta maaf. "Lelaki itu tersenyum.Leher gadis itu dibelai perlahan.
"Ok.. Aaron maafkan. Tapi... Sebab sayang dah langgar arahan dan cuba lepaskan diri,ada denda... "Damia tidak tahu lagi harus berbuat apa. Menggeletar tangannya menunggu perbuatan gila lelaki ini terhadap dirinya. Sekejap sahaja kaca yang tajam itu telah membentuk satu garisan di lehernya.
"Awwwww!!!!!"Damia menjerit kesakitan. Darah yang mengalir dicalit sedikit oleh lelaki itu dan dijilat.
"Erm.. Darah manis. Sebab kita nak kahwin kan?"Sakitnya tidak terkata. Darahnya mengalir sehingga ke bajunya yang berwarna pink belacan. Coat doktornya sudah lama ditanggalkan. Damia lemah. Tidak tahan dengan semua penderaan ini.
"Aaron sayang sangat dengan Damia tau. Aaron sanggup buat apa je untuk Damia. Apa sahaja. Lepas kita kahwin,Sayang akan duduk je dekat rumah. 24 jam.Jaga anak.. Jaga rumah tangga kita.. "Pipi yang masih merah akibat ditampar itu dibelai halus. Tepi bibirnya yang kebiruan dipegang perlahan.
"Tapi...kalau isteri Aaron ni tak nak dengar kata.. Aaron tak boleh buat apa.. Jadilah macam ni. "Damia melentokkan kepalanya. Terasa pusing dan tidak sedap badan.
"Aaron keluar dulu tau. Ada orang Aaron nak bunuh. Hihihihi.. Bye sayang. "Damia hanya memandang tidak berdaya. Mengharap polis akan segera dapat mencari dirinya.

-------------------------------------------

Rania merenung nombor telefon Aidan lama. Bermacam-macam yang bermain di fikirannya sekarang. Pada mulanya dia membantu lelaki itu hanya kerana sakit hatinya sahaja. Tidak tahu pula lelaki itu sepsiko begini!Dia melirik ke arah jam di lapangan terbang itu. Lagi 30 minit sebelum pelepasannya ke Melbourne.Akhirnya dia mengambil keputusan untuk mesej sahaja. Jika Damia tidak dapat diselamatkan juga,sekurangnya dia sudah ada di luar negara. Dia takkan berjumpa dengan sesiapa lagi di sini.

Aidan Rafiqi
Aidan.. Rania minta maaf. I know Damia kena culik..I cuma tak tahu dekat mana dia sekarang. It's Qayyum Aidan. It's Qayyum.

Rania menekan sent.Gadis itu menggenggam telefonnya erat. Sekali lagi dia melirik jamnya. 25 minit. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk pergi ke tandas dahulu.Rania melihat dirinya di pantulan cermin. Entah kenapa dia berasa lucu walaupun badannya cantik begini pun,Aidan masih lagi tidak mahu menjadi kekasihnya.
"Senyum kenapa tu..? "Rania terperanjat. Dia menoleh ke belakang. Qayyum atau.. nama jahatnya Aaron?
"Apa kau buat dekat sini!Ke..keluar.Kalau tak aku jerit!"Rania cemas. Pisau di tangan lelaki itu seolah-olah memberi amaran kepadanya.
"Hahhaha.. Jeritlah. Cakap ada perogoll... Ada perogol.. Tapi.. Yang diaorang tak tahu,aku nak membunuh.. "Aaron tersengih gila.Wajah panik Rania seolah-olah memberi keseronokan untuk dirinya. Dia mendekat.
"Aaron please.. Please.. Give me just one chance. Please.. "Rania sudah mengalirkan air matanya.
"Huh?Aku bukan tuhan nak bagi kau banyak peluang. Dulu.. Waktu kau tidur dengan ramai lelaki tak ada pula kau nak minta peluang?"Rania menggelengkan kepalanya. Mulutnya terkumat kamit meminta tolong.
"Sekarang... Nak mengucap pun tak boleh sebab dalam tandas!!!!Hahhahahaha!!!!!"Aaron ketawa terbahak-bahak. Tiba-tiba..
"Aaron.. A.. Aaron.. "Lelaki itu tersenyum. Darah yang menyembur-nyembur dari mulut dan perut perempuan itu dilihat suka. Dia kemudian menepuk tangan. Sempat Aaron melihat cermin dan membasuh tangannya. Rambutnya dibetul-betulkan sedikit.Kemudian dia melihat Rania yang sudah kaku. Mata gadia itu terbuka. Aaron memegang kaki Damia dan menyeretnya ke salah sebuah tandas kecil di situ kemudian menutup pintunya.Sarung tangannya dibuka dan disimpan ke dalam beg. Hoodie dan masknya dipasang.
"Byee Raniaa!!!Raya nanti aku datang!"Aaron tertawa dan keluar dari situ bersahaja.

-------------------------------------------
😏😏😏😏😏😏😏😏😏😏😏
Vote and comment😏hehehei

MR.CLOWN?! (LATE UPDATE)Where stories live. Discover now