25

431 25 3
                                    

Sudah 2 minggu berlalu. Damia dah pun sihat sepenuhnya.Latihan bersama Aidan juga masih dijalankan. Kira-kira,masih ada lagi sebulan sebelum pengerusi turun untuk menilai kebolehannya.Alhamdulillah,Damia semakin bagus sekarang. Sekurang-kurangnya,lebih bagus dari sebelumnya. Namun,Rania juga makin berkepit dengan Aidan sekarang. Ada saja alasan untuk perempuan itu bersama dengan Aidan.Makin kuat pula tu membulinya!
"Yes!Esok cuti.Boleh pergi jalan-jalan.. "Damia tersenyum riang.6 hari yang memenatkan. Apabila mendapat cuti,memang sangat terasa indahnya.Dia berlari-lari anak ke arah kaunter.Mendapatkan rekod pesakit dan menulisnya satu persatu.
"Wah.. Happy nampak Damia. "Puan Fadilah,ketua jururawat yang sedang duduk di kaunter menegurnya.
"Hah. Memanglah puan.. Esok saya cuti.. Yeah!"Puan Fadilah tersenyum melihat gadis itu.
"Untunglah orang tu cuti. Saya tak cuti esok.. "Damia tersengih. Laporan itu ditulis lagi.
"Alah.. Puan ni. Tak apalah. At least puan cuti 2 hari tau!Saya ni... Sehari je. Tulah time saya nak bermanja-manja dengan dunia luar. "Damia memandang orang yang baru sampai di sebelahnya. Ish.. Kalau dia sedang berbual dengan Puan Fadilah,ada je lelaki ini mengacaunya.
"Kau nak pergi mana esok?"Aidan bertanya serius. "Ahh.. Jalan-jalan?"Lelaki itu melihatnya.Dah kenapa pula Aidan ni.
"Keluar dengan aku esok. "Puan Fadilah tersenyum. Damia pula sudah mengelip-ngelipkan matanya. Tidak percaya mereka akan... Dating?
"Hahhaha. Apa?Kau ingat kita nak dating ke..? Aku cuma bosan dekat rumah. Faham?Aku angkat kau esok. Sms alamat rumah. "Aidan pergi dari situ. Damia menyentuh pipinya.
"Merahnya pipi.. "Puan Fadilah menyakat.Damia hanya tersenyum malu.Keluar dengan Aidan.. Berdua?

-------------------------------------------

Penat gadis itu menyelongkar almarinya. Tiada satu pun baju yang dirasakan cantik untuk esok. Katilnya sudah berselerak dengan baju yang pelbagai. Lantai pun dah macam bukan lantai. Damia bungkam.Hari pun dah malam. Nak beli baju apa.Dia terpandang dress birunya.Dia ingat lagi dia beli ini 3 tahun lalu. Tapi tidak pula dia selalu memakainya.Damia turut mengutip seluar jeans hitam bersama dengan hoodie berwarna biru gelap. "Sesuai ke ni..hum.Lantaklah!Lagipun..dia yang cakap ni bukan date. Bukan!"Damia laju merebahkan badannya ke katil empuknya.Malas mahu berfikir lagi. Apa nak jadi esok.. Lantaklah.

-------------------------------------------

Ponn!!!Aidan menekan hon kereta untuk kali kedua.Lambat betul perempuan ni keluar.Akhirnya dia melihat juga Damia keluar dari rumah berlari ke keretanya.
"Maaf.. Saya lambat. Sorry.. "Damia membuat suara bersalahnya. Dia memandang Aidan. Alamak..baju.. Warna baju sama!
"Takpelah. "singkat ayat Aidan. Damia memandang wajah lelaki itu.Pakai apa pun.. Macam perfect je. Tengoklah dia,dah macam budak sekolah aja pakai macam ni. Damia mengeluh.
"Hoi. Kau tak suka ke keluar dengan aku ducky?"Damia menggeleng.
"Taklah.. Ada benda yang saya fikir tadi. "Dia kemudian tersenyum. Tidak mahu Aidan berfikir macam-macam. Tak pasal-pasal lelaki ini suruh dia keluar dari kereta pula nanti.
"Kita nak pergi mana ni doktor?"Aidan memandang Damia sekilas.
"Kau boleh tak dekat luar jangan panggil aku doktor. Panggil aku Aidan. "Damia hanya mengangguk.
"Kita pergi hutan rekreasi. "Kereta Aidan meluncur laju ke Taman Rekreasi.

-------------------------------------------

Damia tertawa riang. Pertama kali dia pergi ke taman rekreasi ini. Bersama Aidan pula tu.Dia menoleh belakang,melihat Aidan yang berjalan santai.
"Aidan!!Cepatlahh!!"Damia kembali berlari anak ke arah Aidan.
"Ducky,sekali lagi kau lari-lari macam budak-budak ribena.. Aku tinggalkan kau dekat sini. Tidurlah kau. "Damia mencebik.Baru nak happy sikit. Dia mengikut Aidan menaiki bukit ke hutan yang lebih dalam.
"Awak.. Penatlah.. Tak boleh ke kita rehat-rehat dekat bawah je!"Satu jentikan kena tepat pada dahinya.
"Awww"Damia memandang Aidan yang sudah tersenyum.
"Ikut je aku. Aku yang ajak kau kan. "Dia memeluk tubuh. Huh.Bosannya keluar dengan lelaki bernama Aidan ni!20 minit berjalan,dia ternampak pak cik menjual ais krim di tempat rehat bahagian atas.
"Aidan!Aidan!Nak beli tu!"Jarinya ditunjukkan ke arah ais krim.Lelaki itu menggeleng.
"Kau ni banyak songeh lah. Habis kalau makan tu kau jangan penat pulak naik bukit ni. "Damia menggeleng laju.Mukanya dimaniskan.
"Dahla pergi beli. Aku tunggu. "Pantas gadis itu berlari ke tempat ais krim.
"Ish dia ni.. Aku dah cakap jangan lari. "Aidan menggumam sendiri.
"Hey.. Aidan!"dia memandang ke arah suara yang memanggil namanya.
"Hey. Akmal.Vijay!Buat apa dekat sini"Dia menyalam mereka berdua.Kawan lamanya di universiti dulu.
"Tengok flora la wea. Sesekali dapat cuti.. Tenangkan diri"Aidan mengangguk faham. Damia datang membawa ais krim kon perisa strawberrynya.
"Wah..adik saudara kau ke ni. Comel siot"Aidan tertawa perlahan. Dia mengerling Damia di sebelah. Terkebil-kebil tidak tahu apa-apa.
"Aah. Comelkan.Tu sebab aku tak bagi sesiapa kacau dia. "Aidan meletakkan tangannya di bahu Damia.Dia merapatkan bahu mereka. Gadis itu kaku. Kaku seperti ais krim di hadapannya.
"Eh dahlah. Aku pergi dulu. "Aidan meminta diri. Mereka kembali berjalan.
"Aidan,siapa tu?"Damia bertanya sambil menjilat ais krimnya yang kian mencair.
"Kawan aku. Kawan waktu universiti dulu. "Damia mengangguk faham.
"Jauh lagi ke.. "Damia mula berasa penat. Ais krimnya sudah habis dimakan.
"Taklah.. Sikit lagi. "Aidan melihat Damia terbatuk-batuk.Dia menggeleng.
"Aku dah cakap jangan makan ais krim waktu naik bukit. Kau degil. Aduhh.. "Dia memberhentikan langkahnya. Melihat Damia yang sudah diam.
"Kau naik sekarang. "Damia terkejut.Aidan nak mendukungnya?Tidakk!!Dia memegang kedua pipinya. Merah ke.. Merah ke.
"Tak.. Tak apa.Sikit je ni. Jom. "Damia terbatuk lagi. Dia mula melangkah namun tangannya ditarik.
"Kau naik atau aku dukung kau cara bridestyle.Kau nak yang mana?Ke...kau consider mana satu lagi romantik?"Aidan menaikkan sebelah keningnya.Ish..lelaki ini.. Damia teragak-agak naik di belakang badan Aidan.
"Dah?"Damia mengangguk.
"Erm. D.. Dah. "Malunya.. Orang awam yang lalu lalang tersenyum-senyum melihat mereka.
"Oii!Duduk diam-diamlah ducky. Kau berat tahu tak"Damia tidak bergerak. Akhirnya mereka sampai ke sebuah tempat.Sangat cantik. Aidan menurunkannya.
"Penatnya.. "Lelaki itu sudah terduduk. Namun dia tersenyum melihat Damia yang terpegun dengan kecantikan tempat itu.Di sebelah kanan mereka ada sebuah pondok yang luas. Di tengah-tengah pula ada telaga yang dirawat dengan baik. Orang-orang di situ akan mengambil air di telaga itu dan meminumnya setelah penat mendaki.Sebelah kirinya pula ada pelbagai bunga-bunga yang sangat cantik. Bunga-bunga itu akan jatuh apabila angin bertiup. Macam pokok sakura pula.
"Cantik?"Damia mengangguk laju.Dia menarik Aidan duduk di pondok itu.
"Selesanya.. "Aidan tersenyum. Lega hatinya melihat Damia menyukai tempat ini.
"Awak tahu tak.. Kawan saya Raf pun pernah bawa saya ke tempat yang macam ni tau. "Damia memulakan cerita.
"Oh ye..?Tempat tu dengan ni.. Mana lagi cantik?"Aidan memandang wajah Damia yang bersih tanpa makeup.
"Erm.. Dua-dua cantik!Terima kasih tau awak.. Saya suka sangat-sangat tempat macam ni. "Aidan hanya mengangguk. Damia mengeluarkan telefonnya. Menekan camera.
"Aidan!Pandang sini!"Damia membuat peace di jarinya.Lelaki itu memandang Damia. Dia tersengih.Aidan turut membuat peace di jarinya.
"Wah.. Cantiknya!"Damia memandang gambar itu lama.Sukanya dia hari ini!!Dapat jalan.. Amik gambar.. Aidan.. Dah mula menyukainya ke??

-------------------------------------------
Wuhooo...this chap will be fun. Next chap.. Don't think so...hahha.. Vote and comment guys. Thanks😘😘💤

MR.CLOWN?! (LATE UPDATE)Where stories live. Discover now