Lindsay
Aku kelu. Kaku.
Wajah Jaden aku pandang dalam-dalam. Airmataku masih berlinangan namun cepat-cepat ku kesat dengan tapak tangan.
"Babe, please, say something...?"
Aku ternganga hendak mengatakan sesuatu namun tersekat di kerongkongan.
"You hilang berapa banyak?"
Aku bersuara. Jaden tidak menjawab. Dia berpaling kemudian menggaru kepalanya.
"Jaden, answer me!"
"Everything. I lost everything. I am sorry. But I promise I will fix this."
"What?! You lost everything? How dare you! How dare you do this to me?"
"I minta maaf sayang. Pasaran tidak memihak dan aliran jatuh mendadak. I tak boleh buat apa-apa. Tapi I janji, semuanya akan kembali seperti sediakala."
Aku menggeleng. Tidak mungkin keadaan akan pulih seperti sediakala. Meskipun ini bukanlah kali pertama keadaan ini berlaku, tapi aku tidak boleh bertahan lagi.
Aku perlukan sistem kewangan yang stabil untuk menampung hidup. Aku tidak mahu dikejutkan dengan berita jatuh miskin terus-menerus seumur hidup.
Jaden perlu memilih. Dia perlu meninggalkan kerjanya yang gila ini atau aku.
"You jangan risau, okay. I ada simpanan atas nama orang kepercayaan I. Duit tu kita boleh guna sementara menunggu pasaran kembali pulih. Tapi, jangan tinggalkan I. Please. I takkan mampu menghadapi semua ini seorang diri."
"How much?"
Aku bertanya lagi.
"What how much?"
"Your saving."
"About a million maybe more. I tak pasti. I jarang update akaun tu, yang I tahu kalau ada bonus lebih I simpan dalam tu, tapi you jangan risau. I akan uruskan semuanya esok. Lepas tu kita akan pindah ke Bali."
"What? Perlu ke kita pindah sampai ke Bali?"
"Ya. I tak nak you bersedih macam ni. I love you. I tak nak jadi apa-apa kat you. Itu janji I pada mak bapa you dan juga ikrar I masa kita kahwin dulu."
Aku diam.
"Tolong sayang. Jangan tinggalkan I. I cintakan you, I tak tahu apa akan jadi pada I kalau you tak ada di sisi I."
"You uruskan semuanya, esok. Dan pastikan bila kita dah pindah ke Bali nanti, I takkan mati kebuluran atau terpaksa berlakon semula."
"No. No. I janji you akan gembira di sana nanti. You tak perlu kembali berlakon. I janji I akan sara you sedaya-upaya I."
"You better do that. Itupun salah satu ikrar you masa kahwin dulu."
Aku bingkas meninggalkan dia di situ.
Hatiku sudah cukup sakit. Sudah cukup tertipu.
Walaupun begitu aku tidak boleh berbuat apa-apa sekarang ini. Aku perlu bersedia sekiranya aku hendak meninggalkan Jaden.
YOU ARE READING
Mine, Rule.
General FictionSikap tamak haloba dan rasa tidak selamat sering menjadi penyebab utama mengapa manusia itu berubah walaupun kehidupan sudah di ambang kesempurnaan. Lindsay Giovani dan Tamara Sebastian, adik-beradik tiri yang dilahirkan cantik sempurna menjadi tra...