part 1 - chapter 4

23 4 0
                                    

Lindsay

Aku memerhatikan gelagat Jaden. Walaupun dia cuba berlagak tenang, aku tahu dia bersusah hati. Raut wajahnya yang muram sudah cukup untuk mengatakan semuanya.

Aku bukan hendak menyeksanya dengan silent treatment tapi aku mahu dia berfikir tentang kesilapannya.

Aku cintakan dia, dia adalah lelaki idaman setiap wanita untuk dijadikan suami tapi sampai bila dia mahu merisikokan hubungan kami?

Dia perlukan pekerjaan yang stabil. Hanya itu yang aku mahukan. Tapi aku juga tidak mahu dia memilih kerja yang tidak mampu menyara kehidupan kami. Aku takut hidup serba kekurangan.

Atau perlukah aku nasihatkan dia agar berbaik semula dengan keluarganya?

Jacob Vega. Antara lelaki yang terkaya di Manila, memiliki aset berjuta-juta dan hanya memiliki Jaden dan Jenifer sebagai pewaris kekayaannya, tapi disebabkan hanya satu kesilapan kecil, Jacob menyingkirkan Jaden dari keluarganya.

Aku bernasib baik kerana keluargaku tidaklah miskin namun bukan juga jutawan.

Raul Sebastian adalah salah seorang pemegang aset hartanah dan kontraktor di Malaysia, pun begitu aku tidak begitu bertuah jika dibandingkan dengan Tamara Sebastian. Kakak tiriku yang bakal mewarisi segala-galanya dari Raul.

Raul tidak memiliki anak selain Tamara dan aku sebagai anak tirinya. Aku tahu, Raul menyayangi kami sama rata tapi aku tidak mahu sama rata. Bagiku, Tamara tetap pesaing ku, atau lebih tepat lagi, dia adalah musuh ku yang utama.

Dia cantik. Sangat cantik. Tubuhnya tinggi lampai, dia, serba serbi sempurna. Satu benda yang unik ada padanya ialah rambutnya yang merah perang asli. Dia pernah ditemuramah oleh wartawan pasal rambutnya itu.

Kelakar.

Apabila dia mendirikan rumahtangga dengan Brandon Louis, anak seorang jutawan dari Indonesia, dia mendapat gelaran Fairytale Princess become Real.

Perkahwinan mereka dinobatkan sebagai Wedding of the year.

Walaupun aku memusuhi Tamara, hubungan kami agak baik. Mungkin disebabkan dia jenis old fashoined. Tidak bersosial. Tidak punya ramai kawan. Dia lebih suka menghabiskan masa seharian di banglo mewahnya. Dia hanya akan kelihatan di majlis-majlis rasmi yang turut dihadiri oleh ibu dan ayah mentuanya.

Tamara tidak pernah hadir berdua di majlis keraian dengan Andy. Pelik, tapi benar. Alasannya, dia tidak sesuai dengan majlis keraian yang dihadiri oleh rakan-rakan Andy.

Aku mengeluh lagi.

Mana mungkin aku rela hidup miskin sementara Tamara hidup dilimpahi wang ringgit serta punya suami yang mencintainya sepenuh hati.

Aku tidak akan biarkan terdapat jurang perbezaan di antara aku dan Tamara.

Mine, Rule.Where stories live. Discover now