Berduaan dengan Tamara membuatkan Jaden berbelah perasaan. Kakak tiri isterinya itu punya sesuatu yang membuatkan orang segan padanya.
"Jaden, saya ada perkara yang mahu dibincangkan dengan awak."
Jaden menghela nafas.
"Apa dia?"
Tamara merenungnya dalam-dalam. Dia kemudian menggeleng kecil.
"Jaden, saya mahu berbincang soal Lindsay. Dia telah menceritakan semua masalahnya kepada saya."
"Okay. Jadi awak menyalahkan saya atas apa yang terjadi kepada kami?"
Tamara tertawa mengejek
"Ianya jelas Jaden. Bukan Lindsay yang bertaruhkan harta benda kamu ke pasaran saham. Sudah tentulah itu salah awak."
"Saya mengaku, Tamara. Saya yang salah. Tapi saya dah berjanji saya akan membetulkan keadaan."
"Awak ingat senang ke nak betulkan pasaran saham? Apa kata awak terima saja tawaran ayah awak untuk bekerja di syarikat dia tu?"
"Awak tak tahu apa yang awak katakan, Tamara. Awak tak berhak masuk campur dalam urusan rumah tangga kami."
"Oh ya? Maafkan saya Jaden. Tapi saya berhak melihat adik saya hidup bahagia. Lindsay akan menderita sekiranya awak terus bertahan dengan ego awak tu."
Jaden mengeluh berat.
"Berilah saya peluang, Tamara. Saya berjanji saya akan membahagiakan Lindsay dengan apa cara sekalipun."
"Awak bercakap seolah-olah awak sudah tidak punya pilihan lain dan bersedia melakukan jenayah. Ingat Jaden, saya tidak mahu adik saya hidup menderita lebih-lebih lagi hidup dengan penjenayah."
"Saya tidak menyebut pun tentang jenayah. Tolonglah Tamara. Serahkan perkara ini kepada kami untuk selesaikannya."
Tamara menggeleng kecil.
"Awak tahu perkara yang paling buruk akan berlaku pada awak kelak sekiranya awak tetep enggan mengalah? Lindsay akan tinggalkan awak."
Giliran Jaden menggeleng laju.
"Itu tidak akan berlaku. Awak tidak boleh menghasut Lindsay untuk meninggalkan saya."
"Jaden, awak sudah dewasa. Awak patut lebih kenal Lindsay bagaimana orangnya. Lindsay bukanlah orang yang penyabar. Awak tahu maksud saya apa."
"Itu tidak akan berlaku, Tamara. Saya tidak akan benarkan."
"Saya tahu. Tapi bagaimana awak mahu menyara keluarga kamu, Jaden?"
"Saya akan cari cara."
Sepi seketika.
"Biarkan Lindsay bekerja semula. Saya rasa dengan itu, dia akan bertolak ansur dengan keegoan awak.'
Jaden terdiam.
"Lindsay boleh bekerja di bawah naungan Harris Louis. Saya rasa tiada masalah kerana sebelum ini pun Lindsay pernah bekerjasama dengan syarikat ayah mentua saya."
"Tapi.."
"Saya adalah salah seorang pengarah bersama syarikat itu. Saya akan jaga Lindsay, sementara itu awak fikirlah keputusan yang paling tepat untuk masa depan kamu."
Jaden tidak menjawab.
Membiarkan Lindsay bekerja semula seolah-olah memberikan langkah mula kepada Lindsay untuk meninggalkannya.
Tapi, mungkin, kata-kata Tamara ada betulnya.
Siapa tahu mungkin Lindsay akan lebih bertolak ansur dengannya sekiranya dia mengizinkan Lindsay bekerja semula.
Lagipun Tamara juga bekerja di Harris Corp.
Rasanya tiada masalah.
Dan dia akan berusaha mencari jalan penyelesaian kepada masalah rumahtangganya.
YOU ARE READING
Mine, Rule.
General FictionSikap tamak haloba dan rasa tidak selamat sering menjadi penyebab utama mengapa manusia itu berubah walaupun kehidupan sudah di ambang kesempurnaan. Lindsay Giovani dan Tamara Sebastian, adik-beradik tiri yang dilahirkan cantik sempurna menjadi tra...