part 1 - chapter 28

16 4 0
                                    

Lindsay

Semuanya berubah dengan sekelip mata.

Jaden kini telah mula bekerja dengan Shah Paradise dan hampir tidak punya waktu untuk bersama denganku.

Tamara pula asyik menghubungi ku bertanyakan bila kami akan keluar bersama.

Dan perkara yang paling menyebalkan ialah Andy tidak lagi menghubungiku sekerap seperti sebelum ini.

Aku perlu melakukan sesuatu. Andy perlu diingatkan tentang siapa aku dan apa akibatnya jika berani mempermainkan aku seperti ini.

Ketukan pada pintu utama membuatkan aku merengus kencang. Jaden tercegat di muka pintu dengan air muka yang manis.

"You tak ada bawa kunci rumah ke? Asal balik nak I bukakan. I nak buat kerja pun tertangguh-tangguh."

Aku melepaskan kemarahanku padanya seperti selalu. Wajahnya lantas berubah riak.

"Lindsay, I bukan tak ada bawa kunci tapi I tahu you ada kat rumah sebab tu I ketuk. Salah ke I nak tengok wajah you menyambut kepulangan I?"

"You tahu tak, manusia kalau hanya tahu menyusahkan orang macam gaya you nilah. I tengah masak you pula sibuk nak minta dibukakan pintu."

"Lindsay.."

"Sudah. I tak nak bercakap dengan you lagi. I pun dari pejabat juga. Tapi I buka pintu tu dengan kunci I sendiri. I pun penat juga tapi I tidaklah sampai nak menyusahkan orang lain."

Aku berlalu dari hadapannya. Jaden memanggilku berkali-kali tapi aku enggan peduli lagi.

Pembawa masalah. Andy lagi satu hal. Susah sangat ke nak angkat panggilan? Ini tidak. Voicemail memanjang.

Kalau kau tidak mahu berjumpa dengan aku malam ni, aku sendiri akan datang ke rumah kau. Aku akan beritahu segala-galanya dengan Tamara. Atau dengan ibu bapa kau, mungkin.

Send.

Pedulilah. Kan senang kalau kau angkat panggilan aku.

Tidak perlulah aku pakai ugutan bagai.

Lelaki kalau dah jahanam tu jahanamlah juga.

……………………………………………………

"Lindsay, I minta maaf okay. You nak apa, nanti I belikan untuk you."

"What? Jaden, kita bukan lagi remaja yang sedang hangat bercinta tau. Kita ni dah kahwin. Musim untuk you pujuk I dengan hadiah dah lama berlalu. Daripada you membazirkan duit nak belikan barang untuk I, lebih baik you dapatkan balik harta benda you yang you dah gadaikan tu. Jangan nak berlagak macam tidak bersalah pula."

Dia terdiam. Aku mencapai beg tanganku kemudian berlalu dari hadapannya.

"You nak ke mana?"

"You tak nampak ke I nak keluar ni? I nak pergi makan. Kalau you tak sibuk minta dibukakan pintu makanan yang I masak tu taklah hangus. You pandai-pandailah cari makanan."

Aku menghempaskan daun pintu sekuat hatiku. Bising ke rosak ke aku peduli apa.

Masalah betul.

Mine, Rule.Where stories live. Discover now