part 1 - chapter 29

16 3 0
                                    

Lindsay

Setelah menunggu lebih kurang setengah jam, Andy akhirnya tiba ke bilik hotel tempat selalu kami bertemu.

"Kau kelihatan gembira. Macam tiada masalah."

Aku menyindirnya. Andy merengus halus tidak mempedulikan sindiran ku.

"Kau nak apa?"

Aku tertawa.

"Kau tanya aku nak apa? Andy, perlu ke aku ingatkan kau ataupun kau hanya berpura-pura lupa?"

"Lindsay, aku tidak punya banyak masa. Lebih baik kau berterus terang atau aku pergi dari sini."

"Kenapa? Isteri kau yang dah mengandung tu tak boleh nak berpisah lagi ke dengan kau?"

Serta-merta air mukanya berubah.

"Lindsay, aku tidak tahu apa-apa okay. Mungkin ia berlaku secara kebetulan. Kau tahu Tamara mengambil vitamin tambahan untuk menggalakkan kesuburan. Sumpah, aku tidak rancang pun semua tu."

Aku mengangguk.

"Okay. Jadi kenapa kau tidak jawab bila aku call?"

"Aku sentiasa sibuk, Lindsay. Kau sendiri nampak, bila berada di pejabat PA aku yang pegang handfon aku. Lepas waktu kerja, kadang aku lupa hendak memeriksanya pula."

"Kau tidak pandai menipu. Kau tahu kan, aku cukup pantang bila orang buat aku macam barang permainan. Kau dah lupa semua janji kau pada aku, Andy?"

Dia menggeleng.

"Habis tu?"

"Tamara dah mengandung, Lindsay. Ibu bapa aku pula cukup teruja dengan kehamilan Tamara. Aku tidak boleh berbuat apa-apa sekarang ini. Aku boleh menyakiti Tamara tapi tidak ibubapa aku. Kau harus faham."

"Asyik aku yang kena faham dengan keadaan kau. Kau tidak pernah sekalipun ambil peduli pasal aku. Beginilah Andy, aku akan bantu kau dalam hal ini."

"Apa maksud kau?"

"Aku akan berjumpa dengan Tamara. Aku akan beritahu padanya tentang kita, tentang rancangan kita untuk berkahwin."

"Kau dah gila?"

"Bukan aku yang sudah gila, tapi kau. Kau jangan lupa apa yang kau sudah buat pada aku, Andy. Aku tidak kisahkan ibubapa kau apalagi Tamara. Kau harus mengotakan janji kau pada aku."

Pang! Aku jatuh tersungkur ke atas lantai. Tulang pipiku bagaikan sudah patah akibat tamparan Andy.

"Kau jangan libatkan ibubapa aku dalam hal ini, Lindsay. Kalau aku dah cakap serahkan hal ini pada aku, kau hanya perlu tunggu, okay. Lagipun, siapa yang akan percaya pada kau? Kau tidak punya bukti tentang hubungan kita. Ingat. Tiada sms atau rekod panggilan."

Aku tercungap-cungap mencari nafas setelah Andy melepaskan cengkamannya pada batang leherku.

"Kau jangan terlalu mendesak, Lindsay. Aku mungkin akan menarik diri sekiranya kau terus berkelakuan seperti ini."

Aku terpana.

Ini tidak boleh jadi. Andy tidak boleh meninggalkan aku.

"Bila kau nak uruskan Tamara?"

Aku akhirnya bertanya.

"Aku sangka kau hendak bertemu dengannya untuk menonton wayang."

Aku terdiam.

Jadi aku yang perlu menguruskan Tamara?

"Lusa aku akan ke luar daerah atas urusan kerja. Kalau kau tidak keberatan, kau temankanlah dia membeli belah. Dia asyik membebel sebab kau masih enggan bertemu dengannya."

"Okay."

"Tapi ingat satu benda Lindsay, aku tidak mahu pihak polis terlibat dalam hal ini."

Aku tidak menjawab.

"Aku balik dulu."

Aku masih membisu. Bagaimana aku mahu menguruskan Tamara tanpa melibatkan pihak polis?

Mine, Rule.Where stories live. Discover now