part 1 - chapter 14

14 3 0
                                    

Lindsay

Kepalaku terasa berat sekali. Ughhh...
aku berbaring seketika cuba mengingati apa yang telah berlaku semalam.

Oh ya.

Aku bertengkar dengan Jaden.

Aku keluar dari hotel penginapan kami.

Aku menghubungi Andy untuk bertemu.

Kami ke kelab malam bersama-sama.

Okay. Sudah tentulah aku mabuk sebab kepalaku mengatakan semuanya.

Aku memandang badanku yang ditutupi selimut.

Aku tidak berpakaian. Kemudian aku menemukan seseorang lagi di atas katil bersama-sama denganku.

Andy.

Oh God! Not again.

Aku mencapai dress merahku yang terdampar di atas lantai. Mujur Andy tidak merobekkannya seperti selalu.

Aku mencapai telefon bimbitku.

Jam 10 pagi dan terdapat dua panggilan tidak dijawab serta mesej.

Misscall dari Jaden.

Juga mesej dari Jaden.

Sayang, I keluar berjumpa dengan Indra. Jumpa you petang nanti. Love you.

Aku mengeluh panjang. Mujur juga aku tidak memandu kalau tidak, Jaden pasti melihat keretaku di perkarangan hotel ini.

Aku berpakaian, dan meninggalkan Andy tanpa mengejutkannya.

"Teksi!"

Aku meloloskan badanku ke dalam teksi tanpa menoleh ke sana sini.

Gila.

Tiba-tiba telefon bimbitku berdering.

Tamara.

"Hello."

Aku menyapanya dingin.

"Hello Lindsay, boleh kita berjumpa?"

"Untuk apa? Kau nak malukan aku macam semalam tu?"

"Tak. Lindsay, aku minta maaf. Aku tidak bermaksud apa-apa pun. Aku cuma gembira sebab dapat meluangkan banyak masa dengan kau."

Yelah tu.

"Okay. Kau nak kita berjumpa di mana?"

"Aku jemput kau di hotel jam dua petang nanti."

"Yelah."

Aku putuskan talian.

Jangan risau, Tamara. Aku janji kau tidak akan menyesal dengan keputusan kau mahu berbaik dengan aku.

……………………………………………………

Aku meninggalkan pesanan kepada Jaden. Aku menyatakan pertemuan ku dengan Tamara. Biarlah aku tidak bertemu dengannya petang ini.

Tamara melambai dari keretanya. Huh...! Beruntung sungguh kau, Tamara. Mentua kau sayangkan kau, tidak seperti aku.

"Sorry, aku lambat."

"Tak apa. Aku yang sampai awal. Aku teruja nak berjumpa dengan kau. You know, girls only."

"Aku juga."

Tamara tersenyum kemudian mula memandu.

"Aku nak bawa kau ke satu tempat yang jauh dari kesesakan orang ramai. Kau okay kan?"

"Aku ikut je. Lagipun aku tak nak kita diserbu wartawan, maklumlah kau tu orang kenamaan."

Tamara tertawa hambar.

"Itu yang kau tahu pasal aku? Lindsay, aku penat. Aku mahu menjalani kehidupan yang bebas macam kau. Aku mahu bebas meneroka dunia macam kau. Aku sentiasa cemburukan kebebasan kau."

"Ye ke? Kau kan lebih dari mampu untuk ke sana ke sini? Keluarga mentua kau sayangkan kau. Ayah pun sama. Apa masalahnya?"

"Lindsay. Banyak yang kau tak tahu pasal aku. Pasal ayah dan lebih-lebih lagi pasal perkahwinan aku dengan Andy."

"Nak buat macam mana, kau tinggalkan rumah awal sangat. Lepas tu jarang pula nak call aku. Macam mana aku nak tahu."

Tamara tidak menjawab. Dia memberi isyarat membelok ke kiri. Kereta memasuki sebuah lorong yang dihias bunga-bunga orkid. Ala-ala inggeris namun cantik. Seperti taman larangan.

"Tempat ni aku jumpa masa pertama kali aku bergaduh dengan Andy. Lalu aku berkenalan dengan pemiliknya, seorang wanita dari negara jiran. Namanya Felicia. Sangat peramah dan baik hati."

"Oh. Jadi tempat ni.."

"Resthouse. Tempat ni memang sangat cantik. Tenang dan lebih privacy. Aku ada tempah sebuah suite di sini. Kalau Andy sibuk dengan penggambaran, di sinilah aku selalu menghilangkan diri."

Not bad.

Tamara mendapatkan kunci suitenya di kaunter.

Well tempat ni bukan lagi rahsia lepas kau bawa aku ke sini.

Mine, Rule.Where stories live. Discover now