part 1 - chapter 7

20 4 0
                                    

Andy

Tidak sia-sia aku berlakon seperti orang gila kerana Lindsay sendiri telah bersetuju untuk membuat rancangan.

Rancangan untuk memusnahkan Jaden dan Tamara.

Aku tidak terkejut bila dia hendak menyingkirkan Jaden.

Jaden Alves Vega adalah seorang lelaki yang budiman. Idaman setiap wanita. Tapi tidak ada seorang wanita pun yang rela hidup bergelumang dengan risiko setiap masa.

Lebih-lebih lagi wanita seperti Lindsay Giovani. Jaden seharusnya tidak disingkirkan dari keluarganya dan dengan itu Lindsay tidak mungkin akan membuat rancangan hendak memusnahkannya.

Tapi inilah kehidupan.

Lindsay Giovani adalah seorang wanita yang sentiasa inginkan kesempurnaan. Dia sentiasa ingin jadi pemenang dan mahukan kesempurnaan.

Sebelum bertemu dengan Jaden, aku angankan hubungan kami akan berakhir sebagai pasangan kekasih. Tapi Jaden lebih kaya pada ketika itu. Lindsay pula sedang berada di puncak popularitinya sebagai seorang pelakon.

Jarak beribu batu yang memisahkan kami menjadi salah satu sebab dia menerima lamaran Jaden.

Bila dia menyenaraikan Tamara sebagai orang kedua untuk dimusnahkan, sebab Tamara adalah kakak tiri dan musuh tradisinya.

Tamara tidak bersalah juga tidak berbahaya. Tamara terlalu baik kepada semua orang. Tapi itu bukan masalahnya.

Tamara terlalu kaya. Itulah yang menjadi masalahnya.

Aku cintakan Tamara tapi dia bukan cinta pertamaku. Aku tidak perlukan wang ringgitnya sebab aku juga punya harta berjuta. Cuma aku sudah bosan dengan gaya hidup Tamara yang kolot.

Aku adalah suaminya. Tapi aku tidak dibenarkan bermesra dengannya di luar kediaman kami.

Maksud aku, apa salahnya aku memesrainya di depan umum? Hubungan kami sah. Kami halal untuk saling bersentuhan. Tidak cukup dengan itu, Tamara enggan hadir denganku ke majlis keraian. Dia sering memberikan alasan yang sama.

'Saya tidak selesa bergaul dengan rakan-rakan abang.'

Sekiranya Lindsay tersiksa dengan sikap suaminya yang suka bermain saham, aku pula terperangkap dengan sikap sempurna Tamara.

Apa yang aku harapkan ialah, Lindsay dapat memikirkan rancangan yang paling sempurna untuk memusnahkan kedua-dua manusia itu.

Jaden dan Tamara.

Mereka adalah manusia yang sempurna, seharusnya mereka musnah dalam keadaan yang paling sempurna.

Mine, Rule.Where stories live. Discover now