part 1 - chapter 23

20 3 0
                                    

Lindsay

Jaden memeluk pinggangku sambil menceritakan perbualannya dengan Tamara.

Aku sedaya upaya untuk tidak mempamerkan rasa gembiraku di hadapan Jaden. Aku tidak mahu dia sangsi tentang segala-galanya.

Jaden menyisipkan anak-anak rambutku ke telinga.

"You tahu sayang, I rasa betul cakap Tamara. I bukan nak mendera you untuk bekerja semula tapi I nak you gembira. I tak nak you terus tertekan memikirkan masalah kita. I nak you gembira sementara I mencari penyelesaian terhadap masalah kita."

"I tak cakap apa-apa, okay? Tapi kenapa you tiba-tiba bercakap pasal ni?"

"Tamara yang menyedarkan I. Dia kata I tak boleh ikat you dengan masalah kita. You mungkin akan meninggalkan I sekiranya I terus membiarkan you terseksa."

"Hmm... geliga juga otak dia tu. So, apa kata you?"

"I rasa tak ada masalah kot? You kan pernah bekerjasama dengan Harris Corporation. Lagipun Tamara berjanji akan menjaga you."

"Kelakarlah you ni. I tak perlukan penjagalah. Tapi untuk pengetahuan you, Tamara tidak menguruskan syarikat penerbitan Harris corporation. Andy yang menjadi CEO di bahagian tu. So, kalau I nak menjadi artis naungan HC, I kena berbincang dengan Andy. Bukan dengan Tamara."

"Oh. So, kakak you tu pengarah di bahagian apa?"

"Bahagian kewangan kot. I tak pastilah. Yang penting, jawatan dia lebih penting dari jawatan Andy."

"Susahlah macam ni. I ingat kakak you yang menguruskan artis-artis syarikat diaorang tu."

Aku menggeleng kecil. Wajah Jaden berkeringat dingin.

"Jangan risau sangatlah. I kan baik dengan Andy. Nanti I bawa you berbincang tentang ni dengan dia, okay?"

"Okay. Bila tu?"

"Malam esok. Kita jemput dia makan malam bersama."

"Tapi kakak you?"

"Kenapa? You tak nak dia ikut sekali ke?"

Jaden mengangguk kecil. Aku tertawa.

"Jangan risaulah. Tamara tak berminat dengan urusan kerja Andy. I tak tahu dia cemburu atau apa, tapi bila melibatkan soal artis, Tamara tidak akan masuk campur. Dia hanya ambil kira dengan bajet yang diperlukan oleh Andy untuk sesuatu projek tu."

"Wow.. bunyi dah bukan macam suami isteri."

Aku ketawa lagi. Berapa punya lurus bendullah suami aku ni.

"Err.. sayang, I ada benda nak beritahu dengan you."

"Apa dia?"

"You ingat tak Indra?"

"Ingat. Kenapa dengan dia? Dia dah nak kahwin ke?"

"No. Tapi dia tawarkan I kerja di syarikatnya."

"Really? Serius ke?"

"Yes. Dah lama dia cakap, I je yang lambat nak beri jawaban. I nak tanya you dulu."

"Okay. You know what, I gembira sangat. Maksud I, rangkaian hotel dan agensi pelancongan Shah Paradise terkenal di serata dunia tau, sayang. You beruntung sebab dapat peluang bekerja dengan Indra."

"You fikir macam tu? I beruntung sebab Indra nak ambil I bekerja dengan dia?"

"Of course baby. I gembira sangat. God! You akan bekerja di Shah Paradise dan I pula akan bekerja di Harris Corporation. Wow.. i mean, its make me speachless."

"So you tak kisah ke kalau I kerja makan gaji di syarikat Indra?"

"No sayang. I suka bila you akhirnya dapat kerja macam ni. I rasa semuanya akan kembali seperti sediakala."

Jaden terdiam. Aku sekaligus dapat mengesan ada sesuatu yang tidak kena dengannya.

"Ada apa Jaden?"

"Err.. pasal tu, sebenarnya..."

Belum sempat Jaden menjelaskan masalahnya, kami dikejutkan dengan jeritan Tamara.

Kami bergegas ke ruang hadapan. Aku terkejut melihat Tamara menangis dalam keadaan yang tidak terurus manakala Andy berdiri tegak di sisinya sambil bercekak pinggang.

"Tamara, I dah jelaskan perkara ni banyak kali pada you. I belum bersedia untuk ada anak. Kenapa you tidak pandai nak faham?"

"You sengaja. You beralasan. I cuma nakkan anak, Andy. I yang akan jaga bukan you. Apa yang susah sangat?"

"Sebab I tak nak anak. Itu je."

"You takut you tak bebas lagi? Atau you takut tak ada artis wanita yang nak berlakon dengan you bila you dah ada anak? Begitu?"

"Tamara, jangan sulitkan keadaan. I tak cakap apa-apa pun. Maksud I, I nak anak tapi bukan sekarang. You faham kan?"

"You sengaja."

Tamara terus menangis sementara Andy juga enggan mengalah. Kami suami isteri berpandangan.

Mine, Rule.Where stories live. Discover now