Raul, pertama sekali aku minta maaf kerana kesilapan aku, kau dan anak kita, Tamara terpaksa melalui saat-saat sukar tanpa aku.
Meninggalkan kau dan Tamara merupakan kekesalan terbesar dalam hidup aku, namun aku tetap bersyukur kerana berpeluang hidup bersama-sama dengan kau.
Aku tidak punya banyak waktu untuk menjelaskan semuanya, cuma satu yang aku ingin kau tahu, Lindsay bukanlah anak kandung kita berdua. Karmila telah menggantikan Lindsay dengan anak kita sejak lahir lagi. Tamara Sebastian. Dialah anak kandung kita yang sebenarnya. Aku lega, walaupun aku tidak dapat merawat dia sewaktu dia masih bayi, dia membesar di depan mata kau. Terima kasih kerana menjaga anak kita dengan baik. Dia sangat cantik dan baik hati.
Aku tahu, Karmila tidak ikhlas menjaga Tamara. Dan itulah yang berlaku. Mujurlah Felicia dan Preshella sempat menemukan kita. Aku sangat bersyukur kerana berpeluang hidup bersama-sama dengan kau dan anak kita walaupun hanya seketika.
Terima kasih Raul. Jagalah Tamara sebaik-baiknya. Aku cintakan kau.
Vanessa Sebastian.
YOU ARE READING
Mine, Rule.
General FictionSikap tamak haloba dan rasa tidak selamat sering menjadi penyebab utama mengapa manusia itu berubah walaupun kehidupan sudah di ambang kesempurnaan. Lindsay Giovani dan Tamara Sebastian, adik-beradik tiri yang dilahirkan cantik sempurna menjadi tra...