Andy
"I want to leave." Tamara bingkas berdiri. Aku turut berdiri sambil memegang bahunya.
"Apa yang dah berlaku ni, Karmila? Marcus?"
Papa bertanya. Mama menghampiri Tamara dan memeluk bahu menantu kesayangannya itu.
"Abang, masalah kecil je. Semuanya dah selesai pun."
Satu benda yang aku perasan sama di antara Karmila dan Marcus ialah, mereka sama-sama pandai menipu.
"Kakak tak nampak perkara ni dah selesai, Mark. Tamara sedang menangis dan kamu berdua jelas sedang menipu. Apa kata kamu berdua berterus terang sahaja tentang kedatangan kamu ke sini."
Mama yang terkenal dengan sikap tegasnya enggan membubarkan perjumpaan itu. Dia membawa Tamara duduk di sofa. Aku dan papa duduk berdekatan sementara Marcus dan Karmila terpaksa menurut.
"Karmila, apa yang kamu sudah katakan pada Tamara? Sudah berkali-kali saya pesan, jangan paksa Tamara menerima kamu sekiranya dia belum bersedia. 20 tahun itu bukan satu tempoh masa yang singkat. Kalau saya yang berada di tempat Tamara, belum tentu saya mahu bersua muka dengan ibu seperti kamu."
Karmila menggeleng kecil. Marcus menghela nafas panjang sebelum bersuara.
"Kami cuma risaukan Tamara, kak. Adik tirinya berada di sini, di Bali sekarang ini. Kami bimbangkan keselamtannya."
"Kau tahu tahu tentang satu benda Marcus, kau tidak pandai menipu. Aku tahu Lindsay berada di sini. Apa salahnya Tamara bertemu dengan dia? Mereka kan adik-beradik tiri? Membesar bersama-sama."
Papa mencelah.
Betul tu. Tidak ada apa yang dirisaukan tentang Lindsay kecuali rancangan kami untuk kembali bersama. Elok juga Tamara dikelilingi masalah keluarganya. Dapatlah kami memulakan rancangan kami tanpa diketahui sesiapa pun.
"Abang, I kenal Lindsay dan Vanessa tu bagaimana orangnya. Mereka tu bukan orang baik-baik."
"Stop talking like that about my mother, Karmila. She was dead. Do you heard me? She was dead!"
Tamara bertempik lagi. Kali ini tangisannya tidak dapat dibendung lagi.
"Apa?" Karmila terkejut.
"Kamu berdua dengar dengan apa yang Tamara katakan. Jadi Karmila, saya minta sangat-sangat pada kamu jangan ganggu Tamara lagi. Dan jangan katakan apa-apa lagi tentang ibunya. Mengerti kamu?"
"Tapi kak, dia anak saya juga."
Ibu tersenyum sinis mendengar pengakuan Karmila.
"Oh ya? Saya setuju, kamu yang melahirkan dia tapi bukan kamu menjaga dia, Karmila. Kamu serahkan tugas itu kepada Vanessa kerana tidak dapat melupakan percintaan di antara kau dengan Marcus."
Tamara tidak bersuara lagi. Aku dan papa juga hanya menjadi pendengar. Nampaknya ibu tahu banyak soal Tamara berbanding Karmila sendiri.
"Pada mulanya, saya juga tidak bersetuju dengan perjodohan Andy dan Tamara. Tapi bila difikirkan balik, semua ini ada hikmahnya. Dan jangan kau lupa Karmila, kau yang meminta kepada kami untuk mengambil Tamara sebagai menantu kami. Itu sama juga seperti kau meminta kami menjaga Tamara. Jadi saya ingatkan kau sekali lagi Karmila, jangan ganggu Tamara lagi atau saya akan serahkan kau kepada pihak polis."
"What? Kak, saya mahu perbaiki hubungan saya dengan Tamara. Tapi apa yang kakak lakukan ini malah menjauhkan jarak di antara kami."
"Pada pandangan saya, Karmila, menghalang aktiviti sosial Tamara bukanlah cara terbaik untuk berbaik dengannya. Kau akan membiarkan dia berjumpa dengan Lindsay atau saya akan lakukan apa yang saya katakan tadi."
Karmila memandang Marcus. Marcus mengangguk kecil meminta Karmila bersetuju dengan kata-kata ibu. Mereka tidak punya pilihan lain. Kata-kata ibu umpama satu arahan.
Padan muka.
YOU ARE READING
Mine, Rule.
General FictionSikap tamak haloba dan rasa tidak selamat sering menjadi penyebab utama mengapa manusia itu berubah walaupun kehidupan sudah di ambang kesempurnaan. Lindsay Giovani dan Tamara Sebastian, adik-beradik tiri yang dilahirkan cantik sempurna menjadi tra...