Lindsay
Menerima undangan makan tengah hari di rumah Tamara adalah sesuatu yang tidak boleh ditolak begitu saja.
Inilah masanya aku berkenalan dengan harta benda yang bakal menjadi milikku kelak.
Jaden telah selesai bersiap. Ringkas tapi masih kelihatan kacak.
Ahh.. sudahlah. Kacak tidak kacak.. dialah lelaki tidak berguna yang membiarkan kau hidup menderita.
"Sayang, jom gerak. Nanti kita lewat."
"Ye. Kejap. I tak jumpa kasut I ni."
Aku tercari-cari di bawah katil dan akhirnya menemukan kasut yang aku hendak pakai kali ini.
"Jumpa tak?"
"Dah."
"Okay. Lets do this. Harap- harap Tamara tak berdrama lagi kali ini. I tak tahu bagaimana lagi nak berdepan dengan dia."
Aku tertawa.
"Dia okay sebenarnya. Cuma tulah, kadang-kadang dia terlebih berkelakuan."
"You mesti rapat dengan dia, kan?"
"Taklah. Kami memang membesar bersama-sama tapi kami bersekolah di sekolah yang berlainan. I yang minta dengan ayah kami untuk tidak bersekolah sama dengan dia."
"Kenapa?"
"Sebab I tak sukakan dia. Lagi satu orang suka bandingkan kami, bertambah-tambahlah I bencikan dia. Walaupun begitu, hubungan kami baik tau. Cuma bila dia dah berkahwin, I langsung tak pernah call dia. I sengaja sebenarnya."
"Tak apalah. Ini betul ke you nak berbaik dengan dia ni? I risaukan you. Tak usahlah you paksa diri you."
"I okay. Jangan risau sangatlah."
"Betul ni?"
"Iya Jaden."
Jaden akhirnya mengangguk. Aku tahu, Tamara pasti akan berdrama lagi hari ini. Kasihan Jaden.
……………………………………………………
Tamara melambai dari kejauhan. Andy kelihatan sedang menyiapkan dua ekor kuda.
Jaden dan Lindsay mempercepatkan langkah mereka.
"Luas betul ladang kau ni. Hampir nak sesat kami dibuatnya."
Lindsay bersuara. Nafasnya turun naik.
"Taklah besar mana pun. So, siapa di antara kamu berdua yang boleh menunggang kuda?"
"Aku tak boleh. Sorry." Jaden mengangkat tangan tanda kalah. Lindsay tertawa geli hati.
"Dia memang tidak berbakat melakukan aktiviti lasak, macam kau. Kau dah boleh tunggang kuda ke?"
Tamara menggeleng laju.
"Aku dah pernah dimasukkan ke hospital sebab belajar menunggang kuda. Kau tak apalah."
Tamara menghampiri salah seekor kuda yang telah disiapkan oleh Andy.
"Kau pilihlah mana satu yang kau nak tunggang. Kuda yang tu milik Andy."
Lindsay tidak bersuara banyak. Dia melompat naik ke atas kuda yang sedang dipegang oleh Tamara.
"Andy mana?"
"Dia ke gudang sekejap. Kau carilah dia di sana. Kami tunggu di sini. Jaden akan membantu aku menyediakan makan tengah hari."
"Okay. Jumpa nanti."
Lindsay memacu kudanya meninggalkan Jaden dan Tamara.
YOU ARE READING
Mine, Rule.
General FictionSikap tamak haloba dan rasa tidak selamat sering menjadi penyebab utama mengapa manusia itu berubah walaupun kehidupan sudah di ambang kesempurnaan. Lindsay Giovani dan Tamara Sebastian, adik-beradik tiri yang dilahirkan cantik sempurna menjadi tra...