Lindsay
Aku cukup gembira.
Pertama sekali sebab aku kini telah kembali bergelar artis.
Kedua, syarikat Harris Corp bukan calang-calang syarikat. Ia setanding megah dengan syarikat ayah di Malaysia.
Ketiga, aku dan Andy akhirnya punya lebih masa untuk kerap bertemu.
"Aku nak buat pengumuman."
Tamara membuatkan kami tertumpu perhatian kepadanya.
"Okay...? Apa tu?"
Aku mula berdebar. Tamara tersenyum lebar kemudian meraih jari jemari Andy ke dalam pegangannya.
"I am pregnant."
Aku ternganga. Andy kelu seribu bahasa. Jaden kelihatan cukup terkejut namun cepat-cepat bertepuk tangan kemudian mengucapkan tahniah kepada Tamara.
"Wow.. banyak sungguh berita gembira hari ni. Tahniah, Tamara."
"Terima kasih, Jaden. Well.. sayang? Lindsay? Tak nak ucap tahniah ke?"
Aku menyapu wajahku dengan tapak tangan.
Kejutan yang boleh membuatkan orang sakit jantung.
"Err.. well.. tahniah. You betul ke mengandung?"
"Ya...? Aku dah cek semalam kat klinik Doktor Brenda. Dia dah sahkan aku hamil dua minggu."
"Okay. Berita ini memang sangat mengejutkan. Dan.. tahniah."
Aku memeluknya erat. Dia tertawa riang. Aku sempat menjeling tajam ke arah Andy. Dia perlu menjelaskan semua ini kemudian.
Andy tidak bersuara namun mengucup dahi isterinya itu. Aku dan Jaden tumpang gembira atas berita kehamilan Tamara.
"You tak marah ke?"
Tamara bertanya. Aku berharap Andy bertempik atau sekurang-kurangnya beredar dari situ tapi semua itu tidak berlaku.
"No. I cuma terkejut sikit. Tu je. Mama dan ayah dah tahu ke?"
"Tak. I saja beritahu dengan kamu semua terlebih dahulu. Mungkin malam ni kita boleh beritahu dengan semua orang."
"Okay."
Andy mengucup tapak tangan Tamara pula kali ini. Dadaku membara dan mahu saja menghempaskan gelas yang aku pegang ini ke muka Tamara. Biar dia tahu yang aku tidak pernah ingin berbaik dengannya.
"Jaden, Lindsay.. kalau.."
"No. Kali ini kami terpaksa menolak sebab itu makan malam keluarga kamu. Kan sayang?"
Aku memotong kata-kata Tamara sebelum sempat dia menghabiskannya.
"Oh ya.. saya pun rasa begitu juga. Mungkin lain kali?"
"Okay. Kalau begitu tak apalah. Tapi, Lindsay, sebelum jadual harian kau menjadi sibuk, please... kita keluar. Shopping? Tengok wayang? Boleh tak?"
Aku jadi serba salah. Aku seboleh-bolehnya tidak mahu keluar dengannya sebelum aku bertemu dengan Andy terlebih dahulu.
"Lindsay?"
Dia bersuara lagi.
"Err.. okay. Tapi bukan esok atau lusa tau. Aku dan Jaden perlu uruskan sesuatu. Kalau semuanya dah selesai, aku call kau."
"Okay. Janji tau?"
"Okay, janji."
Dia menghulurkan tangannya dan aku sambut. Entah mengapa dalam sakit hati aku ini, aku masih dapat berkelakuan baik.
Aku akan pastikan ini adalah kali terakhir kita bertemu bersama dengan pasangan masing-masing, Tamara. Kau serta kandungan kau itu tidak boleh dibiarkan terus berada di tengah-tengah kami.
YOU ARE READING
Mine, Rule.
General FictionSikap tamak haloba dan rasa tidak selamat sering menjadi penyebab utama mengapa manusia itu berubah walaupun kehidupan sudah di ambang kesempurnaan. Lindsay Giovani dan Tamara Sebastian, adik-beradik tiri yang dilahirkan cantik sempurna menjadi tra...