part 2 - chapter 5

18 3 0
                                    

Tamara menarik nafas panjang barulah dia melangkah masuk ke dalam bilik khas untuk bertemu dengan Lindsay. Ia seperti bilik yang digunakan untuk proses soal siasat. Tamara yang meminta bilik itu setiap kali dia hendak bertemu dengan Lindsay. Bilik itu turut diawasi oleh dua buah kamera cctv.

Lindsay tersenyum lebar kala melihat Tamara muncul di balik pintu namun air mukanya berubah apabila Jaden turut serta pada pertemuan mereka kali ini.

Lindsay mengemaskan anak-anak rambutnya dengan tangan kirinya memandangkan tangan kanannya digarikan pada meja di hadapan mereka.

"Kau apa khabar?"

Tamara membuka bicara. Lindsay mengeluh halus.

"Seperti hari-hari yang lepas, aku baik-baik saja. Kau bagaimana?"

Anak mata Lindsay beralih kearah Jaden. Tamara menggeleng kecil.

"Biar aku berterus terang dengan kau. Kedatangan aku pada kali ini ialah hendak menceritakan sesuatu pada kau. Perkara penting yang Karmila sembunyikan dari pengetahuan aku, kau dan ayah."

Lindsay tampak tersentak apabila Tamara menyebut ahli keluarga mereka yang lain.

"Kenapa dengan Karmila dan ayah?"

Tamara tersenyum sinis.

"Kau tahu Lindsay, kau bukan anak kandung mama Vanessa. Kau sendiri perasan bukan, betapa dia membezakan perhatiannya terhadap kau dan aku."

Lindsay membega-bega bibirnya kemudian mengangguk. Air mukanya nampak muram. Kemudian dia bersuara.

"Sebab itu aku tidak sukakan kau sejak kecil. Ibu aku sendiri pinggirkan aku demi orang lain. Tapi jika kau kata dia bukan ibu kandung aku legalah. Sekurang-kurangnya aku boleh melepaskan dendamku terhadap dia."

"Baguslah kalau kau berfikir begitu, sebab aku akan melakukan apa saja asalkan kau melupakan semua dendam kau pada dia, sebab dia hanya diarahkan untuk menjaga kau demi harta ayah. Jadi, terima kasih jika kau memaafkan segala kekurangan selama dia menjaga kau."

"Mama Vanessa itu baik pada aku dan terlebih baik pada kau. Aku sentiasa hendak berterima kasih kepada dia kerana membesarkan aku selama ini. Walaupun dia bukanlah ibu kandungku seperti yang aku sangkakan selama ini. Terima kasih kerana kau telah memberitahu tentang kebenaran ini kepada aku. Tapi siapa yang menceritakan tentang perkara ini kepada kau?"

"Preshella dan Felicia sepupu mama Vanessa yang kita berdua tidak pernah tahu."

"Maksud kau?"

"Ya. Felicia, bekas ibu mertua kau dan Preshella, ibu mertua aku. Pasangan kembar serta sepupu mama Vanessa. Merekalah yang telah menceritakan semuanya kepada aku."

Lindsay terkejut. Jaden dipandang sekilas. Sejak bila Jaden tidak memakai cermin mata dia sendiri tidak tahu. Dengan ketiadaan cermin mata itu, Jaden nampak lebih kacak dan serupa bad boy dengan fesyen rambutnya yang baru. Lindsay merengus halus.

"Apa lagi yang kau tahu?"

"Seperti yang aku katakan awal-awal tadi, mama Vanessa diarahkan menjaga kau demi harta kekayaan ayah. Sekiranya mama Vanessa tidak menjaga kau dengan elok, aku yang akan menjadi galang gantinya. Mama Vanessa tidak punya pilihan lain, kecuali menurut arahan."

"Nanti. Kau kata, kalau mama Vanessa tidak menjaga aku dengan baik, kau akan menjadi galang gantinya. Bermakna kau, kau ialah anak kandung mama Vanessa. Betul tak Tamara? Sebab itulah mama Vanessa sentiasa melebihkan kau dalam segala hal. Oh my god... I should know it. Tapi kenapa ayah berkelakuan sebaliknya?"

"Sebab dia sama seperti kau dan aku, dia tidak tahu apa-apa tentang perkara ini. Ayah sangkakan kau ialah anak kandungnya bersama dengan mama Vanessa, sebab itu dia melebihkan kau lebih dari aku."

"Tapi bukankah kau juga anak kandung ayah dengan Karmila?"

Tamara menggeleng perlahan. Air matanya dikesat dengan hujung bajunya.

"Ya. Aku memang anak kandung ayah tapi bukan dengan Karmila. Tapi ayah sangkakan, aku bukan anak kandungnya."

"Maksud kau, kau ialah anak kandung ayah dengan mama Vanessa?"

"Ya. Dan kau ialah anak kandung Karmila dan Marcus Harris. Karmila, perempuan jahat yang telah membunuh ibu kandung aku itu ialah ibu kandung kau."

Lindsay terpegun buat seketika. Dia gagal bersuara mahupun membela diri.

"Karmila memaksa mama Vanessa meninggalkan ayah ketika dia dan mama Vanessa sama-sama di awal kehamilan mereka. Karmila menyembunyikan mama Vanessa demi rancangannya untuk membolot harta ayah. Setelah kita berdua selamat dilahirkan, Karmila menggantikan kau dengan aku. Selepas dia berjaya menjatuhkan perusahaan ayah, dia kembali kepada Marcus. Kau Lindsay, seharusnya tahu tentang perkara ini sejak awal lagi."

Lindsay menggeleng laju.

"Kau menipu. Kau berbohong. Mustahil. Mustahil Karmila itu adalah ibu kandungku."

"Kau tidak percaya? Kau tanya dia. Kau tanya kenapa dia perlu bunuh mama Vanessa? Kalau kau tidak mahu, biar aku bunuh perempuan jahat itu."

"Jangan."

Lindsay mencengkam rambutnya erat sambil menggeleng laju.

"Jangan bunuh Karmila, Tamara. Aku masih perlukan penjelasan dari dia.'

"Aku beri kau masa tiga hari sahaja, Lindsay. Kau tahu, kalau dia tidak tinggalkan kau dahulu, kau tidak perlu mereput di dalam penjara. Kau tidak perlu berkahwin dengan Jaden. Dan aku pula tidak perlu bergelumang dengan Andy."

Lindsay terangguk-angguk mendengar kata-kata Tamara.

"Tamara, kau... kau bercakap benar kan? Kau tidak berbohong dengan aku, betul kan?"

"Tidak. Kau tanyakan pada Karmila, masihkah dia ingat siapa dan siapa lelaki yang pernah dia tiduri kemudian mengugut mereka untuk kehidupan mewahnya ketika dia menuntut di kolej dahulu."

"Apa maksud kau?"

"Bukan hanya Marcus dan ayah saja yang menjadi mangsa kejalangan Karmila, Lindsay. Kau tanyalah dia sendiri. Aku rasa lebih elok kau tahu segala-galanya dari Karmila."

Lindsay menarik nafas panjang. Wajahnya yang pucat tampak menakutkan dengan rambutnya yang menggerbang tidak diikat.

"Tamara, maafkan aku."

"Sebab?"

"Membunuh suami kau."

"Bukan hal besar pun. Aku tahu, kau dan Andy adalah pasangan kekasih sejak kau masih bergelar artis dahulu. Tapi, seperti nasib kau dan Andy, begitulah juga nasib aku dan Jaden."

Lindsay ternganga.

Tamara mengukir senyuman.

"Aku tidak pernah mengandung, Lindsay. Sebagaimana Andy tidak mencintai aku, begitulah juga aku merasa jijik terhadapnya. Tapi, nak buat macam mana. Memang sudah tertulis kau perlu membunuh Andy, supaya aku dan Jaden tidak perlu susahkan diri untuk urusan itu."

"Kau... kau.. "

"Jumpa lagi Lindsay. Lebih baik kau menghubungi Karmila secepat mungkin, atau aku akan membunuh dia dengan tanganku sendiri."

Lindsay menghentak permukaan meja dengan buku limanya.

Ketika Jaden dan Tamara hendak beredar, Lindsay memanggil.

"Jaden, pernah tak kau.. kau.. cintakan aku?"

Jaden mengukir senyuman.

"Maafkan aku Lindsay, tapi aku hanya cintakan Tamara."

Pintu bilik ditutup. Lindsay terhenyak ke atas kerusi.

Tamara. Jaden. Preshella. Felicia. Karmila. Raul. Marcus. Dan Andy.

Berapa banyakkah rahsia yang dia masih tidak tahu?

Mine, Rule.Where stories live. Discover now