Suasana makan malam yang sangat 'sempurna'.
Tamara secara tiba-tiba menjadi ketua menjadikan Andy, Lindsay dan Jaden manjadi pemerhati.
Jaden berkali-kali mengelap peluh dinginnya ketika Tamara berjaya memujuk mereka bertiga dan akhirnya dia membayar bil makan malam tersebut.
Jaden mencari jari-jemari Lindsay di bawah meja.
Lindsay tersenyum lebar.
Tamara memang membosankan.
Ada-ada sahaja perkara yang berlaku di sekeliling menarik perhatiannya.
Ketika mereka sedang sibuk berbincang tentang kemana mereka hendak pergi selepas makan malam itu, pelanggan di meja sebelah mereka kecoh akibat tersalah pesanan.
Jaden, Andy dan Lindsay masing-masing menahan ketawa tapi Tamara tidak. Air mukanya berubah apabila melihat pelayan wanita itu dimarahi teruk oleh pelanggan tersebut.
"Kesiannya, dia tak sepatutnya dimarahi begitu teruk. Kan dia dah mengaku salah?"
"Sayang, biarlah hal orang."
Andy memegang jari-jemari isterinya membuatkan Lindsay menarik nafas panjang.
Bukan mudah untuk memujuk Tamara agar tidak masuk campur dalam urusan orang lain.
Itupun setelah Jaden dan Lindsay berjanji untuk berjumpa, makan tengah hari bersama pada esok hari.
Ketika tergesa-gesa hendak mendapatkan Jaden di kereta, Lindsay hampir-hampir menjerit apabila secara tiba-tiba tubuhnya ditarik ke bahagian belakang lorong menuju ke lobi.
"Andy!"
Lindsay menampar manja lengan kekasih gelapnya itu.
"Kau nak ke mana lepas ni?"
"Aku tak tahu. Kalau Jaden ada rancangan lain untuk kami, terpaksalah aku pergi."
"Jaden. Jaden. Jaden. Boleh tak kau lakukan sesuatu terhadap jantan dayus tu?"
"Boleh tak kau bertenang? Yang kau pula, bila masa kau nak ceraikan bini kau tu?'
Andy mengalihkan pandangannya.
"Tahulah aku nak buat macam mana. Kau jangan nak masuk campur. Tapi satu benda aku nak kau tahu, Tamara punya kuasa sosial yang kuat di sini. Dia adalah presiden kepada persatuan ibu tunggal dan anak-anak yatim. Dia juga memiliki lebih dari sepuluh pusat kebajikan di sini. Bukan mudah untuk mencari kesilapannya."
Lindsay terdiam. Sampai begitu sekali Tamara meluaskan pengaruhnya?
"Lebih baik kau mulakan pelan kau untuk meninggalkan Jaden. Sebab dari pemerhatian aku, Jaden akan melakukan apa saja asalkan kau tidak pergi jauh dari sisinya."
"Merepeklah kau. Dahlah, aku nak balik. Jaden mesti dah tunggu aku."
Lindsay mengatur gerak, hendak meninggalkan tempat itu namun Andy bertindak pantas memaut pinggangnya.
"Not too fast, my dear. Kau biarkan Jaden memegang jari kau, tangan kau, pipi kau... kau ingat Lindsay, semua ini adalah kepunyaan aku."
Lindsay tertawa mengejek.
"Encik Brandon Louis, saya nak cepat. Sampai bertemu lagi, selamat malam."
Lindsay tersenyum sinis ke arah Andy apabila Andy tidak lagi menghalang langkahnya.
Tinggalkan Jaden. Andy lebih kaya darinya.
Hati jahatnya berbisik memarakkan dendamnya yang terpendam.
YOU ARE READING
Mine, Rule.
General FictionSikap tamak haloba dan rasa tidak selamat sering menjadi penyebab utama mengapa manusia itu berubah walaupun kehidupan sudah di ambang kesempurnaan. Lindsay Giovani dan Tamara Sebastian, adik-beradik tiri yang dilahirkan cantik sempurna menjadi tra...