part 1 - chapter 6

22 4 0
                                    

Lindsay

Aku mencelikkan mataku perlahan-lahan.

Kepalaku terasa berat dan berpusing.

Suasana di sekelilingku mengatakan aku bukan lagi berada di tepi pantai.

Jaden. Aku meraba telefon bimbitku namun tidak ku temukan di mana-mana.

Tiba-tiba, bip! bip! Bunyi mesej masuk dan aku pasti bunyi itu dari telefon bimbitku.

Keadaan bilik yang gelap gelita ini menyukarkan aku untuk mencari suis lampu.

Sial. Bagaimana aku boleh sampai ke sini?

"Nak pasang lampu ke?"

Darahku naik hingga ke ubun-ubun. Suara garau milik seorang lelaki yang agak hampir denganku membuatkan aku kaku.

"Lindsay Giovani - Vega." serentak itu lampu terpasang.

"Kau. Kau yang bawa aku ke sini."

Dia ketawa terbahak-bahak. Dia berdiri dan menghampiriku perlahan-lahan.

"Janganlah marah sangat, sayang. Kau tahukan aku rindukan kau. Sampai hati kau tidak beritahu aku kau nak berpindah ke sini."

"Kalau aku beritahu pun, kau bukannya boleh tolong aku, Brandon. Isteri kau yang cantik itu mesti enggan melepaskan kau dari sisinya."

Andy mencengkam batang leherku. Aku tercungap-cungap mencari udara.

"Aku tidak terikat dengan siapa-siapa pun, apatah lagi perempuan murahan seperti Tamara."

"Ouch! Sejak bila kau berpaling dari memuja isteri kau, Andy?"

"Itu bukan urusan kau. Sekarang ini, kau perlu buat sesuatu untuk aku sekiranya kau mahu kita terus bersama tanpa perlu bersembunyi lagi."

Aku diam. Andy melepaskan cengkamannya dari batang leherku. Dia duduk di birai katil kemudian mula menangis bagaikan budak kecil.

Telefon ku berdering. Jaden. Aku bergegas ke bilik air dan menyambut panggilannya.

Sesudah itu, aku keluar mendapatkan Andy. Tapi dia tidak kelihatan di mana-mana.

Tiba-tiba, pinggangku dipeluk dari arah belakang.

"Lakukan sesuatu, Lindsay. Aku tidak mahu terperangkap lagi di dalam dunia khayalan Tamara. Aku mahu bebas ke sana sini tanpa perlu risaukan apa-apa."

"Apa yang kau maksudkan dengan dunia khayalan?"

"Tamara itu sakit, Lindsay. Dia berangan-angan tentang hidup sebagai seorang puteri raja. Tidak ada sesiapapun yang bebas berkelakuan bila dia sudah menjadi seorang puteri raja."

"Kau merepek apa ni? Kalau kau sudah jemu dengan dia pun, tidak perlulah kau mereka-reka cerita macam ni. Walaupun aku tidak sukakan dia, dia tetap kakak aku tau. Kau jangan nak hina dia sesuka hati kau."

Andy mengangguk laju. Kemudian memohon maaf berkali-kali.

"Okay. Aku minta maaf. Kau nak aku buktikan yang kakak kau tu sakit, itu yang kau nak, kan?"

"Tamara sakit? Ke kau yang sakit? Andy, dengar sini. Kalau sampai bapa aku tahu kau fitnah Tamara, kau tahu apa akibatnya. Jadi lebih baik kau lupakan semua yang kau katakan ni sebelum terjadi apa-apa pada kau. Mengerti?"

Andy mengeluh panjang.

"Kau sayangkan aku tak?"

Aku tersenyum sinis.

"Aku hanya sayangkan orang yang waras, Andy. Sekiranya kau terus-terusan berlagak macam orang gila, seperti sekarang ini, lupakan kau pernah mengenali aku."

"Apa? No. No. Okay. Okay. Aku tidak akan buat lagi. Tapi, tolonglah jangan singkirkan aku, please? I will do anything for you. Anything."

Aku tersenyum.

"Apa saja?" Aku bertanya. Andy mengangguk laju.

"Apa saja. " Dia berjanji.

"Okay. Pertama sekali, kita kena buat rancangan yang rapi."

"You don't need money?" Aku ketawa.

"Please, I always need money. So, don't ask me about how much I need money in my life."

Andy mengangguk lagi. Tekanan yang melanda dirinya membuatkan dia kelihatan tidak terurus.

"Aku nak kau pergi ke salon lepas ni. Potong rambut tu dan pergi bercukur. Dah macam pengemis aku tengok. Teruk benar ke kakak aku tu sampai jadi hodoh kau dibuatnya?"

Andy tidak menjawab.

"Aku sangkakan kau berdua saling mencintai. Wedding of the year lah. Pasangan paling serasilah. Apalah. Kau kahwin dengan dia sebab kau kena ubat guna-guna ke?"

Aku mengeluarkan sekotak rokok lalu menghulurkan padanya.

"Kau jangan kutuk aku lebih-lebihlah. Laki kau pun sama juga. Dayus. Kau ingat aku tak tahu kenapa dia bawa kau pindah ke sini? Sebab dia dah bankrap. Dia dah tak mampu nak sara kau. Sebab tulah dia bawa kau ke sini. Kos sara hidup di sini jauh lebih murah jika dibandingkan di tempat kau tu."

Pang! Andy terpaling apabila tamparan sulungku mendarat di pipinya.

"Kau jangan hina Jaden. Dia suami yang baik."

"Dan kau isteri yang tidak tahu bersyukur. Kau hanya pentingkan duit. Kau takut hidup miskin. Kau paksa suami kau gadaikan segala harta kekayaannya semata-mata untuk kesenangan hidup kau."

"Cukup Andy. Kau tidak tahu apa-apa tentang aku dan Jaden. Kalau kau bijak sangat, ceraikan Tamara dan bawa aku lari dari sini."

Andy terdiam. Aku tahu permintaan ku sudah melampau. Tapi aku sudah terdesak. Aku tetap akan meninggalkan Jaden, tidak kira esok atau lusa. Aku cuma perlukan rancangan dan sedikit waktu.

"Tadi kau ada sebut tentang membuat rancangan. Rancangan apa?"

Aku memandangnya.

"Rancangan hendak memusnahkan Jaden dan Tamara."

Mine, Rule.Where stories live. Discover now