Suga

558 48 1
                                    


Setelah penat berjalan-jalan di Kampung Ghongnam mereka pun balik semula ke rumah.

"Saya nak mandi dulu"kata Suga.

"Hyung,lepas hyung bagi saya"kata Joon.

"ok."kata Suga lalu berlari naik ke tingkat atas.

Mereka yang lain duduk berehat di ruang tamu sambil menonton tv.

$$$

Suga mandi sambil menyanyi-nyanyi.Tiba-tiba ada suara yang turut menyanyi dengannya.
Suga berhenti menyanyi.Tiada apa-apa suara pun.
Dia sambung semula menyanyi dan kali ni juga ada suara ikut.Tapi dia buat tak endah saja sebab dia fikir mambernya saja nak main-main.Berfikiran positif katakan.

Selepas selesai mandi,suga hendak membuka pintu tandas.Tiba-tiba ada suara jeritan.Apa lagi terkejut beruk la suga.Cepat-cepat dia buka pintu.

Tapi dia terdengar pula orang menangis.Suga mencari suara menangis itu.Tiba-tiba dia ternampak tiga kanak-kanak sedang menangis di penjuru sebelah bilik V,Jimin dan Jungkook.Tapi dia tak nampak wajah kanak-kanak itu sebab mereka tundukkan muka mereka.

Suga menghampiri kanak-kanak itu.

"Adik,kenapa menangis ni?Macam mana adik boleh ada di sini."tanya suga

"Ini rumah kami."kata budak lelaki antara salah seorang kanak-kanak tersebut.

"Hah?"tanya suga.

Tiba-tiba...

"Hyung,apa hyung buat di situ.?"tanya Joon yang baru saja naik.

"Hah?oh, ni hyung tanya bu..."suga terkejut melihat kanak-kanak tadi dah hilang.

Macam mana boleh hilang?
Tiba-tiba bulu romanya naik.Cepat-cepat dia beredar dari situ.

####

Malam tu Suga tidak boleh tidur sebab dia asyik fikirkan kejadian tadi.

Tiba-tiba,dia terdengar suara kanak-kanak tadi.Suara itu betul-betul sebelahnya.

"Tolong kami,tolong"kata suara tu.

Suga memandang sebelahnya di mana suara tu datang.Tiada siapa-siapa.

Tiba-tiba cermin bilik diketuk.Suga melihat ke arah luar.

Terdapat seorang kanak-kanak lelaki dengan muka yang menyeramkan.Kanak-kanak tersebut mengetuk tingkap supaya dibuka.
Apa lagi,suga terus berlari pada joon.

Joon terjaga dari tidur bila dia rasa seperti ada orang di sebelahnya.

"Hyung."kata joon.

"Malam ni hyung tidur dengan kamu."kata suga.

"Kenapa?"

"esok hyung cerita."

Jadi mereka pun tidur.

welcome° btsWhere stories live. Discover now