Apabila empat orang lelaki datang ke sekolah pada waktu malam untuk tujuan yang tak berapa berfaedah...
Apa yang akan timbul?
Oh,semestinya MASALAH yang akan timbul!
~~~~~
Pada suatu malam yang hening di Bangtan HighSchool...
"Omma! Takut...!"
"Shh! Diam la!"
"Huu... Aku pun takut jugak!"
"Haish... Camne la aku boleh terjebak dengan korang...?!"
"Shhh!"
Ok,tak berapa hening sebenarnya... Kelihatan empat orang remaja lelaki sedang berjalan dalam gelap di koridor sekolah.Punca cahaya yang menerangi jalan kat depan diorang hanya la daripada dua batang lampu suluh.Obviously lampu tu tak cukup terang untuk diorang.Kenapa diorang berjalan dalam gelap malam-malam buta camni? Senang.Semuanya sebab pegi tadi...
FLASHBACK
Pagi tu,kelas 4-4 riuh dengan suara 21 orang pelajar lelaki.Guru yang akan mengajar diorang pagi tu tiba-tiba saja dikhabarkan tak akan hadir sebab cirit-birit.Ada pelajar yang buat-buat menangis,tapi majoritinya ketawa terbahak-bahak.
"Yeah! Plan kita letak julap dalam dinner En. Kang dah berjaya!"
Suara sorakan pelajar kelas 4-4 bergema satu sekolah.Kelas diorang sebenarnya telah berpakat untuk meluangkan masa yang kosong tu dengan bermain 'truth or dare'.Permainan tu berjalan dengan lancar hingga la giliran kena pada Seokjin,penolong kelas 4-4."Dare!" katanya dengan berani sambil berpeluk tubuh.
"Kalau korang nak tau...kelas 4-5 tu dulu,tempat orang Jepun zaman dulu-dulu buat pemujaan! Kalau korang try pegi kelas tu malam-malam,pastu tepuk tangan dua kali,tunduk dua kali,tepuk empat kali,then tunduk sekali lagi kat belakang kelas tu,ada benda akan datang" cerita Namjoon,ketua kelas dengan bersungguh-sungguh.
"Wait,apasal kau cite panjang-panjang ni kat kitorang?" soal Seokjin.Namjoon hanya tersenyum penuh makna...
END FLASHBACK
"Kenapa dalam ramai-ramai budak kat sekolah kita ni... Kau pilih aku untuk temankan kau...?!" marah Yoongi dengan bisikan kepada Seokjin."Sape suruh kita bertentang mata(ecewah ayat -_-) masa aku tengah pilih orang untuk temankan aku?" balas Seokjin bersahaja.Selain daripada Yoongi,Seokjin juga telah mengajak Taehyung,adiknya.Yoongi pula mengajak adik saudaranya,Jungkook.Tujuannya nak kurangkan rasa takut kalau ada ramai orang... Tapi malangnya,kedua-dua orang yang dibawak ni penakut tahap gaban! Dengar bunyi tapak kaki sendiri pun dah menjerit panggi mak!
Tangan Jungkook erat menggenggam lengan Seokjin.Taehyung juga melakukan perkara yang sama pada Yoongi.Entah macam mana boleh tertukar anak buah pun tak tau la... Semakin diorang menghampiri kelas 4-5,keadaan menjadi semakin sunyi dan sejuk.Apabila tiba di kelas yang dituju,Yoongi yang memang (agak)berani terus membuka pintu.
'KREEEK!'
Semua terdiam.Tak lama kemudian,Jungkook bersuara perlahan."Bu-bukan ni pintu sliding ke...? Kenapa bunyi macam...pi-pintu kayu yang dah lama...?" "Shh!" marah Yoongi.Dia pun berdebar jugak sebenarnya! "Dah la... Baik Jin-hyung buat 'dare' tu cepat.Pastu kita balik je la terus" celah Taehyung,tangannya masih lagi menggenggam lengan Yoongi.Seokjin meneguk air liur yang terasa manis(Dia tengah hisap gula-gula je ok) lalu mengangguk perlahan.
YOU ARE READING
welcome° bts
Horror❝Come In But Theres No Exit❞ Tujuh orang pelajar lelaki yang menghabiskan cuti musim panas mereka di sebuah kampung yang bernama Ghongnam di daerah Daegu. Mereka telah tinggal di sebuah banglo. Semasa tinggal di situ terdapat pelbagai kejadian pelik...